Sudah lah tu terpengaruh dengan ajaran sesat Jay beruk tu. Meh sini dekat abang hot pulak. Auchh malu titew.
Buat yang terlupa, real name aku ialah Adrean Ackles bin Jensen Ackles. Ackles tu nama keluarga so wajib letak jugak.
Daddy aku bukan Jensen Ackles yang berlakon dalam cerita Supernatural tu ye. Tu Jensen yang lain.
Jay takde intro kan? Aku nak intro balik dengan elok pasal profile aku. Kambing betul aku sorang je watak yang paling menyedihkan. Profile pun songsang sebab watak Jay.
Bagi aku story kat korang jap macam mana aku boleh sesat dekat Malaysia ni. Tengok nama pun boleh agak yang daddy aku american kan? Mummy aku je yang anak jati Malaysia. Proud to be mix child. Hehe
Daddy aku masuk Islam sebelum kahwin dengan mummy. So aku memang born as Islam. Nama je macam kafir sikit sebab ikut belah daddy. Family kitorang menetap dekat Malaysia sampailah umur aku 17 tahun.
Lepastu semua ahli keluarga aku pindah ke America sebab daddy dapat kerja lagi bagus. Adik beradik aku yang lain semua ikut mummy dan daddy. Tinggal aku sorang je dekat Malaysia.
Nasib lah Tuan Harry ni kenalan daddy. Aku diarahkan untuk bekerja dengan Tuan Harry. Pada masa yang sama aku dapat kawan baru iaitu Ken dan Jay beruk.
Family aku ade je balik Malaysia bila ada cuti panjang. Cuma aku je yang tak pernah balik ke America. Bukan sebab ada konflik dengan family sana. Tapi sebab aku takut naik flight sorang diri. Hehe jangan bagitau Jay tau.
Kalau nak dikira nickname aku lah paling banyak sekali. Dan paling tak masuk akal.
Bean, Didi, Dean, Anak Ackles, Din , Abidin dan banyak lagi incoming.
Dean hanya family rapat dan kawan rapat je yang panggil. Stranger kena panggil aku Mr. Ackles.
Family aku pulak panggil aku special sikit. Along. Mummy je yang kadang - kadang panggil aku Reen. Sebab masa dia pregnant kena scam dengan aku. Disangka girl ternyata boy.
Takde siapa yang tau pasal nickname aku yang satu tu. Family aku je yang tau.
Okay cukup intro aku. Nak sambung story ke? Alaa malas lah. Nanti watak Jay masuk balik hm.
Tapi takpelah redha jelah. Jom lah continue story. Haih
——————————————————————————-
"Princess dah siap homework ke belum?" jerit Jay dari tingkat bawah.
Kalau tak memekak tu memang bukan dia lah.
"Dah siap lah. Jangan kacau boleh? Adik nak race dengan abang ni" ha lagi sorang pengikut Jay. Menjerit memang hobi dia.
"Oit Din kau kat mane? Nak ajak main nyorok pulak hek eleh ingat comel ke"
Penat lah hadap perangai bodoh Jayden ni setiap hari. Haih beruban nanti rambut aku.
Nak taknak terpaksa lah aku pergi dekat dia. Kalau lah Ken ada kat sini kan senang sikit kerja aku.
"Masa bila aku menyorok pulak ni ha bebal. Suara dah lah tak sedap ada hati nak jerit - jerit pulak"
"Bising lah kau. Teman lah aku tengok movie ni" jawab Jay sambil menyumbat popcorn masuk ke dalam mulutnya.
Aik? Dari mana datang popcorn tu? Tadi masa aku turun macam takde je dekat tangan dia? Magic ke?
"Asal lak aku kena teman kau. Boring lah tengok dengan kau. Memekak je nanti"
"ARGHHHHH DARAHHH"
Boleh pekak telinga aku kalau macam ni. Bodoh punya Jay jerit dekat telinga aku. Kuat pulak tu.
YOU ARE READING
My Ride or Die
AdventureMampukah Ash dan Brian hidup dalam suasana yang baru? Dapatkah mereka bertahan ?