Disebalik
Kak Sue 1Pada Hari ini sudah beberapa Kali aku menjaga anak Intan kerana beliau perlu mengambil barangan di pasaraya yang baru dibuka di kawasan kami. Sejak aku melihat gaji yang diperolehi oleh Intan, aku tidak menyangka agak lumayan gaji yang diterima oleh Intan. Bukan niat cemburu atau dengki , namun aku tidak menyangka pendapatan yang diperolehi beliau dengan hanya bekerja dari rumah. Mungkin inilah perbezaan kami dari segi pendedahan teknologi yang semakin pesat ketika ini. Tujuan aku bertanyakan tentang jawatan kosong tersebut bukan semata-mata disebabkan Wang tapi sekadar memenuhi Masa terluang. Ini kerana lingkaran Masa seharian aku hanya sekitar tugasku sebagai suri rumah. Kad nama pengurus tempat yang Intan bekerja aku letakkan di atas meja tv. Aku melihat dengan sepintas lalu. Rupanya nama beliau adalah Kamal. Mengikut apa yang diberitahu oleh Intan, Kamal meminta aku menghubunginya sendiri untuk tujuan temuduga.
"Takper lah..nanti abang Rahman balik..aku Cuba minta izin dulu"..
Memang niat ku untuk berkerja telah lama aku suarakan kepada suami ku. Namun suami ku tidak membenarkan dengan alasan tiada orang akan menjaga makan minumnya. Maklumlah beliau agak cerewek untuk dimakan diluar kerana beliau pernah terkena santau sewaktu sering berhenti makan di gerai-gerai di luar sana. Sejak dari itu, sebolehnya suami ku akan pulang ke rumah untuk makan.
Seperti biasa suamiku tiba di rumah pada waktu tengahari untuk menjamu selera. Setelah menjamu selera sambil suamiku menikmati buah tembikai sebagai pencuci mulut, aku Cuba bertanyakan Hal ini kepadanya."Abang..sedap tak Kari Hari ni.."
"Eh..sayang ni..sejak bila pulak ayang masak Tak sedap"..
"Takder lah..saja la sayang Tanya..resepi tu sayang ambil dari Facebook Tau.."
"Sedap lah sayang..Tak pernah Tak sedap"..
" Ni tiba-tiba tanya ni..ada apa-apa ker?.."
"Eh..takder apa lah"..
"Kenapa..nak minta tambah duit belanja ker?.."
"Bukan lah bang .duit belanja ada lagi lah"..
"Abis tu..mesti Ada benda yang sayang nak ni?..
" Ni sayang nak Tanya abang ni..kalau sayang Cuba minta kerja boleh Tak?..
Suami ku berhenti dari menikmati buah tembikai Dan menatap Muka ku.
"Sayang nak kerja apa..kalau sayang kerja, Sapa nak masak untuk abang?.."
"Abang dengar lah dulu..sayang nak cakap ni.."
"Hàaa..cakap lah.."
"Sayang nak Cuba buat part time jer..boring la..anak-anak semua dah besar.."
"Part time apa tu.."
"Part time promoter macam jiran Kita si Intan tu.."
"Aik..sejak bila Intan tu bekerja..abang tengok sentiasa ada dirumah.."
"Tu la abang Tak tahu .dia kerja dirumah..kerja dia promote barang-barang kedai guna Facebook..*
" Ishh..abang Tak paham lah, Cuba sayang cerita sikit Kat abang.."
"Macam ni bang..Intan tu kerja dari rumah, buat part time promote barangan dalam kedai guna Facebook..lepas tu tuan kedai tu bayarlah dekat dia.."
"Kira semua kerja dirumah ker?.."
"Yer abang..cuma kene ambil barang jer dikedai, lepas tu bawak balik rumah..promote lah.."
"Boleh ker sayang buat ni.."
" Tu lah..kalau abang izin..sayang nak Cuba.. sayang janji kalau kerja ni mengganggu tugas sayang dirumah .sayang akan berhenti.."
"Hmm..ikut sayang lah..selagi sayang boleh jaga makan minum abang..abang izinkan..jauh ker tempatnya?.."
YOU ARE READING
Disebalik
RomanceMengisahkan seorang Suri rumah tangga yang didalam dilemma membuat keputusan disebabkan desakan hidup.