Chapter 6

16 0 0
                                    

Mereka menyorok di balik dinding. Maira, Lina dan Zea sudah pergi dari tandas. Lantas, Zahra, Hana dan Irah berjalan ke tandas. Terlihat Airyn sudah terbaring di lantai dengan muka yang lebam dan baju yang basah kuyup.

"It's too much." Hana keluar dari tandas itu meninggalkan Airyn, Irah dan Zahra. Zahra dan Irah membawa Airyn ke bilik sakit manakala Hana berjalan ke kelas dengan perasaan yang geram. Dia mengepal kedua belah tangannya.

Setibanya di kelas, Hana berjalan ke arah Maira yang sedang berborak rancak dengan Lina dan Zea. Dia menarik tudung Maira sehingga Maira jatuh terduduk ke atas lantai. Lina dan Zea tanpa membuang masa turut menyerang Hana. Hana dengan pantas membuat tendangan back kick yang membuatkan Lina terhantuk ke kerusi. Zea cuba untuk menarik rambut Hana, tapi Hana lebih pantas. Dia menarik lengan baju Zea dan mendorongnya hingga terkena pintu. Zahra dan Irah yang baru balik dari bilik sakit, terkejut melihat keadaan di belakang kelas itu. Hana telah menjadi tumpuan seluruh kelas. Zahra dan Irah berlari ke arah Hana.

"Hana, stop it!" Arah Irah. Tapi sayang sekali, Hana tidak mengendahkannya. Hana sungguh marah apabila melihat kesan lebam pada muka Airyn. Hana menarik Maira dan menekan kepala Maira ke meja.

"Oi, shit! Better kau lepaskan aku sebelum-" belum sempat Maira menghabiskan ayatnya lantas dipotong Hana.

"Sebelum apa? Nak report aku? Silakan... Aku ada bukti yang kau buli Airyn sampai lebam dekat tandas." Senyap-senyap tadi Hana mengambil gambar Maira dan kawan-kawannya membuli Airyn. Tangan kiri Hana mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan video yang direkodnya ke seluruh kelas.

Semua murid mula berbisik-bisik antara satu sama lain. Hana memberi telefon bimbitnya pada Zahra.

"Now, kau nak report aku ke? Ingat sikit, darjat ayah aku lagi tinggi dari ayah kau. Sekali aku report, jail for you, bitch!"

St. Alpha Academy itu dibina diatas tanah milik keturunan Hana. Jadi, pengetua sekolah itu adalah abang tirinya, Tengku Furqan. Kenapa Hana takde Tengku? Kerana Hana berlainan ayah. Ayah Hana berketurunan Arab. Suami pertama kepada ibu Hana. Tengku Furqan berumur 28 tahun dan telah berkhidmat selama 8 tahun.



Suami pertama:-
Sheikh Abdul Hilman Sheikh Abdul Rasyid.
Meninggal pada umur 45 tahun ketika Hana berumur 7 tahun.
Telah meninggalkan seorang puteri bersama permaisurinya di sebuah banglo 3 tingkat.

Suami kedua:-
Tengku Adrian Faiqal Tengku Hanif Omar.
Berumur 48 tahun ketika Hana berusia 17 tahun.
Duda anak dua. Seorang puteri bernama Tengku Ilyana Aurora dan seorang putera bernama Tengku Furqan Wafiq.



Hana menendang kaki Maira membuatkan gadis itu melutut. Dia menarik Zea dan Lina. Mereka bertiga melutut di hadapan Hana dengan darah pada badan dan baju mereka.

"So sekarang, korang nak minta maaf dengan Airyn atau tidak?" Tanya Hana memandang tiga pembuli itu.

"Of course not! Why do we have to apologize to that bitch?" Jawab Maira bongkak.

"Bitch? What did you call her just now? Bitch? Hey, listen here..." Hana mencangkung dan mencengkam dagu Maira. Maira menarik tangan Hana supaya dilepaskan.

"The bitch is you. If you want a mirror, I'll give you the big one. I can get it from shoppe or Lazada. It's too expensive for you, right? It's okay I'll give it as your birthday present." Cengkaman Hana itu membuatkan pipi Maira berdarah kerana kukunya yang panjang.

Langsung Hana berdiri dari cangkungnya dan keluar dari kelas itu. Zahra dan Irah mengejar Hana sehingga tiba dia tandas. Mereka melihat Hana sedang membasuh tangan dan mukanya.

You're My NightmareWhere stories live. Discover now