SELAMAT BERKENALAN

45 8 1
                                    

Hari ini seperti biasa Jungyeon pergi kesekolahnya. Dia telah memberitahu Dahyun dan Chaeyun tentang perkara yang telah terjadi semalam. Mereka terkejut dan lega apabila Jungyeon tidak apa-apa.

Jungyeon masuk kedalam kelas di iringi oleh Chaeyun dan Dahyun. Matanya sempat mengerling ke arah Heeseung, dan memberi satu senyuman yang gembira.

Heeseung yang menyedari hal itu, terus menundukan mukanya di meja.

Guru yang bertugas sudah masuk ke dalam kelas mereka.

"Baiklah... Semalam saya dah suruh kamu semua cari pasangan, jadi hari ini sila duduk disebelah pasangan kamu untuk berbincang perkara selanjutnya"pinta guru tersebut.

Semua murid menarik kerusi masing-masing untuk pergi kearah pasangan mereka.

Jungyeon juga tidak terkecuali. Dia menarik kerusinya hingga tepat di posisi sebelah Heeseung.

Heeseung tergamam. Mukanya mula berasa kebas akibat malu dengan senyuman yang Jungyeon lemparkan. Jungyeon perasan dengan keadaan itu ketawa kecil apabila melihat tingkah laku yang comel itu.

"Kalau awak tak nak satu kumpulan dengan saya takpa lah. Saya pergi" keluh Jungyeon apabila Heeseung tidak mengedahkan kehadiranya. Saat Jungyeon bangun dan ingin menarik kerusinya kembali, dengan cepat Heeseung menahan tangan Jungyeon.

Jungyeon melihat tangan Heeseung yang memegang tanganya. Jelas kelihatan luka-luka dan lebam-lebam kecil. Mungkin akibat pergaduhan semalam.

Jungyeon duduk disisi Heeseung kembali. Jungyeon bersimpati melihat tangan Heeseung. Ingin sahaja dia mengusap tangan yang telah selamatkan dirinya ditempoh hari.

"Baiklah mari kita mulakan perbincangan" ujar guru itu.

Kini semua pelajar di dalam kelas sudah memberi perhatian penuh.

"Pada Bulan yang akan datang, sekolah kita akan mengadakan satu sambutan. Setiap kelas ada tugas yang diberi. Tugasan yang kelas kamu dapat ialah mencari tema teater yang akan dipersembahkan. Apa-apa konsep dibenarkan. Kalau boleh cikgu nak kamu siapkan dalam masa yang terdekat. Mungkin dalam dua minggu. Pada minggu seterusnya kita akan pilih 3 konsep yang terbaik. Pada dua minggu yang akan datang lagi. Tiga kumpulan itu harus membuat idea teater yang lain. Idea pemenang akan dipersembahkan pada hari sambutan tersebut" terang guru itu dengan panjang lebar.

Semua murid sangat teruja.

"Kita akan habiskan masa kelas ini dengan perbincangan tugasan" kata guru itu. Lalu guru itu duduk dikerusi yang disediakan dan terus membuat kerjanya yang tertunggak.

"So... Nak buat macam mana ni?" soal Jungyeon. Otaknya benar-benar buntu. Harap-harap Heeseung seorang yang kreatif.

Heeseung mengangkat bahunya. Dia juga buntu.

"Maybe kita boleh buat tema yang macam budak-budak sikit. Sebab kita sekarang kan dah sekolah menengah, dah tentu zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling dirindukan." cadang Heeseung sejurus mendapat idea.

"Contohnya?" soal Jungyeon hairan.

"Contohnya, dulu kita kecik-kecik banyak permainan traditional kan? Cerita dongeng, apa-kepercayaan time kita kecik-kecik dulu..." terang Heeseung

"So?" soal Jungyeon kembali.
"Kau tak rindu ke zaman kanak-kanak kau?" soal Heeseung untuk memudahkan Junyeon memahami maksudnya.

Jungyeon hanya terdiam. Bagus sangat ke zaman kanak-kanak?  Dulu dia tak pernah rasa gembira pun. Tiada masa yang diluangkan oleh ibu bapanya. Jadi dia tidak pernah dengar cerita dongeng sebelum tidur.

Heeseung yang melihat air muka Jungyeon berubah berasa hairan. Salah ke ideanya?

Masa rehat pun tiba...

Jungyeon mendekati Heeseung sebelum berjalan keluar kelas untuk pergi ke kantin."Nanti pergi bilik kasihatan tau" pesan Jungyeon.

Belum sempat Heeseung bertanya, Jungyeon sudah hilang dari pandanganya.

Heeseung menunggu hampir 10 minit di bilik kesihatan. Akhirnya Jungyeon datang. Dia membawa satu plastik roti untuk diberikan kepadanya.

Jungyeon memberi roti itu kepada Heeseung. Sementara menunggu Heeseung menghabiskan roti itu, Jungyeon menyediakan sedikit barang perubatan seperti ubat sapu dan kain pembalut luka. Jungyeon membasahkan sehelai kain lalu dilapkan di tangan Heeseung yang luka itu.

Heeseung meletakan saki baki rotinya yang belum habis tadi ditepi dan memberi perhatian terhadap Jungyeon sambil menahan sakit.

Setelah membasahkan tangan Heeseung dengan kain itu, Jungyeon manyapukan sedikit ubat di setiap luka yang ada ditangan Heeseung. Seterusnya dia membalut tangan Heeseung dengan kain pembalut yang sedia ada. Sikit-sikit Heeseung mengerang kesakitan namun tidak dihiraukan Jungyeon.

"Nanti balik ni awak letak ais disetiap lebam tau" pesan Jungyeon sambil mengemas semula barang yang sudah dia gunakan. Heeseung hanya sekadar memerhatikan tingkah laku Jungyeon.

Setelah siap mengemas Jungyeon duduk di hadapan Heeseung kembali.

"Dah makan?" soal Heeseung.
Jungyeon hanya menggelengkan kepalanya.

Heeseung mengambil baki roti tadi dan hulurkan kepada Jungyeon. Namun Jungyeon menolaknya.

"Saya beli tu untuk awak. lagipun saya alah dengan kacang" balas Jungyeon.

"Ah~" balas Heeseung lalu sambung menghabiskan roti itu.

"Jungyeonie.. " Heeseung memanggilnya lembut.

"Nae?"

"Kau... Ada boyfriend?" soal Heeseung dengan tiba-tiba.

"Tak de... Kenapa tiba-tiba tanya ni?" soal Jungyeon kehairanan.

"Tak de lah... Aku hairan macam mana kau boleh rawat aku dengan baik... Mesti sebab kau dah pernah rawat orang yang kau sayangkan?" soal Heeseung.

Jungyeon hanya tersenyum.

"Saya dulu tak duduk dengan mak ayah saya sebab diorang sibuk bekerja,jadi saya tinggal dengan pembantu rumah dan dua orang abang saya. Pembantu rumah itulah yang ajar saya semua ni. Sebab tu saya kurang faham masa awak bagi cadangan zaman kanak-kanak tadi... Sebab bagi saya zaman kanak-kanak lansung tidak menarik." terang Jungyeon dengan nada yang perlahan sambil tersenyum. Namun jelas kelihatan di dalam matanya yang dia sedang sedih.

Heeseung mengusap rambut Jungyeon dengan perlahan dan membisikan sesuatu.

"I'm here for you" bisiknya.

Jungyeon tersenyum.

"Saya Heeseung penjaga baru Jungyeon. Salam perkenalan" ujar Heeseung terlebih bersemangat.

"Selamat berkenalan"balas Jungyeon sambil tertawa kecil.

THE TRUEWhere stories live. Discover now