Disebalik part 10

34K 213 8
                                    

Disebalik part 9
Pertemuan

Setelah berapa hari sesi panggilan video aku Dan Kamal, aku Masih lagi belum membalas whatsapp dari Kamal. Minggu ini suamiku Rafi bekerja sesi petang. Rutin harian ku kembali seperti biasa. Kadang-kadang rasa ghairah untuk menggunakan dildo datang tetapi aku mengalih perhatian ku dengan menyibukkan diri membuat kerja rumah Dan melayan suami dan anakku.
Pada petang itu Suami ku mengajak aku dan anak keluar bersiar-siar mengambil angin petang di sekitar tempat tinggal kami sebelum beliau masuk kerja pada pukul 7 petang.
Semasa kami asyik meronda dengan motosikal suami ku, tiba-tiba dari kejauhan ada seorang lelaki melambaikan tangan ke arah kami. Suami ku memperlahankan motosikalnya.

'Eh..Kamal la tu..dia buat apa Kat sini.."

"Entah lah bang..Cuba abang tanya tengok"

Setelah berjumpa dengan Kamal, suami ku bertanyakan tujuan Kamal disini. Sesekali aku perasan Kamal mencuri pandang pada aku. Tapi Aku hanya berdiam diri dan membiarkan dia dan suamiku berbual. Rupa-rupanya Kamal dalam proses untuk membuka cawangan kedainya yang ke-3 dikawasan yang berdekatan dengan tempat tinggal kami. Beliau mengajak suamiku dan Aku untuk melawat kedai barunya yang akan dibuka itu. Kami mengikuti Kamal dari belakang. Apabila sampai terlihat sebuah deretan kedai yang Masih kosong dan Kamal memaklumkan beliau membeli 2 buah shop lot Dan menyewa 2 buah shop lot untuk tujuan pembukaan cawangan kedai barunya. Dengan keluasan 4 shop lot, kedai yang dibuka itu pasti agak besar. Kamal menceritakan serba sedikit tentang kedainya yang baru dibuka itu berkonsepkan  Mini market dilengkapi bukan sahaja barangan runcit tetapi juga disediakan dengan bahagian Segar dan sejuk beku.
Setelah berapa lama disitu, suamiku meminta izin untuk beredar kerana beliau perlu bersiap untuk masuk kerja.
Selepas dua hari kami berjumpa dengan Kamal di kedai barunya sambil menikmati hidangan petang, suamiku bertanyakan kepada aku tentang kemajuan sesi live aku di Facebook. Aku hanya memaklumkan belum bermula kerana Aku menunggu Kamal menghantar barangan yang perlu aku review di Facebook.

"Macam ni lah sayang..Kamal ada telefon abang semalam, dia Ada cakap sayang nak buat live tu".

" Yer abang..pastu apa katanya"

" Minggu depan..Kamal cakap dengan abang..sayang boleh mulakan. Barangan untuk sayang review tu , sayang boleh ambil di kedai barunya"

"Ishh seganlah sayang..sayang tak biasalah..nak jumpa Siapa..nak ambil macam Mana..barang apa.."

"Haà .takper..untuk pertama kali..abang teman kan sayang"

" Minggu depan kan abang kerja siang, macam Mana nak pergi?"

"Sayang jangan risau..waktu lunch nanti abang keluar sekejab, Kita jumpa Kamal.. abang dah set dengan dia nak jumpa pukul 2 petang"

" Ikut abang lah"

Seperti dijanjikan, aku dan suamiku pergi ke kedai baru Kamal. Aku lihat ramai pelanggan didalam kedainya. Lagipun lokasinya strategik kerana kawasan tempat tinggal aku memang ramai pekerja kilang dan kedai serba lengkap seperti ini hanya ada kedai milik Kamal.
Kami menuju ke meja khidmat pelanggan dan memaklumkan tujuan kami. Setelah menunggu dalam beberapa minit ,Kamal datang kepada kami. Aku lihat beliau begitu segak dengan kemeja Dan bertali leher. Setelah bersalaman dengan suamiku, beliau mengajak kami melawat sekitar kedainya dan menuju ke pejabat miliknya. Aku melihat pejabatnya berasingan dengan pejabat pekerja pentadbiran dan ia  berada di lot paling hujung sekali. Didalam pejabatnya hanya susunan ringkas perabot dan aku lihat ada bilik kecil didalamnya. Mungkin itu surau barangkali.
Setelah diminta duduk di sofa, Kamal mula memaklumkan tujuan dia memanggil kami berjumpanya. Setelah diberi penerangan barulah aku faham yang mana aku perlu mengambil satu produk di dalam kedainya setiap 2 Hari untuk direview di laman Facebook. Aku juga bertanya kan adakah aku perlu membeli terlebih dahulu produk itu. Kamal memaklumkan tidak perlu cuma aku perlu mendapatkan tandatangan pekerja di kaunter khidmat pelanggan dan menunjukkan satu pas yang akan diberikan kepada aku nanti. Setiap seminggu aku perlu berjumpa dengan Kamal untuk meminta tandangan sebagai maksud aku sudah menjalankan tugas ku. Aku dimaklumkan tugasan aku itu akan diberikan gaji mengikut mingguan iaitu rm300 seminggu. Aku terkejut dan memandang suamiku. Suamiku hanya menganggukkan kepala sebagai tanda menyuruh aku bersetuju. Setelah mendapatkan kata sepakat , kami pun beredar dari kedai Kamal. Setelah menghantar ku ke rumah, suamiku meneruskan perjalanannya ke tempat kerja.
Keesokkan Harinya suamiku pun bertanyakan kepada aku perihal pekerjaan aku kelak.

"Macam Mana sayang..dah ready ker nak buat kerja tu"

"Tu lah abang..sayang ok jer..cuma ada satu masalah"

"Masalah apa?"

"Ye lah nak ambil barang tu lah, kalau abang kerja petang boleh lah abang teman kan, kalau abang kerja siang macam mana, takkan abang nak keluar selalu dari tempat kerja nak teman sayang?"

"Itulah yang abang nak cakap dengan sayang ni.. abang rasa nak beli motor baru lah sebiji lagi"

" Aikkk..banyak duit abang?"

" Alah motor second hand jer..kawan tempat kerja abang nak jual, dia nak pakai duit "

" Berapa ribu bang?"

" Rm 3000, tapi abang mintak kurang skit...lagipun duit simpanan abang ada..nanti sayang boleh guna motor ni untuk ambil barang di kedai Kamal."

"Abis..anak camna? Takkan nak tinggal kot?"

"Alah sayang minta tolong jiranlah..kak suriani ada..dia pun Suri rumah kan . suami dia si Rahman tu kan bawak Lori kontena."

"Ha yer lah .nanti sayang tanyakan Kat kak sue..boleh ker Tak?"

Setelah suamiku membeli sebuah motosikal yang baru untuk beliau, aku akan menggunakan motosikal lamanya untuk urusan ku di kedai Kamal. Mujur juga kak suriani memberi kerjasama yang baik dan beliau bersetuju untuk membantu ku.
Aku menulis Whatsapp kepada Kamal

"Assalamualaikum bang..minggu depan Rafi kerja pagi..Intan pergi ambil barang untuk buat review yaa"

"👍👍👍👍"
"Nanti dah ambil barang jumpa abang Kat ofis. Nak bagi gaji job yang lepas"

" Baik bang.."

*****************
Pertemuan Kali pertama Intan Dan Kamal tanpa ditemani suaminya..
Apakah yang akan berlaku..
Tunggu next episode

*****************

Pengenalan watak baru
-Suriani
Penglibatan Suriani dalam cerita ini akan diceritakan selepas Raya.

DisebalikWhere stories live. Discover now