10

1 0 0
                                    

Juhyun melangkah masuk kedalam kelasnya. Ketika itu, hanya satu benda yang diperhatinya. Sekotak susu terletak diatas mejanya.

Dia meletakkan begnya lalu terus mengambil kotak susu itu dan keluar daripada kelasnya.

Dia berjalan dengan ekspresi wajah yang serious dan susu ditangannya. Sehingga tiba dia sebuah kelas yang lain dari kelasnya, dia membuang kotak susu itu ke dalam tong sampah dihadapan kelas itu.

Seperti sudah menjadi rutin hariannya untuk membuang kotak susu itu ke dalam tong sampah yang sama. Yang memberi tidak lain tidak bukan hanyalah Jungwan. Tong sampah itu juga berada dihadapan kelas Jungwan.

Dia berjalan dengan riak wajah yang serious lagi. Kali ini, semua orang sedang melihatnya tetapi dia langsung tidak memberi muka kepada mereka. Dia tahu dia sudah cukup menunjukkan perasaan sebenarnya tetapi seseorang yang diperkatakan masih tidak sedar dan berhenti mengganggunya.

Dia berjalan dengan hala tuju dan terus menuju ke luar sekolah. Kebetulan tiada siapa yang ingin berdiri dihadapannya dan menghalang laluannya lagi.

=====

Sehinggalah tiba dihadapan sebuah kafe berhampiran sekolahnya. Kafe itu agak popular dalam kalangan pelajar kerana terdapat pelbagai variasi roti dan kedudukan yang strategik untuk membangun sebuah kedai.

Dia mengambil sebungkus roti dan sekotak susu original. Walaupun kedai itu merupakan kedai kafe, Juhyun tidak berapa gemar dengan kopi.

Dia meletakkan barangannya diatas kaunter kedai itu. Ketika dia sedang mengeluarkan dompetnya, seseorang yang dikenalinya dan ingin dielaknya masuk ke dalam kedai itu. Iaitu Seulgi. Namun, dia tidak cuba menyorok daripadanya. Hanya mengharapkan agar Seulgi tidak menyedari kehadirannya disitu.

Seulgi juga memang kelihatan seperti tidak menyedari kewujudannya kerana dia sibuk mencari hidangan yang ingin dibeli.

Dia mengalihkan pandangan semula dan menunggu juruwang untuk mengira barangannya.

Hanya selang beberapa saat, sekumpulan pelajar perempuan masuk dengan borak yang riuh.

"Ohh!! Seulgi ssi!!".

Seorang daripada sekumpulan itu iaitu Hyesoo meletakkan lengannya pada tengkuk Seulgi.

"Yah, my friends nak sarapanlah... Kau belanja boleh? You're my friend...".

Hyesoo berlakon mesra sementara Seulgi hanya sibuk mencari barangan yang ingin dibeli. Dia hanya berdiam ketika Hyesoo yang baru - baru ini berkelahi dengannya belakon seperti mereka sudah berbaik semula. Dia merasakan bahawa Hyesoo cuba untuk menghukumnya.

Walaupun begitu, Seulgi cuba membalas tanpa melihat wajahnya.

"Diorang tak de duit ke?".

Soal Seulgi dengan selamba. Terus Hyesoo memandang kawan - kawannya kerana risau kawannya dengar kata - kata Seulgi tadi. Mujur tiada siapa yang dengar kerana mereka sibuk memilih makanan.

"Hahahh... Yah... Of course, they have. Tapi petang nanti mesti dah habis kalau diorang guna pagi ni".

Hyesoo tergelak kekok dan masih cuba mengekalkan perawakan cool nya.

"Geurae, kenapa diorang tak minta sendiri? Kenapa kau mintakkan untuk diorang?".

Seulgi terus beralih ke kaunter selepas memilih pilihannya. Dia masih tidak melihat wajah Hyesoo. Ianya berat untuknya melihat wajah orang yang dia sangat ingin meminta maaf. Tetapi gelagat Hyesoo ketika ini seperti memberitahunya yang dia takkan terima permohonan maafnya nanti.

Sambil berada dihadapan kaunter, dia cuba mencari kelibat Juhyun yang sudah hilang dari pandangannya. Juhyun yang dia berusaha untuk tidak pandang tadi yang sebenarnya dia sudah sedar sejak dari awal dia memasuki kedai itu.

Dia meletakkan barangannya lalu terus mengeluarkan dompetnya. Hanya sekelip mata, kaunter itu sudah penuh dengan hidangan yang lain.

Seulgi menoleh laju kearah orang dibelakangnya. Keningnya berkerut seperti tidak puas hati.

"Yah, buy us some meal".

"Ahh.... Laparnya...".

"Jebal, Seulgi yah..".

Muka mereka yang tebal itu satu - persatu diperhati oleh Seulgi sehingga pandangannya terhenti pada Hyesoo disebelahnya.

"Aahh.... Ada makanan aku jugak kat situ. Tolong bayarkan. Bukan pinjam eh".

Hyesoo tersenyum lebar selepas melontarkan kata - kata bermuka tebalnya. Perkara ini biasa dilakukan oleh Hyesoo kepada orang lain. Tetapi, ini kali pertama dia lakukan kepada kawannya sendiri. Atau lebih tepat, baginya bekas kawannya.

Seulgi pula hanya perlahan - lahan menghadap kehadapan semula. Riak wajahnya seperti sedang cuba mencari tindakan seterusnya. Namun, dia seperti tidak boleh membalas.

Dia melihat barang itu satu - persatu di scan oleh juruwang itu. Dia tidak mahu tetapi dia tak tahu bagaimana untuk menolak. Dia tahu dia seperti sedang dibuli sekarang tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk membalas. Pada akhirnya, dia hanya mampu berdiam.

Tiba - tiba, seseorang tiba lalu terus menarik tangan Hyesoo dari poketnya sehingga terpampang kad kreditnya ditangan.

"Yah!!".

Hyesoo menengkingnya sebelum terkedu dengan gerangan orang itu. Begitu juga Seulgi. Hyesoo dan orang itu sedang menjadi tumpuan semua orang yang berada disitu.

Kadnya dirampas dari tangannya tanpa dia sempat menghalang. Kad itu terus diberikan kepada juruwang itu.

Juruwang itu yang sudah menyaksikan adegan Seulgi dengan Hyesoo daripada awal tadi terus menggunakan kad Hyesoo untuk membayar semua makanan itu. Juruwang juga memberi kerjasama.

Pada masa yang sama, pandangan Seulgi hanya tertancap pada seseorang itu. Gerangan seseorang yang tidak asing baginya. Namun, seseorang itu tidak berhenti membuatnya keliru. Orang yang sama dengan semalam iaitu Juhyun.

Ketika Hyesoo dan kawan - kawannya sedang terkedu, Juhyun meletakkan sejumlah wang kedalam poket Hyesoo.

"Aku bayar untuk Seulgi".

Juhyun bernada mendatar sebelum menarik Seulgi keluar daripada kedai itu.

Seulgi yang hanya dapat melihat belakang kepala Juhyun, sudah mula tenggelam dalam imaginasinya.

Dalam fikirannya penuh dengan kata - kata yang menyenangkan. 'Alangkah bagusnya jika hubungan mereka jelas dan tidak mengelirukan seperti ini'. Baginya dia masih keliru dengan perasaan Juhyun terhadapnya. Sama ada benci atau biasa sahaja?

Tanpa mengetahui dia dimana, tiba - tiba Juhyun melepaskan tangannya lalu terus berpusing menghadapnya.

"Apa tadi tu? Langsung tak sama dengan nasihat yang kau bagi hari tu".

Juhyun bernada tegas memperkatakan tentang nasihat yang Seulgi berikan tempoh hari ketika Juhyun ditampar. Sementara itu Seulgi hanya terdiam. Sekali lagi, jari Seulgi menjadi tumpuannya. Namun, hanya seketika dan dia ingin terus beredar.

"I'll get going".

Juhyun mula melangkah untuk meninggalkannya. Namun, belum sempat dia menjauh, Seulgi memanggilnya. Dia terus menghentikan langkahnya tanpa menoleh.

"Sunbae! I'll pay for this later! Gomawo!".

Juhyun masih tidak menoleh lalu meneruskan perjalanannya. Sementara itu, Seulgi tersenyum lega. Dia dapat merasakan yang Juhyun perlahan - lahan memberinya peluang untuk dia masuk ke dalam dunianya. Ketika itu, dia hanya mampu menyebut beberapa perkataan dalam hati.

"Let's be friends one day, unnie".

0mm Film [SeulRene]Where stories live. Discover now