Dating?!

16 5 0
                                    

Chapter 5

Tok tok tok!

"Masuk lah!! Pintu tak kunci!"

Pintu bilik ku dibuka . "Saya masuk kejap tau Isaac"

"Eh Suki ha masuk lah amik kerusi tu" Rupanya Itsuki yang berada di sebalik pintu tersebut . "Awak ada apa masuk bilik saya ni?" Soal ku untuk mengetahui tujuan Suki .

"Awak ingat tak semalam?"

"Semalam? Aaa tak ingat lah" Aku tak berapa ingat apa yang berlaku semalam , dia ada cakap apa apa ke?

"Kan saya cakap nak ajak awak jalan jalan..."

"Ohhhhhhhhh haa lahhh" Panjang ohhh aku ek . Ye tak ye lah dia semalam ada kata nak ajak aku jalan ek , kenapalah boleh lupa .

"Ha ingat pun , erm cepatlah siap saya tunggu depan pintu"

"Ah okey kejap saya tukar pakaian" Memang taklah aku nak pergi dengan baju tidur ni .

"Okey!!" Terpapar wajah gembira Suki .

Sesudah aku menukar pakaian aku turun kebawah dengan kadar segera . "Itsuki jommmm"

"Wahhhhh hensemnya!!" Bersinar-sinar matanya melihat aku yang berpakaian seperti ahli sukan . Itu pun dia suke ek tengok aku sebegini rupa . "Okeyy!! Jomm!! Mama!! Suki dengan Isaac keluar kejap!!"

"Baikk!! Hati-hati!!"

"Okey ma!! Jom Isaac!"
"Jommm"

Semasa kami sedang berjalan "Kita nak kemana Suki?"

"Hm? Ohh , saya sebenarnya nak ajak awak pusing tempat ni je"

"Dekat dekat sini ade tak kedai buku?"

"Ade!! Kenapa? Nak ke sana ke?"

"Haa jauh ke dekat?"

"Mestilah dekat!! Jom saya bawa awak ke sana!!"

30 minit berlalu

"Kata dekat wak , tapi macam jauh je" Terduduk aku atas tanah selepas hampir 30 minit berjalan .

"Heheh sorry Isaac , sebenarnya yang dekat tu dah tutup , saya lupa nak cakap tadi"

"Erkkk patutlah takpelah , kita dah sampai kan" Tetaplah bersyukur walaupun jauh , asalkan dah sampai ke destinasinya .

"Awak nak cari apa kat sini??" Tanya Suki kepadaku selepas tiba di hadapan kedai buku .

"Heheh saya nak cari komik manga jeee" Ujar aku dengan harapan komik manga yang aku idamkan selama ini masih terjual .

"Komik manga? Jarang takde , kedai buku ni ialah kedai paling laku dekat bandar Tokyo ni!" Kata Suki dengan penuh semangat .

"Seriuslah!!! Maksudnye semua jenis komik adelah!!" Keterujaan aku mula meningkat .

"Tepat sekali!!!"

"Woi!! Jangan memekak depan kedai aku!!!" Seorang pemilik kedai buku tersebut memarahi kami kerana membuat bising di depan kedainya .

"Gomen!!!" (Minta maaf dalam bahasa Jepun) Aku meminta maaf kepadanya .

"HAHAH pada muka kena marah"

"Eh dia pun sama bising , dah jom masuk"

"Okayy"

Sementara aku dan Suki berada di kedai buku , mari kita lihat apa yang terjadi kepada kawan yang lain .

POV Nabhan

Exchange Student : Love Story [ C ]Where stories live. Discover now