Chapter 11
"Assalamualaikum!" Seseorang memberi salam dari luar pintu rumah . Aku ketika itu sedang berada di ruang tamu menonton televisyen .
"Waalaikumussalam , aik? Siapa pulak tu?"
"Ehh awak takyah , biar saya je yang bukakan pintu" Suki yang datang dari dapur pantas membuka pintu .
"Suki?"
"Kau kat rumah Isaac?"
"Kau buat apa kat sini??!""Eh ehh!! Tak! S...saya..saya" Tergagap-gagap Suki untuk menjawabnya .
"Siapa tu Suki??" Soal ku dari jauh .
"Isaac!! Ishh tepilah perempuan" Suki kemudian ditolak sahaja . Tersungkur Suki dibuatnya .
"Isaac!! Kau okey tak?! Ade apa-apa jadi kat kau ke?!!!" Rupanya itu Anis , dia datang dengan Yaya .
"Aku okey je , eh mana Suki?"
"Ha tu aku nak tau , kenapa Suki ade dalam rumah kau , dia buat apa dekat kau" Marah Yaya dengan nada tegas .
"Ya Allah , apa kau merepek , kau tau kan Suki tu sebahagian daripada keluarga angkat aku , mak aku yang bagi dia tinggal sementara di sini , lagi satu kan kakak aku ade , korang tak payahlah nak fitnah dia , mana Suki?" Marah aku dengan nada tidak berpuas hati . Kemudian aku bertanya tentang keberadaan Itsuki .
Anis menoleh ke arah pintu masuk namun tiada seorang pun . "Erm..erm Isaac , aku nak minta maaf , aku tak sengaja marah-marah dia"
"Kenapa kau marah dia!!"
"Tak!! Sebab dia kan bukan mahram , jadi tak elok dia ade dalam rumah kau"
"Takkan sebab marah boleh buat dia hilang macam tu je"
"Aku......."
"Anis sengaja tolak dia" Yaya terus terang sahaja .Kemudian terkeluar wajah takut Anis . Takut aku mula naik darah dengan perangai dia .
"Subhanallah!!! Anis!! Yaya!! Korang kalau nak bertindak kan boleh je tanya elok elok!!!" Aku lalu pantas menggerakkan kerusi roda dan bergerak ke bilik .
Kasut dipakai , telefon disimpan dengan kemas dalam poket . "Akak!!" Aku lantas memanggil akak Raini .
Dia pun pantas keluar dari biliknya . "Ye dik? Kenapa?"
"Akak boleh tak bawakkan adik ke rumah Itsuki?"
"Kau ingat aku tau ke? Eh kenapa muka kawan kau ni macam sedih semacam je"
"Adik geram tau tak , diorang selamba je marah , tuduh Suki buat benda tak baik dengan adik sampai dia lari"
"Aduhhhh korang tau kan Suki baik orangnya , takkanlah dia nak buat benda-benda terkutuk tu , lagipun akak pun ade kat sini"
"Kami minta maaf , kami sebenarnya cemburu tengok Suki terlalu baik dengan Isaac"
"Kitorang takut Isaac lupakan kami je""Apa korang cakap ni , walaupun aku rapat dengan Suki dah macam pasangan sekalipun , aku tak terdetik pun nak lupakan kawan paling rapat aku ni" Aku memperlahankan nada suara .
"Isaac , dah nak malam ni , kita jumpa dia esok jelah" Kakak aku tidak berapa berani untuk memandu pada waktu malam di sini .
"Ermm yeke , takpelah" Aku dengan nada kesal . "Isaac , kitorang minta maaf , aku terlalu ikut perasaan" .. "Aku pun"
"Aku dah maafkan dah korang , dah korang datang sini petang-petang ni dah kenapa , kan hari hampir malam ni" Sambil aku melihat langit di luar rumah .
"Hehe sebenarnya kami datang nak melawat kau , si Anis ni lah risau sangat keadaan kau" Yaya mempergunakan nama Anis .
![](https://img.wattpad.com/cover/300258215-288-k786854.jpg)