Ujian peperiksaan pertengahan tahun berlangsung...
Semua murid sudah bersusah payah untuk mendapatkan markah yang terbaik. Airyn sentiasa pulang lambat untuk mengulang kaji pelajaran. Hari ini adalah hari pertama peperiksaan iaitu subjek Bahasa Melayu, Bahasa English dan Bahasa Antarabangsa.
"Susah siak BM tadi..."
"Baru BM belum BI dengan Cina lagi... Siallah!"
"Kau cina ok lagi dari aku bahasa Jepun..."
"Aku France oi!"
"Semua senang, yang susah hanya Thailand."
"Nope it's Italy."
Itu adalah rintihan murid murid di sekolah itu. Bagi Airyn, bahasa yang diambilnya tidaklah terlalu susah dan tidak terlalu senang. Mudah untuk dia fahami dan mudah untuk dibawa. Airyn mengambil Bahasa Korea.
Ujian berlangsung~
•
•
•
Setiap hari, sebelum Airyn pulang, Airyn akan pergi ke library untuk mengulang kaji. Secara tiba-tiba, dalam perjalanan pulang dari library dia terasa seperti seseorang mengekorinya dari belakang.Dia berhenti seketika sebelum berpusing ke belakang. Terlihat tiada sesiapa yang mengikutnya. Airyn dengan pantas berlari anak pulang ke rumahnya.
Dia tiba di rumah dengan keadaan tercungap-cungap. Baru sahaja dia ingin mengambil udara, dia telah disapa oleh seseorang.
"Airyn baru balik?" Sapa maknya.
"Allah!" Sapaan maknya itu membuatkan Airyn sedikit terkejut.
"Eh, sorry..." Maknya cuba untuk menenangkan anak perempuan sulungnya itu.
"Sorry mak, Airyn balik lambat sebab.." katanya dipotong oleh maknya.
"Study... Takpe mak faham" kata mak Airyn.
"Mak, Airyn masuk dulu eh, nak mandi... Mak dah masak ke?" Tanya Airyn.
"Dah, mak masak sambal ikan bilis dengan telur dadar. Lepas mandi solat dulu baru makan..." Kata mak Airyn.
"Airyn dah solat dah tadi..." Kata Airyn seraya berlari naik ke dalam rumah.
•
•
•
Usai mandi dan makan, Airyn berjalan ke ruang tamu. Dia melihat adik kembarnya sedang belajar."Roy, Ray. Akak nak tanya ni.." Airyn bersuara selepas melabuhkan punggungnya di atas sofa.
"Apa dia?" Roy dan Ray menoleh memandang kakaknya.
"Kalau satu hari nanti, kak Ryn kena belajar jauh or dah takde... Korang nak buat apa?" Kata Airyn tiba-tiba.
"Akak ni alright ke tak? Tiber lah..." Kata Roy langsung menyambung membuat kerja rumahnya.
"Kalau Ray, Ray akan cuba jadi macam kakak... Kakak akan jaga mak dan belajar rajin-rajin supaya dapat masuk sekolah kakak." Kata Ray dengan teruja. Airyn tersenyum manis sambil mengusap kepala Ray.
"Perempuan memang pelik." Kata Roy. Seraya itu, Ray dan Airyn cuma mampu mengelakkan Roy yang kepala sudah tergeleng-geleng.
•
•
•
Peperiksaan pertengahan tahun berakhirAiryn bersyukur kerana dia dapat menjawab soalan dengan tenang. 'Terima kasih ya Allah kerana memberi aku kemudahan untuk menjawab peperiksaan. Ya Allah, sesungguhnya aku sudah berniat untuk berjaya ujian kali ni dan aku sudah berdoa pada mu agar dipermudahkan urusan untuk menjawab peperiksaan. Sesungguhnya aku sudah berusaha untuk menjawab dengan segala ilmu yang aku dah pelajari. Aku hanya mampu bertawakal kepadamu agar diberi keputusan yang terbaik. Sesungguhnya engkau lah yang maha mengetahui apa yang terbaik untukku.' doa Airyn di dalam hati.
"Nah." Secara tiba-tiba, sekotak air chocolate milkshake di atas meja Airyn. Airyn memandang muka si pemberi.
"Minumlah..." Kata Harriz dengan riak wajah manis.
"Takpelah..."Airyn cuba menolak tapi apa kan dia, Harriz memaksanya untuk ambil air itu. Airyn angkuh dan menyimpan air itu bawah meja. Dia membuka Al-Quran dan baca.
•
•
•
Habis waktu sekolah, Airyn berjalan pulang ke rumah. Hari ini, dia ingin berehat secukupnya. Dia sudah penat kerana bertungkus lumus semasa minggu peperiksaan."Airyn!' jerit seseorang dari arah belakang. Airyn menoleh ke belakang dan terlihat Harriz berlari anak ke arahnya.
"Ya Tengku?"
"Ish, kan saya dah cakap jangan panggil saya Tengku... Panggil saya Ezriel..." Kata Harriz sambil mencekak pinggang.
"Yelah, awak nak apa?" Kata Airyn malas.
"Nak hati awak..." Kata Harriz menggedik.
"Eh...." Airyn cuba beredar dari situ. Harriz dengan pantas menarik beg Airyn.
"Ish, lepas lah!" Tengking Airyn. Harriz terkedu lalu melepaskan pegangan pada beg Airyn.
"Stop, please! Saya tak suka awak kacau saya lagi! Lagi sekali awak kacau saya, saya... Arah papelah!" Lantas Airyn berlalu dari situ.
Sejak dari hari itu semua berubah dalam sekelip mata. Hari demi hari, semua berubah sedikit demi sedikit.
꧁.............................................................................꧂
So maybe that's all...Sorry for late update sebab Ice Bear kena balik asrama... So, budak asrama mesti faham kan situation kat asrama macam mana dengan jadual pack...
Dahlah asrama Ice Bear tak bagi bawak phone🗿sedih hidup....
Oklah bye budak asrama.... Kita jumpa lagi nanti...
Assalamualaikum 😉✌🏻
YOU ARE READING
You're My Nightmare
Aléatoire#2 [You're My Nightmare] St. Alpha Academy mempunyai ketua pengawas yang dingin dan introvert. Setiausahanya, Puteri Airyn Dahlia yang berasal dari kampung telah membuatkan semua orang di sekelilingnya membencinya. Puteri Airyn Dahlia sentiasa di hi...