بسم الله الرحمن الرحيم
꧁.............................................................................꧂"Kenapa awak kacau saya ni?" Kata Puteri Airyn Dahlia dengan nada marah.
"Airyn, kita boleh ubah nasib awak sama-sama. Percayakan saya, please." Tengku Harriz Ezriel berusaha memujuk Puteri Airyn Dahlia dengan lembut.
꧁.............................................................................꧂
"Assalamualaikum, hai. Nama saya Puteri Airyn Dahlia boleh panggil saya Airyn. Saya berasal dari Kampung Rich Interior. Saya anak sulung dari 3 beradik. Saya mempunyai adik kembar sepasang, Roy dan Ray. Saya pelajar dari St. Alpha Academy dan mempunyai jawatan sebagai setiausaha kepada ketua sekolah. Saya dilahirkan dalam keluarga yang kurang kemampuan, dengan ayah saya yang sudah meninggal dunia dan mak saya yang sudah sakit tua. Nama sekolah seperti expensive,right? Yeah, saya tahu saya tak mampu masuk sekolah semahal tu tapi, dengan biasiswa saya berjaya masuk ke sekolah itu. Tapi, itu ketika saya masih sekolah. Sekarang saya bekerja di kampung sambil menjaga mak dan adik-adik. In Shaa Allah, kalau ada rezeki Airyn akan berusaha mencari kerja di bandar. Sekarang ni, Airyn kena kumpul duit sikit untuk tampung sekolah adik-adik dan kos perubatan mak. So, nak tahu jalan hidup Airyn yang selanjutnya, boleh terus membaca buku ini. That's all from me, thank you! Assalamualaikum!"
•
•
•
"Ehem, assalamualaikum. Nama aku Tengku Harriz Ezriel, orang selalu panggil Ezriel tapi aku tak suka sebab hanya orang special je boleh panggil aku dengan nama tu. So, korang panggil aku Harriz je lah. So, aku dilahirkan dengan keluarga yang boleh agak mewah tapi mungkin tu hanya rezeki dari Allah SWT. Aku anak tunggal tapi, akan ada kejutan dipertengahan cerita ni, jadi... Kalau nak tahu, kena terus membaca buku ni untuk ketahui lebih lanjut. Aku takdelah famous mana kat St. Alpha Academy ni, cuma aku dikenali sebab aku adalah ketua pelajar dekat sekolah ni. Maybe, that's why orang kenal aku. Aku jenis tak suka cakap, sebab bercakap tu hanya membuang tenaga. Lebih baik buat kerja sambil mendengar lagu dengan suasana yang senyap. By the way, my mom bekerja sebagai seorang lawyer and my dad seorang architect. Diorang selalu busy dengan kerja so rumah aku selalu sunyi. Hanya aku dan bibik je yang selalu kat rumah. Macam aku cakap tadi, bercakap banyak-banyak ni membuang tenaga, so jom kita terus ke cerita. Assalamualaikum, bye!"
•
•
•
P/s author: cerita ni menceritakan pasal kisah silam hidup seorang perempuan iaitu, Puteri Airyn Dahlia.꧁..............................................................꧂
[2017]
Hari isnin, sama dengan hari pertama persekolahan bagi Airyn di St. Alpha Academy. Bukan baru masuk cuma, tahun baru baginya di sekolah itu. Sekolah itu berada 3KM jauh dari rumahnya, kadangkala Airyn akan berjalan kaki ke sekolah dan kadangkala dia akan menaiki bas. Ia mengikut kepada wang pembelanjaannya.
Sampai di depan pintu pagar sekolah, Airyn memperbetulkan vase dan tudungnya. Dia masuk ke dalam sekolah itu dengan langkah yang sopan.
'Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah permudahkan urusan aku hari ini untuk menuntut ilmu.' Doa Airyn di dalam hati.
Dalam perjalanan Airyn masuk ke pintu sekolah, terlihat sebuah kereta mewah melewati sebelahnya. Dia terpegun akan kemewahan kereta itu. Tanpa sedar dia sedang mengelamun sambil memandang kereta itu.
YOU ARE READING
You're My Nightmare
Random#2 [You're My Nightmare] St. Alpha Academy mempunyai ketua pengawas yang dingin dan introvert. Setiausahanya, Puteri Airyn Dahlia yang berasal dari kampung telah membuatkan semua orang di sekelilingnya membencinya. Puteri Airyn Dahlia sentiasa di hi...