06

1 0 0
                                    

"Smile...".

Pinta Seulgi lembut sambil matanya masih melekat pada kamera yang dipegang.

"This is concept".

Perempuan dihadapannya yang sedang berposing menjawab dengan keluhan kerana dia tidak mahu senyum.

"Aahh... Okay".

Seulgi sambung menangkap gambar perempuan itu. Ketika ini, dia fikir dia adalah fotografer untuk kumpulan band nya yang lalu.

"Seulgi yah, lepas ni aku".

Seseorang dibelakang memanggilnya dan membuat dia menoleh dari menangkap gambar orang dihadapannya itu.

"Yah, ppalli.... Aku tak de masa ni....".

Orang dihadapannya itu pula terus mengeluh melihat Seulgi hilang fokus walaupun hanya sedetik.

"Nae... Ouww... Okay.... Cantik...!!".

Seulgi yang polos itu hanya melayan kawan bekas satu band dengannya itu seperti seorang kuli walaupun dia langsung tidak terasa dengan arahan - arahan yang diberikan oleh mereka.

Sehingga tiba - tiba, seseorang tiba dan memanggil Seulgi. Seseorang daripada kelab yang sama dengannya sekarang.

"Unnie, Sir Kim dah panggil".

"Nae? Tapi...".

Seulgi menoleh kearah kawan bekas satu band nya itu dengan pandangan risau. Kawan bekas satu bandnya pula sedang memandang Seulgi dengan pandangan tajam.

"Yah... Kalau kau tak leh buat, jangan lah terima tawaran ni daripada awal".

Seorang daripada mereka mengeluh kepada Seulgi.

"Ani... Aku boleh... Cuma...".

"Seulgi unnie pengerusi kelab kami sekarang. Jadi dia tak boleh diganggu dengan kelab lain".

Kawan satu kelabnya tadi bernada mendatar dengan niat untuk membela Seulgi. Namun, ianya hanya membuat mereka bertambah geram.

"Geurae?".

Seorang daripada mereka menjongketkan kening sambil bersilang tangan.

"So... Kau bazirkan masa kitorang jelah ni?!".

Seorang lagi membalas dengan nada suara yang ditinggikan.

Seulgi terkedu. Dia tak pernah sangka benda ni akan berlaku tetapi perangai kawan - kawannya di kelab ini tak pernah berubah.

Kawan sekelabnya terus menarik tangan Seulgi pergi dari bilik itu.

=====

"Mana attendance?".

Soal cikgu kelab mereka atau Cikgu Kim yang sedang duduk tanpa mendongak memandang Seulgi yang sedang berdiri.

"Joe- Joesonghabnida, sir".

Seulgi membongkok 90 darjah sambil kedua - dua belah tangannya menggenggam antara satu sama lain dihadapan badannya.

"Kau pergi mana tadi?".

Soal Cikgu Kim dengan nada mendatar. Ketika itu, Seulgi dapat tahu yang Cikgu Kim pasti berasa geram namun dia tenang.

"Ahh... Dari kelab band. Saya tolong diorang tangkap gam-".

"Kau dapat apa?".

Seulgi terkedu selepas Cikgu Kim memotong kata - katanya.

"Kau expect diorang akan buat sumbangan ke kelab miskin ni ke? Kau tahu kan betapa pentingnya jawatan kau sekarang? Kau rasa kelab kita akan dapat apa dari diorang? Kalau diorang dapat gambar hasil daripada tangkapan kau, kita dapat apa? Ini bukan festival, Seulgi ssi... Kalau ini festival, kedua - dua kelab ni boleh dapat benefit tapi.... Haahh...".

Cikgu Kim mengeluh panjang diakhir ayatnya ketika memarahi Seulgi dihadapan kawan - kawan kelabnya.

"Esok, aku nak kau ingat jawatan kau. Ambik attendance dan bukan melencong ke tempat lain. Faham?".

"Nae".

Balas Seulgi laju dan tegas seperti dalam ketenteraan sebelum dia dibenarkan ke tempat duduknya.

Juhyun hanya memerhatinya dari jauh sebelum mengalihkan pandangannya dengan perasaan menyampah. Tanpa dia sedar, jauh disudut hatinya dia merasakan perasaan lain daripada benci.

=
=
=
=
=

"Aiishh... Mana kamera tadi? Takkan aku nak buka semua roll film ni satu - satu?".

Seulgi mengomel ketika sedang mencari kamera yang digunanya tadi untuk menangkap gambar sekumpulan band itu. Dia terlupa lokasi yang diletaknya tadi sebab fikirannya bercelaru ketika itu sampai segala - galanya lesap daripada otaknya dalam sekelip mata.

Seulgi membuka setiap kamera itu lalu menyelidik roll film itu jika terdapat roll film yang dicarinya. Kawannya di kelab band tadi nak roll film tu balik kerana mereka nak terus sambung dengan fotografer lain tapi sampai larut malam, dia masih tak jumpa apa - apa.

"Aaiishh...".

Dia tidak berhenti mengeluh. Fikirannya sudah berserabut ketika itu tetapi dia masih terpaksa memaksa otaknya memberikan fokus penuh kepada roll film itu. Tangannya laju membuka setiap kamera itu lalu menyelidik setiap roll film kamera itu.

Sehingga semua kamera di dalam bilik itu dia sudah selongkar kecuali satu lagi kamera. Penutup belakang kamera itu dibuka dengan laju olehnya dan stripe roll film itu ditariknya tetapi....

"Ah! Ssshhhii".

Seulgi memegang jari telunjuk sebelah kanannya yang mula mengeluarkan darah akibat tersayat sisi roll film itu yang tajam.

Dia terus mengambil plaster luka daripada begnya lalu dipasang pada jarinya sebelum terus menyambung pekerjaannya tadi.

Sehinggalah, kamera yang digunanya tadi tak dapat dijumpakan dimana - mana pun dalam bilik itu. Dia tertunduk hampa. Dia letih secara fizikal. Mindanya juga masih bercelaru ketika itu dan mula overthinking.

Ketika dia mendapat arahan untuk memberikan roll film itu kepada mereka, dia sangka dia akan mudah menjumpainya tetapi... Segalanya menentangnya ketika itu.

"Haaahhh....".

Seulgi mengeluh panjang. Dia tersandar tidak bermaya di meja kelab itu.

Dia tak dapat menjumpai roll film itu, jadi bagaimana? Adakah semua kesalahan akan dijatuhkan kepadanya seorang? Dia terfikir jika dia mampu atau tidak untuk menghadap masa seterusnya. Adakah dia akan sentiasa ingat bahawa dia sudah menjadi pengerusi sekarang ini? Macam mana untuk dia melaksanakan amanah tanpa melakukan kesalahan?

Ketika ini, segalanya sudah berubah. Segala bebanan terasa berat baginya sehingga dia rasa segalanya sedang menentangnya. Dia merasakan nasib malang mula menyelubunginya dan segala yang dilakukan tidak berjalan seperti yang dirancang.

Lututnya perlahan - lahan dibengkokkan dan dia meringkuk sambil menyorokkan wajahnya diantara kedua - dua belah lututnya. Ketika segala - gala telah melebihi kudratnya, hanya menangis yang mampu dia lakukan ketika itu.

Tangisannya bergema di dalam bilik yang sunyi itu. Namun, dia bukannya keseorangan. Juhyun terkedu disebalik dinding.

0mm Film [SeulRene]Where stories live. Discover now