Hari Isnin, Airyn datang dengan menaiki bas. Dia berjalan masuk ke dalam sekolah. Hari ini dia memakai mask ke sekolah kerana tidak mahu bagi sesiapa melihat lebam yang ada di mukanya. Dia berjalan ke lokernya dan dia terkejut akibat melihat lokernya penuh dengan contengan.
Pembuli
Kaki gaduh
Gila sex
Murahan
Gila jantan
Kaki jantan
Semua cacian yang ada pada lokernya membuat dia sedikit menggigil. Dia membuka lokernya dan terlihat lokernya penuh dengan ikan dan ayam busuk. Airyn berasa loya dan ingin termuntah. Nasib baik dia tidak menyimpan bukunya di dalam loker, jika tidak pasti sudah berbau ikan dan ayam busuk. Airyn menutup lokernya dan ingin berlalu pergi dari situ.
Klak!
Tiba-tiba dia merasa sesuatu mengalir pada tudungnya. Dia melihat orang yang berada di hadapannya dan terlihat Maira sedang tersenyum sinis padanya bersama Lina dan Zea. Airyn memegang puncak kepalanya dan dia dapat rasakan sesuatu berlendir ada pada tudungnya. Airyn cuba untuk menahan air matanya dari jatuh.
"Rasakan tu." Kata Maira sambil menunjal kepala Airyn. Ia membuatkan Airyn terdorong ke belakang.
"Apa salah saya pada awak, Maira?" Kata Airyn sayu.
"Banyak, terlampau banyak sampai takleh ingat..." Kata Maira sambil tersenyum sinis.
"Maafkan saya Maira... Tolonglah jangan seksa saya macam ni, please..." Rayu Airyn. Secara tiba-tiba...
"Oi, bangsat! Kau pahal hah?" Hana datang dari belakang Maira dan menampar muka Maira.
Pang!
Ia membuatkan Maira jatuh terduduk. "Sial kau!" Hana mengambil tong sampah yang berdekatan dan menuangnya pada Maira.
"Arh! Sial kau! Dasar anak haram!" Teriak Maira seperti kena histeria. Lina dan Zea membantu Maira bangun. Irah sudah menahan Hana dari terus memukul Maira. Zahra berada di sisi Airyn sambil memandang Maira tajam.
"Kau tunggu eh pompuan! Aku akan pastikan kau dapat balik apa yang kau dah buat pada Airyn!" Hana menarik Airyn pergi dari situ sambil diikuti Irah. Zahra masih merenung Maira tajam dan secara tiba-tiba, tangannya yang memegang air kopi lalu dia menyimbah air itu ke arah Maira. Zahra beredar dari situ dengan muka selambanya.
'Korang tunggu balasan dari aku...' bisik hati Maira.
Mereka pergi ke tandas untuk membantu Airyn membersihkan dirinya. Zahra yang baru sampai di tandas menghulurkan tudung putih pada Airyn dan baju kurung putih padanya. Airyn memandang Zahra pelik.
"Huh?"
"Amiklah baju ni, tukar ngan baju tu. Kan dah bau telur tu..." Kata Irah bagi pihak Zahra.
"Oooo... Thank you!" Balas Airyn dan mengambil baju itu. Dia menukar bajunya sambil kawan-kawannya cuba membersihkan telur pada tudung dan bajunya. Alhamdulillah hilang.
"Okey ke?" Tanya Airyn pada kawan-kawannya.
"Okey!" Kata Irah. Zahra dan Hana cuma mengangguk.
"Um, korang. Sorry sebab selalu menyusahkan korang..." Airyn berasa serba salah kerana dirinya terlalu lemah sehingga orang mudah membulinya.
"Hm," Hana menghela nafas berat. Airyn memandang Hana dengan perasaan serba salah.
"Kenapa lah awak ni lemah sangat Airyn... Apa function awak belajar taekwondo dulu? Sepatutnya, ahli taekwondo tak selemah ni..." Kata Hana.
YOU ARE READING
You're My Nightmare
De Todo#2 [You're My Nightmare] St. Alpha Academy mempunyai ketua pengawas yang dingin dan introvert. Setiausahanya, Puteri Airyn Dahlia yang berasal dari kampung telah membuatkan semua orang di sekelilingnya membencinya. Puteri Airyn Dahlia sentiasa di hi...