04

7 1 0
                                    

----------------------
𝖩𝖺𝗇𝗀𝖺𝗇 𝖽𝖾𝗄𝖺𝗍𝗂 𝗌𝖺𝗒𝖺.
𝖲𝖺𝗒𝖺 𝗆𝖾𝗆𝖻𝖺𝗐𝖺 𝖺𝗅𝖺𝗍𝖺𝗇 𝗍𝖺𝗃𝖺𝗆.
𝖡𝖾𝗋𝗁𝖺𝗍𝗂 - 𝗁𝖺𝗍𝗂 𝖽𝖾𝗇𝗀𝖺𝗇 𝗌𝖺𝗒𝖺.
------------------------

Sebuah kadboard digantung pada leher Seulgi. Denda yang diberikan kepada pelajar 18 tahun seperti denda yang diberikan kepada kanak - kanak 7 tahun.

Banyak pelajar yang lalu lalang dan tergelak dengan kata - kata yang tertulis pada kadboard itu namun Seulgi tidak peduli dan masih berdiri dihadapan kelasnya seperti bodyguard.

"Psst... Seulgi yah".

Seseorang yang duduk ditepi pintu belakang kelasnya memanggilnya dengan nada bisik kerana ada guru di dalam kelasnya ketika itu.

Seulgi menoleh dan melihat kawannya yang sedang menunjukkan bahasa tubuh menyuruhnya untuk duduk. Sudah habis satu masa pelajarannya tetapi Seulgi masih berdiri membuatkan kawannya risau.

Seulgi hanya akur dan duduk di atas lantai dihadapan kelasnya dan berdiri semula sebelum gurunya keluar.

"Tanggalkan".

Arah cikgu itu dengan dingin dan tanpa nada. Lalu Seulgi akur.

"Apa yang kau belajar?".

Soal cikgu itu dengan tegas.

"Jangan bawa alatan tajam".

Seulgi menjawab dengan tenang kerana dia langsung tidak berasa takut ketika ini.

"Contoh?".

"Pisau".

"Lagi".

"Kapak".

Cikgu itu terkedu. Dalam banyak - banyak perkakas dapur yang tajam dia memilih perkakas untuk memotong pokok.

"Kau tahu apa benda tajam yang kau boleh bawak?".

Soal cikgu itu lagi. Kali ini Seulgi pula yang terkedu.

"Buku. Buku teks untuk asah otak".

Balas cikgu itu laju sebelum mengarahkan Seulgi untuk masuk ke kelasnya semula. Seulgi menuju ke tempat duduknya sambil sempat mengerling kearah Hyesoo yang hanya termenung.

"Yah... Kenapa kau bawak pisau...?".

Soal kawannya, Hyein dengan perasaan risau. Dia takut jika dia menjadi mangsa seterusnya selepas bola keranjang itu.

"Ani, aku pinjam dekat makcik kantin".

Balas Seulgi selamba.

"Dah tu? Kenapa? Untuk apa? Ada orang yang kau benci ke kat sini? Aku tak tersenarai, kan?".

"Yah... Rileks lah... Aku bukan buat benda tu untuk orang yang aku benci tapi untuk orang yang aku suka".

"Habis tu kau benci aku lah? Sampai hati kau...- Ani. S- Siapa? Kau suka seseorang?".

"Ermm... Just... Sunbae".

0mm Film [SeulRene]Where stories live. Discover now