Disebalik part 10
PertemuanJam dinding menunjukkan pukul 12.10 tengahari. Anak ku baru sahaja tidur lena di dalam buaian setelah selesai menghisap susu badan. Aku mengambil telefon bimbit ku Dan mencari nama Kamal di telefon.
"Assalamualaikum bang..abang Kamal ada di pejabat ker? Intan nak pergi ambil barang ni.."
"Waalaikumsalam, haa .abang ada di pejabat..Datang lah"
" Baik bang.. Assalamualaikum.."
Aku pun bersiap-siap untuk ke kedai Kamal untuk mengambil barangan yang diperlukan. Setelah selesai mandi, aku pun memilih pakaian yang bersesuaian. Tambahan aku akan menunggang motosikal milik suamiku, jadi kalau memakai Kain pasti tidak sesuai. Andai aku memilih memakai seluar track nampak sangat tidak sesuai kerana walaupun aku hanya bekerja secara tidak rasmi, sekurang-kurangnya aku perlu berketrampilan kemas untuk Hari pertama ku. Akhirnya aku memilih seluar slack hitam dipadankan dengan t-shirt yang aku rasakan sesuai. Setelah selesai bersiap, aku singgah sebentar menemui jiranku kak Suriani untuk meminta bantuan beliau untuk menjaga anak ku sementara aku menjalankan tugasku.
"Assalamualaikum kak sue..kak ada dirumah ker?"
"Waalaikumsalam..haa..Intan..kak ada nih..baru sudah masak..ada apa tu?"
"Kak..Intan nak minta tolong kak tengok-tengok kan anak Intan, Intan nak ke mini market Ilham sekejab.."
"Eh boleh jer..kau nak buat apa ke kedai baru tu?"
"Intan nak pergi ambil barang jab..Intan ada buat part time disitu"
"Eh..lama ker..berapa jam kau part time situ Intan?"
"Ishh..kak ni . Intan bukan kerja situ lah.. Intan pergi ambil barang jer..lepas tu Intan balik lah"
"Tadi kau cakap kerja..ni ambil barang plak..ishh..Tak paham lah kak.."
" Ishh..camner yer..nanti balik..Intan bagitau kak.."
"Haà..ye lah ...eh Intan..kak kirim barang sikit boleh..kirim kak buah tembikai..kalau ada potong..ambil sebelah .kalau takder .ambil yang kecik sudahlah..akak dengan abang Rahman jer nak makan"..
"Haà..ok kak.. Pintu Intan Tak kunci tu .Mana lah tahu. Jab lagi terjaga ker si kecik tu.."
"Kak tunggu di rumah kau lah Intan..senang..kak pun dah siap masak semua ni.."
" Ikut kak lah..Intan gerak dulu yer kak.. Assalamualaikum.."
Aku pun memulakan perjalanan ku kedai Kamal. Setelah 10 minit aku pun sampai di depan kedai Kamal. Aku pun menelefon Kamal untuk memaklumkan aku sudah tiba di kedainya.
"Assalamualaikum bang.. Intan dah sampai ni.."
"Waalaikumsalam..haa ok..Intan nak ambil barang apa nanti?"
"Ishh.. Intan pun Tak pasti lagi"
"Macam ni untuk permulaan Intan pergi ambil kambing dengan daging perap yang bungkusan warna hijau tu..tu produk bumiputera tu..Intan ambil serba satu.."
"Lepas ambil tu Intan pergi ke kaunter khidmat pelanggan untuk minta pengesahan.."
"Baik bang.. Intan ambil Masa sikit yaa sebab nak beli buah tembikai..jiran yang jaga anak Intan kirim.."
"Haà..ok..masukkan sekali dalam bil barang yang abang suruh ambil tu..dah siap nanti datang pejabat abang..abang tunggu.. abang nak bagi gaji job Hari tu dengan nak bagi job baru untuk Intan"
" Baik bang.."
Alamak..apa pula permintaan Kamal Kali ini. Memikirkan gaji lumayan yang aku terima untuk job yang sebelumnya disamping dijanjikan bonus. Aku mengambil keputusan untuk mengikut sahaja arahan Kamal.Aku pun pergi ke kaunter khidmat pelanggan dan memaklumkan tujuan aku datang. Tanpa banyak soal, aku diiring oleh seorang pekerja disitu untuk mengambil barang yang diperlukan termasuk buah tembikai yang di kirim oleh kak Sue. Urusan ku menjadi mudah dan lancar kerana pekerja yang mengiringi ku amat cekap dengan tugasannya. Tidak sampai 15 minit, semua urusan ku selesai. Aku pun mengucapkan terima kasih kepada mereka dan meneruskan langkah ku ke destanasi seterusnya iaitu PEJABAT KAMAL.
Setelah sampai di pintu masuk pejabat Kamal , aku menekan loceng dan terdengar suara di interkom di depan pintu.
YOU ARE READING
Disebalik
RomanceMengisahkan seorang Suri rumah tangga yang didalam dilemma membuat keputusan disebabkan desakan hidup.