28 | sᴄʜᴏᴏʟ

24 7 4
                                    

Brian dan Ash sudah bersiap sedia menunggu di meja makan selepas bersarapan. Semua orang sudah berkumpul di meja makan kecuali...

"Apeni kacau aku tengah tidur. Tengah mimpi jodoh aku lah" Jay menggosok mata sambil menuruni tangga. Tangan sebelah kiri memeluk plushie singa pemberian Seon.

'PAK'

"Aduhhh sakit lah gampang!"

"Ade ke orang nak dekat kau yang bodoh ni? Aku dah kejut kau awal tadi kan, yang kau tidur balik pahal?" Dean dah lama geram lah tu dengan Jay

Brian, Roman dan Tej menggelengkan kepala. Ash sambung lagi makan sandwich.

"Papa ni cepat lah, nanti terlambat abang dengan adik nak pergi school. Buat hal lah papa ni" Dean mengangkat ibu jari kepada Brian.

"HAH?! SCHOOL?! JAPP BAGI PAPA MANDI DULU. TUNGGU SITU TAU!" Kelam kabut Jay berlari di tangga untuk masuk ke bilik semula.

"Jom lah tunggu dalam kereta, nanti Jay sampai kita terus gerak"

Semua bersetuju dengan cadangan Dean. Jay yang mendengar cadangan Dean dari tingkat atas terus meluncur turun tangga. Ya dia MELUNCUR dekat tempat pemegang tu. Koyak seluar kang baru tau.

'PAK'

"Aduhhhh eishh gatal tau tak kepala aku!" Jay memarahi Dean yang menayangkan muka badak

Tau ke muka badak tu macam mane? Muka tak kisah ha itulah dia

"Bibir dah lah kalah Angelina Jolie" sempat Jay mengumpat Dean dalam diam. Dia taktau yang Dean dengar apa yang dia ucapkan tadi.

Roman memandu kereta, Dean duduk di passenger seat, Jay, Brian dan Ash berada di seat belakang. Tej ada hal yang perlu diuruskan jadi dia tak ikut.

Ipad milik Dean berdering menandakan ada seseorang yang menelefon dia. Button hijau ditekan lalu dia tersenyum.

Ouhh siapa di sana? Awek ke tuu?

"Assalamualaikum Dean"

"Waalaikumsalam mama, mama sihat ke kat sana?"

Ouhh Puan Amelia yang call rupanya. Patut lah seronok kemain si Adrean ni.

"Alhamdulillah mama sihat je dekat sini. Mana cucu kesayangan dan anak bertuah mama tu? Sini mama nak tengok"

"Jap ya ma"

Dean menghulurkan ipad tersebut kepada Brian. Disebabkan dia yang duduk di tepi tingkap maka dia lah orang paling sesuai. Angle tu lawa and nampak semua orang sekaligus.

Kenapa tak serahkan kepada Jay? Hah jahanam ipad tu nanti. Dah banyak barang Dean yang dah jadi arwah disebabkan Jay.

"Nenek!! Adik rinduuuu dekat nenek hm. Mane atok? Daddy mane? Papa Zeem dengan Baba? Hmm mane Miss Ayra !!! Mane semua orangggg!!!"

"Ehh adik sabar dik. Ye abang tau adik rindu semua orang tapi sabar okay. Nak nangis tapi kena sabar" Brian berjaya menenangkan Ash

"Dean bagi aku tisu. Cepat sikit" pinta Jay. Muka ditekup, siapa pun tak nampak muka dia

Dean ikutkan sahaja perintah Jay. Malas nak mengusik Jay harini

"Nenek sorang je harini dekat rumah. Yang lain semuanya pergi work sayang. Papa dengan baba pun busy dengan Uncle Ayden. Nanti nenek pesan dekat diorang suruh call Ash okay"

Ash mengangguk dengan bibir yang mencebik. Alolo first day dah cengeng. Tapi ada yang lagi cengeng.

"Abang dengan adik pergi school elok ii tau. Buat baik dengan semua orang. Jangan naughty sangat tau. Jay pun sama jangan naughty asyik nak usik orang je tau. Dengar tak Jay sayang?"

My Ride or DieWhere stories live. Discover now