Waktu rehat tiba...
Semua pelajar bergegas ke kantin untuk makan tengah hari. Hana, Irah dan Zahra berjalan ke meja Airyn yang sedang mengemas buku.
"Airyn, jom rehat." Kata Irah. Airyn mengangkat kepalanya memandang tiga sahabatnya.
"Um, takpelah. Saya puasa sunat hari Isnin harini." Jelas Airyn.
"Oh yeke... Sorry, kami tak tahu." Kata Irah. Zahra dan Hana hanya mendengar.
"Takpe... Dah pergilah rehat, kalau ada pape cari saya kat kelas or library. Okay?" Kata Airyn.
"Okay!" Kata Irah. Zahra dan Hana hanya mengangguk. Mereka berjalan meninggalkan Airyn seorang diri di kelas itu. Airyn mengeluarkan Al-Quran nya dan membacanya.
Selepas usai membaca tiga muka surat, dia menutup Al-Quran dan menciumnya. Dia meletakkan Al-Quran di atas mejanya dan berjalan ke luar kelas. Dia perlu melakukan rondaan setiap kali waktu rehat. Dia berjalan di koridor menengah rendah.
Terlihat banyak pelajar sedang makan sambil berborak dengan rancak. Dia teruskan berjalan sehingga langkahnya terhenti akibat seseorang menghalang jalannya. Dia memandang gerangan orang yang menghalang jalannya dengan muka yang sedikit cuak. Dia mungkin dapat mentafsirkan apa yang akan terjadi selepas ini.
Lima orang lelaki mengepung Airyn. Airyn hanya mampu berdiri di pertengahan kepungan itu. Tiada ruang untuk dia melarikan diri.
"Ye, kenapa?" Airyn memberanikan diri untuk bersuara.
"Kenapa? HAHAHAHA dia tanya kita kenapa lah, guys!" Kata Tengku Akmal Daniel.
"HAHAHAHA" empat kawannya ikut mengelakkan Airyn. Mereka gelak seperti tiada tanda untuk berhenti. Airyn yang melihat itu sudah mula menggigil. Dia tidak suka orang menggelakkan dirinya.
"Excuse me?" Airyn bersuara lagi. Dia cuba untuk beredar dari situ. Secara tiba-tiba, Daniel yang tergelak seperti orang gila tadi, berhenti gelak. Dia memandang Airyn tajam.
"Where are you want to go,girl?" Daniel dan kawan-kawannya memperkecilkan bulatan itu sehingga jarak di antara mereka dan Airyn hanya sejengkal tangan kanak-kanak.
"Guys, ada bau something tak?" Kata Daniel.
"Macam ada bau lembu lah." Kata Tengku Ayie Irfan.
"Bila sekolah kita bela lembu ni?" Sampuk Tengku Irsyad Shah pula.
"Ada orang tambak sini untuk korban Aidiladha kot..." Kata Tuan Ukasya Farhan.
"HAHAHAHA" mereka berlima menggelakkan Airyn sekali lagi. Airyn yang tak dapat mengawal dirinya yang sudah menggigil teruk itu, lantas menutup telinganya dengan kedua belah tangannya.
"Eh, kau kenapa? Gila ke? HAHAHAHA" mereka terus menerus menggelakkan Airyn. Junior yang melihat situasi itu hanya boleh melihat tanpa membuat apa-apa kerana mereka hanya junior yang melihat pergaduhan senior.
"Oi! Jangan kacau dia!" Terdengar suara seorang perempuan yang amat dikenali. Ya, itu Hana, Zahra dan Irah. Mereka berjalan ke arah Airyn dengan langkah besar.
"Opps, geng dia dah sampai lah! Airyn lembu, nanti kita main lagi ye. Nanti saya bawakan awak rumput sekali. HAHAHAHA Mooo! Mooo!" Daniel dan kawan-kawannya meninggalkan Airyn yang sudah terduduk di tempatnya sambil memejamkan mata. Tangannya menutup kedua belah telinganya.
"Airyn, awak okay tak?" Kata Irah.
"Airyn! Airyn!" Hana menggoyangkan badan Airyn. Airyn yang mendengar suara rakan-rakannya itu, membuka matanya perlahan-lahan. Dia juga melepaskan tangannya dari telinganya.
YOU ARE READING
You're My Nightmare
Random#2 [You're My Nightmare] St. Alpha Academy mempunyai ketua pengawas yang dingin dan introvert. Setiausahanya, Puteri Airyn Dahlia yang berasal dari kampung telah membuatkan semua orang di sekelilingnya membencinya. Puteri Airyn Dahlia sentiasa di hi...