Cabaran

13 4 4
                                    

Chapter 7

"Eishhhh kenapa aku boleh tergerak hati nak cakap tu kat dia!! Agaknya dia perasan ke benda tu?? Eishh maluu!!!!!!" Selepas aku keluar dari biliknya , Itsuki mula teragak-agak dan gelabah . Hatinya tidak tenteram memikirkan apakah yang sedang berada di fikiran aku .

Dia menganggap bahawa aku sudah tahu yang dia sukakan aku tetapi yang sebenarnya aku masih belum tahu .

Hari Persekolahan

Semasa waktu rehat , selalunya Suki akan makan bersamaku di meja ku . Tapi kalini dia tidak berangkat langsung ke meja ku malah dia hanya makan di tempatnya sahaja . Aku berasa hairan .

Aku tidak berani menegurnya takut dia tiba-tiba marah . Jadi aku ambil keputusan untuk tidak berkata apa-apa .

"Perhatian kepada semua warga Tokyo High School ... Pada hujung minggu ini akan diadakan Festival Tokyo , diharapkan semua pelajar beserta guru dapat hadir bagi memeriahkan lagi hari tersebut , untuk info lebih lanjut guru-guru di setiap kelas akan menerangkannya sekian terima kasih"

Satu pengumuman yang dibuat dari Takeda Sensei melalui pembesar suara yang berada di setiap sudut sekolah .

"Festival Tokyo?? Hujung minggu ni? Hmm" Aku tahu apa itu festival tetapi jika di Jepun , macam mana festivalnya diadakan?

"Isaac... sejak kita ikut program ni kan , apa yang aku perasan kan...banyak jugak aktiviti-aktiviti yang sekolah ni anjurkan" Ujar Nabhan kepadaku .

"Aku pun perasan benda sama , aku rasa memang bulan ni banyak aktiviti lah"

"Mungkin juga..."

"Wey Isaac!! Nabhan!!" Tiba-tiba seorang classmate aku memanggil aku dan Nabhan .

Kami berdua terus berpaling kebelakang untuk memandangnya .

"Apa?" Serentak kami bertanya .

"Kau tau tak??" Soalnya . Aku terdiam kau tau tak?? macam mana aku nak tau kalau aku tak tau apa benda tu .

"Hah?? Ada nampak muka kitorang ni tau ke Sashi?" Aku membuat muka tidak puas hati kepada Sashi .

"Heheh janganlah marah Isaac , sebenarnya aku nak bagitau korang berdua festival nanti bukan diadakan di sekolah"

"Ehhhhh!! Habis tu pesta kebudayaan tu diadakan kat mana??" Soal ku pantas ingin tahu .

"Excited betul kau" Sampuk Nabhan .

"Eishh biarlah"

"Festival tu diadakan di jalanan" Datang pula Miu seorang lagi classmate aku .

"Jalanan? Okay ada banyak jalan , jalan yang mana satu??"

"Isaac , nanti bagitau aku tau kat mana aku nak ke tandas"

"Sengaja nak mengelak , yelah yelah , ha Miu , Sashi kat mana?"

"Aaaa aku tak berapa ingat jalan dia tapi dekat je dengan sekolah"
"Nanti kau jalan sampai depan sekolah , kau cari tempat yang ade cahaya yang betul-betul terang"
"Haa betul , kat situlah festivalnya diadakan"

Miu dan Sashi saling menerangkan , sampai otak aku nak proses susah .

"Tanpa henti ye korang cakap HAHAH takpe yang penting aku dapat tangkap semuanya , terima kasih Sashi! Miu!"

"Jangan lupa , kau kena bawak pasangan" Yamaguchi mencelah .

"Apa kau merepek ni Yamaguchi , bila masa kita kena bawa pasangan!!" Marah Miu .

"Aku sebenarnya nak cabar kau"

"Cabar??" Kejap aku ade musuh ke? Sejak bila aku buat orang sakit hati? Dan kenapa muka dia macam Fattah Amin versi anime .

Exchange Student : Love Story [ C ]Where stories live. Discover now