Hari sekolah telah kembali. Jungyeon lebih senyap dari biasa. Dahyun dan Chaeyun perasan akan perubahan Jungyeon. Mereka cuba untuk bertanya apa yang terjadi kepadanya.
"Jungyeon, kau okay tak" soal Dahyun.
Namun soalan itu benar-benar tidak di dengari oleh Jungyeon. Chaeyun menepuk meja Jungyeon dan akhirnya Jungyeon sedar dari lamunanya."Kau dah kenapa tiba-tiba mengelamun semacam?" soal Dahyun kembali. Jungyeon menatap muka dua orang sahabatnya itu.
Dia menyeluk poket kecil beg nya dan menunjukan surat yang telah dia terima tempoh hari.
Kedua-dua orang sahabatnya terkejut. Siapa yang tergamak memberi ugutan bergitu.
"Korang rasa ni gurauan atau serius?" Jungyeon bertanyakan pendapat sahabatnya.
Dahyun dan Chaeyun Memandang antara satu sama lain.
"Mungkin gurauan tapi kau tetap kena berhati-hati sebab ni bukan ugutan biasa" Chaeyun menasihati Jungyeon.
______________________________________
Jungyeon bejalan menghampiri locker nya. Dia membuka locker nya untuk menyimpan beberapa naskhah buku. Tetapi dia terbau sesuatu yang busuk di dalam locker nya.
Baunya sangat busuk dan hanyir. Jungyeon membelek-belek bukunya yang tersusun rapi untuk mencari punca bau itu.
Setelah puas mencari, dia terlihat sesuatu di celah bukunya. Sepucuk sampul surat.
Jungyeon mengambil surat itu. Seperti ada kesan cecair merah di surat itu. Jungyeon mendekatkan hidungnya dengan kesan merah pada surat itu.
Sah! Bau busuk itu berasal dari surat itu. Dengan perlahan-lahan Jungyeon cuba membuka surat itu, bau busuk itu semakin menusuk deria baunya.
Jungyeon mengecam bau ini kerana dia seperti pernah membaunya.
"Darah!" lantas dia terjerit dan mengundur dirinya ke belankang. Saat dia mengundurkan langkahnya dia terlanggar seseorang.
"Wae?"
Jungyeon menatap wajah orang yang dia langgar dan terus memeluknya erat.
"Oppa..." kedengaran nada suaranya seperti hendak menangis.
Heeseung dengan teragak-agak membalas pelukan Jungyeon lalu mengusap rambutnya dengan lembut.
"Wae? Gwencanayo?" soal Heeseung."Kat dalam tu.. a.... a.. Ada... Darah!" kata Jungyeon teresak-esak.
"Hey... Relax okay? Let me check first" ujar Heeseung cuba menenangkan Jungyeon.
Heeseung memeriksa di dalam locker Jungyeon.
"Hey, see? Tak de apa-apa pun"ujar Heeseung.
"Tak de? Check betul-betul..." balas Jungyeon tidak percaya.
"Tak percaya kau pergi check sendiri" arah Heeseung.
Dengan perlahan-lahan Jungyeon melangkah dan memeriksa locker nya.
Benar! Surat tadi telah hilang! Bagaimana?
"Mungkin kau silap tengok kot..." ujar Heeseung memujuk ketakutan Jungyeon.
Jungyeon hanya mengangguk lemah.
YOU ARE READING
THE TRUE
FanfictionTidak pasti dengan perkara yang sedang berlaku. Jungyeon mendapat satu ugutan pembunuhan dari seseorang, pada mulanya dia hanya menyangka kalau itu hanyalah satu gurauan. Namun apabila hari-hari mula berlalu, makin ramai orang kesayanganya pergi. Ad...