13

1 0 0
                                    

Juhyun melangkah masuk dan terus berpusing untuk menekan butang tingkat 15. Dia berasa agak kekok untuk memandang Seulgi disebelah kirinya.

Tetapi, Seulgi kelihatan santai dan hanya berdiri betul - betul ditengah - tengah lif iaitu di kiri dan sedikit kehadapan dari Juhyun. Keberadaan Seulgi disebelahnya membuatkan dia ingin berundur ke bucu belakang kanan lif.

Aras lif itu diperhati olehnya ketika lif naik satu persatu ke tingkat atas. Tetapi, tiba - tiba satu suara membuatnya tersentak.

"Sunbae nak pergi tingkat 15 ke?".

Seulgi tiba - tiba sudah berada disebelahnya iaitu ditengah belakangnya tetapi masih terdapat ruang antara mereka kerana Juhyun betul - betul duduk di bucu lif itu.

Juhyun memandangnya lalu lambat menjawab.

"..... Eum".

Juhyun mengalihkan pandangan semula.

"Oohh... Tapi... Bukan tingkat 15 ada pusat kesihatan je ke?".

Juhyun memandangnya lagi. Dia agak keliru apabila Seulgi kelihatan seperti mengenali bangunan ini.

"N-... Nae".

"Ahhh...".

Seulgi hanya membalas santai. Dia langsung tidak menyangka Juhyun akan berada dalam bangunan ini dengan berpakaian sekolah tetapi dia masih bernada tenang.

Juhyun juga kembali merenung aras tingkat yang berada di tingkat 5. Perjalanannya terasa lama kerana situasi yang sunyi antara dia dengan Seulgi. Manakala, Seulgi hanya merenung butang aras pada kiri lif itu.

Dia berniat untuk menyoal lagi tetapi dia tak pasti jika Juhyun berminat untuk menjawab atau tidak. Atau dia risau jika Juhyun membenci soalan itu. Sehingga akhirnya dia membuka mulut.

"Sunbae nak buat apa dekat pusat kesihatan?".

Seulgi memandangnya dengan wajah polos tetapi Juhyun memandangnya dengan wajah serious.

Walaupun dia tidak berniat untuk memarahi Seulgi dengan wajah serious nya, tetapi Seulgi kelihatan menggelabah menarik semula soalannya.

"Ani. Mi-... Mianhae, sunbae".

Seulgi menunduk sedikit sebelum mengalihkan pandangan. Wajah serious Juhyun seperti memarahinya kerana ingin menyoal tentang kehidupan private nya. Dia sudah sangka yang Juhyun mungkin akan terasa dengan soalannya walaupun sebenarnya Juhyun langsung tidak berniat.

Juhyun pula agak tersentak apabila Seulgi tiba - tiba menarik balik soalannya dan dia sudah sangka mungkin Seulgi melihat riak wajahnya sebab itu dia teragak - agak.

Mereka berdiam lagi untuk seketika sehinggalah Juhyun membuka mulutnya selepas cuba memperbaiki riak wajahnya agar Seulgi tidak teragak - agak lagi. Kini, dia pula yang menyoal.

"Nak pergi tingkat 19 ke?".

"Nae".

Juhyun hanya mengangguk sambil perlahan - lahan menghadap hadapan semula. Dia tiada niat untuk menyoal lagi walaupun dia agak terkejut apabila Seulgi ingin ke tingkat pejabat dalam bangunan itu. Mungkin juga kerana dia tidak mahu menyibukkan diri dalam hal orang lain.

Aras lif sekali lagi menjadi impuls matanya. Aras lif itu tiba - tiba berhenti di tingkat 9.

Pintu terbuka dan sekumpulan pekerja pejabat berjalan masuk seperti mereka baru sahaja rehat dan ingin kembali ke pejabat mereka.

Juhyun yang sedang memerhati mereka, melihat seorang pakcik menuju ke ruangan disebelahnya diantaranya dengan Seulgi.

Secara automatik, tangannya memegang hujung lengan baju Seulgi yang sedang memakai baju lengan panjang. Bajunya ditarik perlahan - lahan mendekatinya begitu juga dengan pemakainya. Sementara, Seulgi yang sedang terkedu hanya akur dan ditarik oleh Juhyun.

Disebabkan Seulgi sudah berada betul - betul disebelah Juhyun, pakcik tadi beralih ke sebelah Seulgi.

Juhyun menghadap kehadapan semula dan hujung lengan baju Seulgi perlahan - lahan dilepaskan. Keningnya kelihatan berkerut kerana keramaian yang mengisi lif itu. Mungkin juga kerana takut atau tidak suka. Namun, tanpa dia sedar, dia berasa selamat dengan keberadaan Seulgi disebelahnya.

Manakala, Seulgi mengerling kearahnya sedikit sambil perlahan - lahan bibirnya mengukir senyuman tipis. Dengan melihat Juhyun yang lebih rendah sedikit daripadanya berada betul - betul disebelahnya membuatkan dia ingin sahaja memeluk plushie bersaiz manusia itu. Tanpa dia sedar, dengan menjaga Juhyun membuat dia berasa gembira dan bertanggungjawab.

Aras lif menunjukkan tingkat 14 dan kesemua pekerja itu keluar daripada lif dan meninggalkan mereka berdua lagi.

Seulgi mengerling Juhyun yang masih berada disebelahnya tetapi Juhyun masih menghadap kehadapan dengan kening yang berkerut. Lalu, Seulgi menghadap hadapan semula.

Dia tiada niat ingin beralih dari tempatnya sekarang. Dia sedar betapa dekatnya mereka sehingga tangan mereka boleh bersentuh antara satu sama lain jika diluruskan ke tepi badan.

Tetapi, situasi menggembirakan Seulgi itu lenyap apabila Juhyun tiba - tiba berjalan kehadapan dan aras lif rupanya sudah tiba di tingkat 15.

Juhyun melangkah keluar apabila pintu lif terbuka tanpa mengatakan apa - apa dan pada waktu yang sama Seulgi berasa hampa. Tetapi, tiba - tiba Juhyun kelihatan menahan pintu lif daripada tertutup.

Dia memandang Juhyun dan Juhyun turut memandangnya. Mereka bertentangan mata dan Juhyun membuka mulut.

"I got to buy medicine for my grandma. That's all".

Juhyun akhirnya bernada lembut dan tidak mendatar seperti selalunya. Manakala, bibir Seulgi perlahan - lahan tersenyum semula. Soalannya tadi yang Juhyun tidak sempat jawab akhirnya terjawab juga. Dan itu membuatkan Seulgi berasa lega. Sekurang - kurangnya dia tahu yang Juhyun tidak apa - apa.

"Nae, annyeong, sunbae".

Seulgi mengangkat tangannya untuk melambai dengan senyuman lebar. Juhyun juga melepaskan pintu lif untuk melambai Seulgi dan pintu bergerak untuk tertutup.

Pada saat terakhir sebelum pintu lif tertutup, bibir Juhyun perlahan - lahan mengukir senyuman hanya untuk Seulgi. Pada ketika itu, impian Seulgi untuk melihat senyuman Juhyun yang tertumpu hanya padanya, terlaksana.

Perlahan - lahan tangannya yang melambai tadi diturunkan selepas pintu lif tertutup sepenuhnya. Pada ketika itu, fikirannya menjadi kosong walaupun jantung berdegup dengan kencang. Pipinya juga terasa panas dan dia pasti jika terdapat cermin di dalam lif itu, mesti terdapat warna merah di pipinya.

Walaupun dia kelihatan tenang, namun hatinya berkobar - kobar kerana senyuman Juhyun. Dia berasa seperti impiannya untuk menjadi kawan kepada Juhyun akan terlaksana.

Ingin sahaja dia terlompat - lompat didalam lif itu dan ditambah lagi dengan kepakan ayam kerana hatinya yang terasa ingin terbang. Ingin sahaja dia menjerit seperti beruang di dalam lif itu walaupun dia hanya melihat senyuman Juhyun, belum lagi mereka menjadi kawan.

Namun, dia berusaha keras untuk mengawal dirinya daripada perasaan teruja itu.

Kerana selepas ini dia akan berjumpa dengan orang yang dia paling ingin hindari dan digeruni olehnya iaitu Encik Kang.

0mm Film [SeulRene]Where stories live. Discover now