03

11 1 0
                                    

"Kau tengok tu. Dia dapat semua attention sebab skill dia. Kau tak cemburu?".

Jiseul memuncungkan bibirnya kearah Seulgi yang sibuk mengongsikan ilmunya kepada kawan - kawannya.

Juhyun yang sedang menangkap gambar lalu melaraskan lens kameranya semula dengan berulang kali hanya menghiraukan kata - kata Jiseul.

"Yah... Kau palau aku ke? Orang kata, kalau diam tu maksudnya 'ya'".

Jiseul tergelak kecil sambil mengerling Juhyun disebelahnya. Selepas beberapa saat, barulah Juhyun membalas.

"Daripada aku membebel macam kau, baik aku train benda ni. Kalau kau cemburu, kenapa kau tak train? You know, silent weighs more than words. Better walk than talk".

"Ooffhh!!".

Jiseul berlakon seperti dia ditembak oleh peluru halimunan.

"Pedih, Hyun ah... Pedih. Dah lah. Aku merajuk".

Jiseul meninggalkannya dengan perasaan yang terguris tapi Juhyun langsung tidak menoleh kearahnya.

Dia langsung tiada niat untuk bercakap tentang perkara yang terjadi semalam. Tetapi memandangkan Jiseul juga tidak menyoalnya apa - apa, dia menjadi curiga dengan gerangan empunya payung semalam. Dia tidak dapat teka orang lain selain Jiseul. Dia langsung tidak mempunyai idea memandangkan hanya Jiseul yang dia rapat dikelab itu.

Namun, selepas beberapa minit dia berdiam, dia menoleh kearah Seulgi. Dia sekali lagi memerhati Seulgi dari jauh dengan pandangan tajam. Secara senyap, dia menyimpan segala perasaan terhadap Seulgi yang dia tidak tahu ingin namakan apa perasaan itu.

=
=
=
=
=

"He was at my house yesterday".

Balas Juhyun dengan laju dan dingin. Lelaki yang sama iaitu Jungwan cuba memaksanya lagi dan dia terpaksa cari jalan lain untuk mematahkan semangat Jungwan dengan mengatakan dia mempunyai teman lelaki.

"Mwo?! Si- Siapa?!".

"Boyfriend aku".

Balas Juhyun pendek dan laju. Dia melihat Jungwan menggenggam tangannya dengan riak wajah yang sudah berubah seperti dia marah. Tapi Juhyun langsung tidak berundur disebabkan takut.

"Ha! Jangan nak tipu. Kau ingat ada ke lelaki lain yang suka kau melebihi aku? Kalau ada pun, kau aku punya!".

Lelaki itu sekali lagi meninggikan suaranya. Keobsesan lelaki itu terhadap Juhyun membuatkannya mati akal.

"Jebal, Juhyun ah... Susah sangat ke nak accept aku?.... Kau ingat aku ni apa?! Aku dah bazirkan segalanya untuk kau, tapi kau layan aku macam ni!".

"Geurae, kau dah bazirkan semua yang kau ada. Kau dah bazirkan masa kau, tenaga kau, suara kau....... Maruah kau untuk dapatkan aku. Aku rasa konklusinya dah terang cuma kau yang buta. Just.... Hapuskan obsesi kau then... You may realise what you have left behind. Appreciate her then you may live a happy life".

Juhyun berundur lalu meninggalkannya. Sekali lagi lelaki itu tertunduk hampa. Dia tahu rayuannya takkan pernah berjaya namun obsesinya telah mengelabui matanya tanpa dia sedar.

Juhyun berjalan pulang ke kelasnya. Dia sudah tiada apa - apa nak dilakukan diluar kelasnya jadi dia terus menuju ke kelasnya semula untuk melakukan kerjanya tadi. Iaitu belajar. Dia ada sebab tersendiri kenapa dia perlu lulus ujian CSAT pada akhir tahun ini dan sebabnya lain daripada orang lain.

Baru sahaja dia sampai di lorong koridor di hadapan kelasnya, orang ramai terus membuka mulut mereka dan berborak sakan seperti tiada hari esok. Topik borakan mereka tidak lain tidak bukan, 'Juhyun Si Perampas'.

0mm Film [SeulRene]Where stories live. Discover now