Chapter 8
Back to me after Nabhan POV
"Awak nak tunjuk apa Suki?"
"Nahh!!" Suki dengan terujanya memberi aku sekuntum bunga sakura .
"Wahhh bunga sakuraaa" Lalu aku mengambil bunga itu dari pegangannya .
"Aaa saya pun ada sesuatu nak bagi kat awak ni" Aku juga hendak memberi Suki sesuatu .
"Hah?!! Yeke!!! Apa dia?!!"
"Tutup mata awak"
"Aa okey!"
Aku berdiri di belakangnya dan menyarungkan seutas rantai di lehernya .
"Apa yang awak buat ni?"
"Sabar sabar! Jangan buka mata dulu!"
"Eishh lock lah cepat..apa yang susah sangat ni!!!" Aku mengambil masa yang agak lama untuk mengunci rantai itu supaya bercantum antara satu sama lain .
"Okey dah!! Awak boleh buka mata"
Perlahan-lahan Suki membuka mata . Dia memandang sekeliling . Dia tidak berasa apa apa . Apa yang dia saksikan hanyalah pandangan yang sama sebelum menutup dan selepas membuka mata .
"Awak buat apa tadi Isaac?" Soal Suki kepadaku .
Aku hanya menggunakan isyarat mata dan menghalakannya ke tubuhnya .
"Eyy apa ni tengok tengok badan orang pulak!!"
"Ehh!! Haihh awak tengoklah sendiri"
Suki memandang aku kecil besar je . Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke tubuhnya dan dia terkejut apabila terdapat seutas rantai emas yang cantik di lehernya .
Reaksi Itsuki tidak dapat dibayangkan , dia terkejut sehingga tidak berbunyi .
"Isaac!!!!!!!!!!!!!!!" Terlalu kuat jeritannya sehingga membuatkan orang ramai di situ tiba-tiba diam dan memandang ke arah kami .
"Isaac!! Seriuslah awak beri saya ni!!!"
"Aa..aaaa" Aku yang masih terkejut dan malu selepas diperhatikan orang ramai tergagap-gagap untuk menjawab persoalan Suki .
"Ishhhhh mahal ni!!" Suki membelek-belek rantai emas tersebut .
"Ehh takdelah mahal mana" Sebenarnya terdapat rahsia disebalik rantai itu .
Flashback
Masa ni aku tengah berjalan-jalan di luar dengan Nabhan .
"Kau biar betul dok!!"
"Yelah!! Kau tak percaya?"
"Bukan tak percaya tapi... berani betul kau suap dia , pandai kau pikat hati dia" Nabhan sebenarnya tak percaya yang aku berani buat macam tu . Riak wajahnya sukar digambarkan ."Heishhhh , apa sampai ke situ pulak , mana ada" Kenapa ramai cakap yang aku suka Suki ni? .
Jantung aku tiba-tiba berdetak tak menentu . Angin yang bertiup juga berubah 360° . Aku memandang ke langit . "Nasib baik tak mendung"
Tolong jangan bangkitkan sebarang perasaan dalam diri ni . Fikiran aku tidak henti membayangkan muka Itsuki sahaja , senyumannya , wajah ayunya . Arghh aku tak dapat hilangkan .
"Isaac , bila hati dah sayang tak boleh nak patah balik"
"Tapi masalahnya aku macam haish susah nak adakan perasaan tu , aku anggap dia kawan mesra je"
"Haih lantak kau lah Isaac"
"Hmm" Aku tak mampu nak berkata apa-apa lagi . Kemudian semasa berjalan aku terhenti di sebuah kedai emas .