08

1 0 0
                                    

"Kau tidur ke?".

Soal Hyein sambil cuba menjenguk wajah Seulgi yang diletakkan diatas meja dan membelakanginya.

"Ani".

Balas Seulgi pendek tanpa menoleh kearahnya. Dia berasa sangat suram kerana hal awal pagi tadi. Namun, perasaannya tidak boleh mengganggu pelajarannya.

"Hm... Cheer up, babe. Aku tak pernah ada dalam rumor so, aku kurang faham perasaan kau tapi... Tapi betul ke?! Ani, crush kau Jungwan ke? Baru aku tahu kau tak de taste. Ani, kau kata crush kau sunbae...... Juhyun is our sunbae then.... Haaahhhh!!".

Hyein menarik nafasnya dengan kuat sambil menutup mulut. Tanpa mengetahui apa - apa dia dah buat kesimpulan dan terkejut sendiri. Namun, Seulgi tidak menjawab dan masih terlentok diatas mejanya.

"Yah... Kau palau aku ke...? Serious lah..".

"Ani. Kita ada kelas kelab kan petang ni? Ppalli... Aku club president. I must get going now. Annyeong, Hyein ah..".

"Yah...! Seulgi yah!! Yah ssshhii.. Jinjja...h".

Seulgi pergi begitu sahaja dan Hyein masih lagi dipalau.

=
=
=
=
=

"Ahn Seohyun?".

"Nae".

"Ahn Yihyun?".

"Nae".

Seulgi menyebut satu - satu nama ahli kelabnya mengikut huruf hadapan. Semuanya berjalan lancar dan tiada seorang pun yang tidak hadir sehingga mulutnya terkaku apabila sampai pada nama seseorang.

Seulgi merenung nama itu dengan lama. Dia sendiri tak tahu kenapa dia melakukan benda itu tetapi yang dia tahu, nama itu membuatnya takut.

"B...- Bae Juhyun?".

"Nae...".

Juhyun menjawab malas sementara Seulgi langsung tidak mengangkat wajahnya untuk melihat Juhyun. Sekadar mendengar suaranya sudah cukup untuk dia tahu yang Juhyun hadir.

"..... Yang Doyeon?".

"Nae".

Nama terakhir disebut lalu dia berjalan menutup buku kehadiran dan menuju ke tempat duduknya.

Dalam masa yang sama, dia tertoleh kearah Juhyun, Juhyun juga kebetulan sedang memandangnya. Mereka menukar pandangan seketika sehingga 0.01 saat, mereka segera mengalihkan pandangan.

Nampaknya rumor pagi tadi membuat mereka bertambah kekok dari hari sebelumnya. Juhyun yang biasanya sangat tenang ketika mengalihkan pandangan, kini sedikit gelabah untuk mengawal ekspresinya.

Begitu juga, Seulgi. Dia menjadi kekok dan segera menuju ke tempat duduknya dan sanggup membelakangi Juhyun agar tidak tertukar pandangan lagi. Hanya satu perkara yang melegakan hatinya, tiada luka langsung dipipi Juhyun kerana tamparan semalam.

=
=
=
=
=

Juhyun berdiri dihadapan pintu masuk sekolah yang berbumbung. Hujan dihadapannya diperhati dengan fikiran kosong.

Ketika tiada apa yang dia boleh lakukan ketika itu, mahu sahaja dia membuka bukunya dan membaca lagi. Mahu sahaja dia mengeluarkan buku kosong dan menulis formula lagi namun mindanya sudah letih dan dia tidak boleh memaksa lagi.

Walaupun begitu, dia masih tidak berhenti berfikir. Tanpa dia sedar, dia sibuk memikirkan tentang Seulgi. Dia risau jika jawatan yang diturunkan daripadanya ke Seulgi telah membebaninya.

Tanpa dia sedar, dia memikirkan tentang seseorang yang telah dibenci olehnya hanya kerana emosi.

Tiba - tiba, dia tersentak. Dia sedar dia telah memikirkan benda yang tak sepatutnya difikirkan ketika mindanya sedang letih.

0mm Film [SeulRene]Where stories live. Discover now