LELAKI MISTERI

50 8 1
                                    

Selalunya Jungyeon akan pulang ke rumah dengan menjalan kaki bersama Sunoo iaitu teman sepermainanya dari kecil. Tapi hari ini Sunoo berkata kalau dia ada kelas tambahan dan tidak dapat balik bersama. Pemandunya sudah tentu tidak datang kerana dia sudah berpesan kepada pemandunya kalau dia akan balik berjalan kaki.

Mahu ataupun tidak dia tetap harus berjalan kaki. Mahu menalefon pemandunya, namun dia tidak menyimpan nombor pemandu itu. Disebabkan perjalanan kerumahnya sedikit jauh dia ingin menggunakan jalan pintas yang ada di lorong sunyi.

Biasanya dia akan menggunakan jalan yang lebih luas bersama Sunoo, walaupun jauh tetapi dia tidak berasa penat dan bosan. Apabila dia sendirian rasa penat dan bosan mula menguasai dirinya.

Saat dia lalu di jalan itu tiba-tiba ada sekumpulan lelaki sedang melepak di tengah-tengah jalan yang harus dilalui oleh Jungyeon. Saat Jungyeon ingin melintasi mereka, dengan pantas mereka menarik tangan Jungyeon sehingga menyebabkanya jatuh.

"Ah!" jeritnya.
"Beraninya kau lalu sini sorang" ujar salah seorang dari mereka. Kini ada tiga orang lelaki yang tidak waras berdiri dihadapanya. Namun Jungyeon tidak berasa takut kerana dia yakin kalau dia mampu melepasi mereka dengan hanya menggunakan beberapa muslihat.

"Suka hati aku lah nak lalu mana"balas Jungyeon dengan kasar.

Dia memerhatikan sekelilingnya sambil ligat berfikir cara untuk melepaskan diri.

"Apa tu!?  Kuda terbang lah" jeritnya sambil menunjuk tempat tersebut.
Apabila semua lelaki itu mengalihkan pandanganya, cepat-cepat Jungyeon mengambil langkah untuk melarikan diri.

"Hoi! Jangan lari la" jerit salah seorang dari lelaki itu. Mereka semua juga lari untuk mengejar Junyeon.

Langkah Jungyeon terhenti apabila dia berasa sudah jauh dari mereka. Saat dia ingin meneruskan langkahnya untuk pulang kerumah,tiba-tiba dia terdengar suara.

"Penat lari?" soalnya. Perlahan-lahan Jungyeon berpusing untuk melihat siapa yang ada dibelakangnya. Kelihatan tiga orang lelaki sedang berdiri. Tidak sempat untuk berlari lagi, rambut Jungyeon ditarik kasar sehingga mebuatnya terseret di atas permukaan tar yang kasar.

"Apahal kau lari hah?" jerkah lelaki yang berbaju biru dan merupakan ketua diantara mereka.

Jungyeon hanya membisu.

"Bisu ke sial!"jerkahnya lagi. Kali ini mata Jungyeon sudah mula berkaca.

"Sunhee! Cek beg sekolah budak tu. Mana tahu ada banyak duit" arah lelaki itu kepada salah seorang kawanya. Dengan cepat Sunhee memeriksa beg Jungyeon.

"Ade buku je lah..." keluhnya.

"Mmm... Kalau macam tu korang tolong aku periksa dia pulak. Nampak macam cantik" kata lelaki berbaju biru itu.

Jantung Jungyeon mula berdegup kencang. Air yang jernih dari matanya sudah pun mengalir.

Kedua belah tanganya sudah dipegang erat oleh dua orang itu. Lelaki berbaju biru itu membuka kasut Jungyeon, kemudian perlahan-lahan dia membuka stokinya.

Tiba-tiba kedengaran seperti ada orang yang memerhati.

"Korang jaga pompuan ni elok-elok. Aku nak tengok bunyi apa tadi" pesan lelaki itu lalu beredar dari situ.

"Argh!" kedengaran suara lantang yang mejerit. Ya suara itu milik lelaki berbaju biru itu. Tetapi kenapa lelaki itu menjerit.

Lelaki itu jatuh tersungkur di hadapan Jungyeon. Dihujung mulut lelaki itu ada sedikit kesan luka dan darah. "Bawak lari pompuan tu! Aku nak settle kan mamat ni" jerit lelaki itu.

Jungyeon sempat melihat sedikit bentuk tubuh lelaki yang cuba menyerang lelaki berbaju biru itu.

Jungyeon disembunyikan di suatu tempat yang agak sunyi. Dalam fikiranya sangat bercelaru dan berharap kalau lelaki yang dilihatnya tadi berjaya menemuinya disitu.

Beberapa minit kemudian, ada seseorang datang di tempat persembunyian itu. Dua orang lelaki yang melarikan Jungyeon tadi, terpaksa keluar dan berlawan dengan lelaki misteri itu.

Jungyeon melihat aksi pelawanan itu dan berharap dengan pengakhiran yang bagus. Beberapa minit mereka berlawan akhirnya dua orang lelaki itu rebah di lantai.

Lantas dengan lajunya lelaki misteri itu mendekati Jungyeon.

Jungyeon tidak dapat melihat muka lelaki itu kerana lelaki itu memakai topi dan pelitup muka hitam. Namun dia boleh melihat mata lelaki itu dengan jelas.

Akibat geseran tadi yang menyebabkan dia luka membuatkan Jungyeon susah untuk berdiri.

Lalu lelaki itu mendukung Jungyeon sehingga mereka tiba di klinik bertujuan untuk mengubati luka yang dialaminya.

Mereka duduk bersebelahan tanpa berkata apa-apa. Di sudut hati Jungyeon sudah tentu dia teringin melihat wajah penuh lelaki itu.

Kerana pendingin hawa di klinik itu membuatkan Jungyeon berasa sejuk, lelaki itu menbuka jeket yang dipakainya lalu disarungkan di badan Jungyeon.

Jungyeon memerhatikan baju uniform sekolah yang dipakai oleh lelaki itu. Uniform itu sama seperti uniform sekolahnya.

Jungyeon melihat mata polos lelaki itu dan ya! Dia sudah tahu siapa orang yang membatunya. Mustahil kalau dia salah orang.

THE TRUEWhere stories live. Discover now