Blushing

23 5 2
                                    

Chapter 3

Aku menjenguk dari tepi pintu dan menarik Nabhan terus kedepan pintu .

"Kamu berdua ni......"

"Oh kami pelajar pertukaran dari Malaysia tu"

"Mengikut senarai nama , kamu ialah Isaac Haider dan Nabhan Fakeeh betul?" Dengan lancar cikgu itu menyebut nama kamu berdua .

"Ha betul cikgu"

"Mari masuk dan sila perkenalkan diri kamu"

Aku tanpa segan berjalan masuk ke kelas dan berdiri di hadapan pelajar-pelajar di situ .

"Haiii , nama saya Isaac Haider bin Adnan , atau lebih mudah Isaac"

"Kamu yang sebelah"

"Nama saya Nabhan Fakeeh bin Zahril Adzim , boleh panggil Nabhan atau Fakeeh"

"Baik terima kasih , kamu berdua boleh duduk di tempat yang telah disediakan"

"Terima kasih cikgu"

Bagus!! aku dan Nabhan duduk di barisan yang sama .

"Baik pelajar , sila buka buku tulis dan salin apa yang cikgu tulis di papan"

Selepas 3 jam kelas berlangsung .  Berbelit lidah aku tak henti perkenalkan diri kat cikgu-cikgu yang masuk kelas aku tadi . Takpelah , masa kau mula-mula masuk sekolah dulu sama juga kan .

Jadi sekarang waktu rehat!! Entah apalah yang cikgu Intan masakkan untuk aku . "Bismillah" Perlahan-lahan aku buka penutup bekas makanan itu , dan satu aroma yang tidak boleh dibayangkan sup! masuk ke hidung aku . Ternyata cikgu Intan masak ramen untuk aku!!! . "Yes!! Favourite aku!! Tenkiu cikgu Intan , you're the bestlah!!" Apa lagi aku pun baca doa makan dan......

"Ittadakimasu!!"

"Kejap" Aku baru je nak makan dan aku teringat sesuatu . "Tandas kat mana?" Kenapa itu yang aku fikirkan masa masa macam ini . Aku tengok Nabhan , dia tekun je makan , kalau dia sakit perut , dia tau ke mana tandas , mestilah tak sebab tadi kan aku jalan dengan dia .

"Nab , kau tau ke tandas kat mana?"

"Aku round sekolah ni pun belum pernah memang tak tau lah"

"Habis nak buat macam mana , kalau sakit perut nanti?"

"Kau tanya lah , mintak arah ke tandas"

"Aku memang nak tanya diorang tapi malu lah" Walaupun aku ni ada sifat yang peramah tapi bila berjumpa orang baru dan luar dari Malaysia , dia akan jadi awkward tiba-tiba .

"Beranilah sikit , kau ni , kata peramah , Isaac Haider si hensem lagikan bijak"

"Takyahlah kuat kuat cakap tu , malu gile"

"Apa nak malu , tengok diorang semua pandang je kita , kau pergilah layan , aku nak habislan ramen aku shuh shuh" Aku dihalau begitu sahaja , nampaknya aku kena berani jugak .

"Gulp...aku nak tanya siapa ni?" Aku tengok sekeliling , diorang semua buat tak tau je , kecuali seorang perempuan ni , dia sorang je , takde kawan ke? .

"Beranilah sikit" Aku ingat kata kata Nabhan sebentar tadi , jadi aku beranikan diri , pergi berjumpa perempuan itu .

"Ermmm....hai" Hanya hai sahaja yang terlintas dari fikiran aku . Lalu perempuan itu memandang ke arah aku .

Masyaallah!! Cair aku .

Matanya yang berwarna biru , memiliki wajah yang cantik bak bidadari , argh aku sangat terpesona dengan wajah dia .

Exchange Student : Love Story [ C ]Where stories live. Discover now