11

1 0 0
                                    

Selepas kejadian semalam, Hyesoo langsung tidak memandang Seulgi. Ini menyukarkannya untuk meminta maaf. Namun, kalau boleh dia ingin meminta maaf apabila kedua - dua pihak sudah betul - betul sedia.

Dia menunduk semula lalu menghadap buku lukisannya yang dijadikan medium untuk mengisi lapangnya. Gambar yang dilukisnya beberapa hari yang lalu, dilihatnya semula.

Sehingga, tiba - tiba...

"Yah, what is that?".

Seulgi terus menutup bukunya dengan pantas sepantas kilat.

"Yah, kau tahu tak benda yang kau buat sekarang ni buat aku lagi curious? Kalau kau tak tutup laju mungkin aku tak kesah. Sekarang! Bagi aku tengok!!".

Hyein terus menjerit teruja selepas bernada tenang pada awal kata - katanya tadi. Seulgi yang sudah berasa terancam terus berdiri dari duduknya tadi.

Buku Seulgi menjadi sasaran Hyein dan menyerang dengan laju tanpa otaknya sempat memberi arahan. Baginya, yang penting ialah buku itu.

Tangan dijulang. Kaki dijengket. Kepala didongakkan hanya untuk mendapatkan buku yang dijulang itu. Seulgi pula sedang berusaha menolak tangan kawannya dan menjauhkan buku itu dari jangkauannya. Mujur ketinggian mereka tak sama.

"Yah...! Geumanhae!".

Seulgi menolak mukanya dan dia masih tidak mengalah.

Ketika matanya tertutup oleh tangan Seulgi, Seulgi terus menyorokkan buku itu dibawah mejanya. Dia tersenyum ketika dia fikir dia sudah berjaya menyorokkan buku itu. Kebetulan, Hyein turut berhenti meronta.

"Fine! Sampai hati kau. Kalaulah aku tak bersuara tadi, mesti kau tak tahu aku tengah tengok".

Hyein menjadi tenang semula lalu membetulkan rambutnya ketika dia sudah merajuk. Seulgi pula hanya tersenyum.

"Tapi kan.... Kau mesti ingat aku putus asa. Ani... Aku takkan putus asa... Sebabakutahubukutukatmana!".

Hyein terus merampas buku itu dari bawah mejanya selepas bercakap dengan laju tadi. Dia terus menjauhkan diri dari Seulgi dan terus membuka buku itu.

Kebetulan muka surat yang sama dengan dia nampak tadi dan membuat dia terkejut.

"Haaaahhhh!!!!kk".

Mulutnya ditutup oleh Seulgi selepas dia menarik nafasnya dengan sangat kuat tadi. Hampir sahaja dia terbatuk namun lukisan itu betul - betul membuat dia terkejut.

=
=
=
=
=

"Haahh... Jinjja...h... Aku tak sangka aku lukis muka dia".

Seulgi melempar buku lukisannya diatas meja bilik fotografi itu lalu meletakkan begnya disebelah.

Selepas Hyein membelek buku lukisan yang mengejutkannya baginya itu, dia terus meminta Seulgi untuk melukis wajahnya. Tapi, lukisan itu bukannya diambilnya. Dia hanya mahu lukisan wajahnya itu mereput dalam buku Seulgi.

Seulgi terus menuju ke meja guru lalu mengambil buku list kehadiran. Dia meletakkan buku itu diatas meja ditempat duduknya dengan malas sebelum menuju ke stor kamera.

Kebetulan, dia terserempak dengan orang yang dia sangat ingin elakkan iaitu Juhyun. Ini kali pertama dia nampak Juhyun pada hari ini. Walaupun, dia ingin elakkan Juhyun, namun dia gembira melihat kewujudan Juhyun. Kewujudannya sudah cukup menggembirakan hati seseorang.

Seulgi membongkok 90 darjah dengan santai sebelum melangkah masuk dan Juhyun yang baru keluar dari bilik itu hanya mengangguk sebelum meneruskan perjalanan.

Dalam perjalanannya menuju ke pintu utama untuk keluar dari bilik itu, buku Seulgi terbuka disebabkan pensel yang diselitkan tadi.

Tanpa sengaja, Juhyun melihat wajah Hyein yang dilukis oleh Seulgi. Hanya sekilas sebelum dia sambung berjalan. Walaupun hanya sekilas, dia sudah dapat menilai betapa mahirnya Seulgi dalam melukis. Walaupun, dia tak kenal siapa yang dilukis tetapi dia agak mengagumi kemahiran itu.

0mm Film [SeulRene]Where stories live. Discover now