14

8 0 0
                                    

Sejurus selepas Seulgi melangkah masuk ke dalam pejabat ayahnya dengan mengekori setiausahanya, ayahnya terus menoleh ke arahnya.

Encik Kang menunjukkan isyarat tangan kepada setiausahanya untuk keluar dan kini di dalam pejabat itu hanya dihuni oleh Seulgi dan Encik Kang.

Ketika itu, Seulgi sudah menyangka sebab ayahnya memanggilnya ke pejabat namun dia langsung tidak memulakan pergerakan yang biasanya dia lakukan.

"Yah, mwohae?".

Ayahnya memegang gelas pendek wainnya. Dia melihat Seulgi yang hanya berdiri tegak dengan jarak yang jauh dari mejanya. Dalam masa yang sama, matanya berapi melihat kelakuan Seulgi yang masih berdiri tanpa melakukan apa - apa. Secara tiba - tiba...

Seulgi melihat cawan itu berada betul - betul dihadapan matanya. Ketika itu masa terasa bergerak begitu lambat. Cawan itu hanya diperhati sambil ia melayang mendekatinya.

Tubuhnya kaku sejurus selepas dia melihat cawan itu dilempar. Jantungnya terasa berhenti berdetak dan tubuhnya seperti terus diselubungi perasaan takut sehingga dia meremang. Namun, dia tidak bergerak seinci pun untuk mengelak dari cawan itu kerana dia terkaku. Sehingga...

'CHHRAANNGG!!'.

Cawan itu pecah menghentak dinding di belakang Seulgi. Pada waktu yang sama minuman di dalam cawan itu terpercik keluar.

Seulgi hanya berdiri kaku. Cawan yang melintasi wajahnya seperti baru sahaja pecah betul - betul di sebelah telinganya. Wain yang terpercik pada pipinya langsung tidak terasa seperti cecair. Tetapi pepejal.

"Get on your KNEES, YOU SCUMBAG!!".

Seulgi terus jatuh pada lututnya. Lututnya yang terasa sudah lemah sejak ketakitan tadi akhirnya jatuh menghentak lantai sekaligus menitiskan satu titisan cecair dari matanya.

Encik Kang perlahan - lahan menuju kearahnya sambil membetulkan kotnya. Dia melihat Seulgi yang hanya tertunduk dengan senyuman.

"Yah, say sorry. Kau hampir kotorkan nama aku dan kau tak reti nak minta maaf? Aku dah suruh kau datang sini sebelum aku panggil tapi kau degil! Ni ke yang mak kau ajar?".

Seulgi mengangkat kepalanya dari menunduk tadi. Walaupun, air mata sudah mengalir namun selepas mendiang ibunya dilibatkan, dia takkan tertunduk lagi.

"Netizen tak pernah tahu tentang kewujudan kau tak bermakna kau layak buat semua benda atas hak kau. Suatu hari nanti diorang akan tahu gerangan kau dan kau tak layak kotorkan nama aku. Tak bermakna kau hidup macam orang biasa kau boleh buat apa je yang kau nak. Kau hidup dengan surname aku. Kau lahir dari keluarga aku dan tugas kau untuk jaga nama baik aku. Walaupun kau lahir dari keluarga aku, tak bermakna kau setaraf dengan aku. Kalau aku arahkan, kau turut....... Then, everything's gonna be fine".

Kasut Encik Kang adalah satu - satunya impuls Seulgi ketika itu. Dia tidak mengangkat kepalanya dan bersuara selama Encik Kang memarahinya. Namun, dia juga tidak terlalu fokus dengan kata - kata itu. Baginya itu semua kata - kata kosong.

"Now, say sorry".

Encik Kang mengangkat satu hujung bibirnya seperti sedang tersenyum sinis. Walaupun begitu, dia terus terkedu ketika Seulgi berdiri semula tanpa teragak - agak.

Ketika air mata sudah hilang, perasaan takutnya diganti dengan keberanian walaupun masih tidak kukuh.

Dia berdiri tegak semula tetapi langsung tidak mengangkat matanya untuk melihat wajah ayahnya.

"Joesonghabnida".

Seulgi membongkok 90 darjah.

"Joesonghabnida, Encik Kang. Kesalahan hari tu takkan diulang lagi dan rumor yang berlegar akan segera dihapuskan".

Seulgi bernada seperti tiada apa - apa yang belaku sebelum itu. Dia menggunakan kata - kata formal seperti seorang pekerja dengan bosnya.

Dia berdiri tegak semula dan matanya mula diraih keatas untuk melihat wajah Encik Kang. Namun, Encik Kang hanya mengarahkannya keluar dengan isyarat wajah yang langsung tidak menghadapnya.

Dia tahu mungkin Encik Kang pasti berasa tercabar apabila dia meminta maaf selaju mungkin tanpa menunjukkan yang dia terkesan dengan tengkingannya tadi. Jadi, baginya dia perlu meneruskan cara ini agar ayahnya tidak berasa hidung tinggi lagi.

Tanpa berlengah lagi, Seulgi melangkah keluar dan pintu ditutup. Dia termenung seketika kearah tangannya di tombol pintu itu ketika tangannya perlahan - lahan berhenti daripada menggigil. Namun, ianya dusta jika dia sudah tidak berasa takut ketika itu walaupun setelah menggagahkan diri untuk bercakap dihadapan ayahnya.

Dia berpaling daripada pintu sambil mengeluh panjang. Langkah pertamanya dibuka untuk meninggalkan pejabat itu tetapi kepalanya masih tertunduk hampa.

Tiba - tiba...

"Kang Seulgi ssi?".

Seulgi terus menoleh apabila suara seorang wanita yang kedengaran sedikit berumur memanggil dari sebelah kanannya.

"Oh, Cik Kim".

Seulgi memberinya senyuman lebar walaupun tadi dia berasa suram.

"Ni, ambiklah. Minum, ye. Aigoo... You're a nice kid. Tch".

Cik Kim menghulurnya setin minuman segar yang baru sahaja dibelinya tadi namun apabila mendengar tengkingan Encik Kang dari dalam pejabatnya tadi terus membuatnya berasa simpati terhadap Seulgi dan berharap agar minuman itu mampu menceriakan Seulgi kembali.

"Oh, k- Kamsahabnida".

Seulgi hanya menyambut hulurannya dengan senyuman. Ketika itu beberapa pekerja yang berada di kawasan itu semuanya memberi perhatian kepadanya.

"Kang Seulgi ssi, nah. Aku ada beli ni lebih. Aku dah kenyang. Ambiklah".

"Kamsahabnida, Encik Yoo".

"Eiishh... Geumanhae... Berhenti panggil aku 'encik' boleh?".

Seulgi hanya tersenyum kekok ketika Encik Yoo seperti memarahinya walaupun hanya berlakon.

Ini bukan kali pertama mereka memberikan Seulgi makanan agar dia gembira semula. Ini juga bukan kali pertama mereka mendengar Seulgi dimarahi oleh ayahnya. Namun, dia hanya teguh menghadapi perkara itu berulang kali.

Dia menuju ke pintu lif dan menekan butang anak panak ke bawah. Dia menunggu lif sambil masih tertunduk hampa. Hadiah - hadiah dari pekerja ayahnya hanya mampu menceriakan sedikit daripada harinya yang suram ini.

Tak lama kemudian, pintu lif terbuka lalu dia melangkah masuk. Selama dia berada di dalam lif, dia masih tertunduk ketika dia mula overthinking lagi.

Bagaimana dia ingin hapuskan rumor tentangnya seperti yang dijanjikan kepada Encik Kang tadi? Apa yang akan jadi jika seluruh pelajar disekolahnya mula tahu identitinya sepertimana seluruh dunia bakal mengenali identitinya?

Apa akan jadi jika suatu hari nanti dia tidak sengaja melampaui batas dan mencemarkan nama baik Encik Kang selepas semua orang tahu identitinya? Adakah dia akan dibuang dari keluarganya oleh Encik Kang? Namun, hukuman itu paling kedengaran sesuai untuk diberikan kepadanya. Dia tidak mahu lebih dari itu dan dia tidak peduli jika dia benar - benar dibuang oleh keluarganya. Namun, bagaimana agaknya kehidupan seterusnya tanpa wang yang selalunya dia dapati dari ayahnya?

"Haaahhh...".

Dia tersandar pada dinding lif itu selepas mengeluh panjang tanpa menyedari pintu lif itu terbuka dan seseorang masuk. Seseorang yang mungkin dia kenali.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 22 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

0mm Film [SeulRene]Where stories live. Discover now