Chapter 3

14 0 0
                                    

Selepas 2 jam Airyn berjalan kaki, akhirnya dia sampai di rumahnya. Jam menunjukkan pukul 5.20 petang. Airyn berjalan menaiki anak tangga.

"Assalamualaikum, Airyn dah balik!" Kata Airyn sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Airyn menutup semula pintu rumahnya kerana sudah petang.

"Kakak!" Jeritan itu membuat Airyn tersenyum segaris.

"Kakak, Roy lapar lah." Kata Roy adik lelakinya.

"Ray pun sama... Akak kenapa balik lambat?" Ray jugak berlari mendekati Airyn.

"Sorry tau akak balik lambat... Kakak tadi kena jalan kaki... Roy ngan Ray main dulu,kakak pergi masak,tau?" Kata Airyn lembut.

"Okay!" Kata Roy dan Ray serentak.

Airyn meletakkan begnya di dalam bilik. Tudungnya di buka dan diletak elok di atas katil. Baju dilipat hingga pangkal siku. Dia berjalan ke dapur dan membuka peti sejuk.

"Astaghfirullah, bahan dah habislah... Macam mana ni?" Kata Airyn seorang diri. Dia berlari anak ke biliknya semula dan dia membuka beg duitnya.

"Hmm, ada 10 ringgit je... Cukup lah beli lauk kat Warung Che La..." Airyn memakai tudung sarung dan berjalan ke arah pintu.

"Roy, Ray! Jaga mak tau! Kakak nak pergi beli lauk kejap!" Jerit Airyn dari muka pintu.

"Okay!" Jerit mereka serentak.

Airyn bergegas pergi ke Warung Che La yang berada di depan lorong. Dia jalan dengan langkah besar kerana takut adiknya kelaparan. Setibanya di Warung Che La, dia terus berjalan ke arah Che La sebagai taukey warung itu.

"Assalamualaikum Che La, Airyn nak order roti canai 6 keping. Bungkus ye," kata Airyn lembut.

"Waalaikumsalam, baik. Airyn tunggu kat situ." Airyn berjalan dan duduk di meja bersebelahan dengan sekumpulan lelaki. Dia mengerling jam tangannya yang di hadiahkan oleh Hana sebagai hadiah birthday nya tahun lepas. Jam menunjukkan pukul 5.40 petang.

"Eh, tu bukan Airyn ke? Kenapa dia kat sini?" Kata seorang lelaki berbisik kepada kawan-kawannya yang lain. Semua lelaki itu menoleh memandang meja sebelah mereka yang di duduki oleh Airyn.

"Eh, ha'ah lah. Asal dia kat sini, eh?" Balas seorang lagi lelaki.

"Lah, korang tak tahu ke? Airyn duduk dekat kampung sebelah. Dia tinggal dengan mak ngan adik-adik dia." Jelas seorang lagi lelaki.

"Lah, ye ke... So, kau mesti selalu nampak dia kan, Qil?" Kata Harraz. Sekumpulan lelaki itu adalah Ezriel, Harraz, Adam dan Aqil. Mereka mengulang kaji di rumah Aqil.

"Boleh kata kan hari-hari... Dia selalu berjalan kaki dari rumah ke sekolah kalau tak sempat ambik bas..." Jelas Aqil lagi.

"Siyes arh? Jauh kot, dari sini ke sekolah... Dalam 3 kilometer kan?" Balas Adam pula. "Ha'ah!" Aqil mengangguk.

"Qil, kau tau tak rumah dia mana satu?" Tanya Ezriel ingin tahu. "Tak, aku selalu nampak dia masuk lorong tu tapi aku tak pernah pulak masuk." Jawab Aqil. Ezriel cuma mengangguk faham.

"Nah!" Terlihat Che La menghulurkan sebungkus plastik kepada Airyn. Airyn menghulurkan duit 10 ringgit dan menerima baki sebanyak 4 ringgit. Airyn bangun dari duduknya selepas mengucapkan terima kasih kepada Che La. Empat sekawan tu jugak berdiri dan mengikuti jejak Airyn.

"Asal kita ikut dia?" Tanya Harraz pelik.

"Weyy, Ezriel!" Panggil Harraz tapi Ezriel tidak mengendahkan langsung. Mereka berhenti di sebalik pokok mangga berdekatan dengan rumah Airyn. Mata mereka membulat selepas melihat keadaan rumah Airyn.

You're My NightmareWhere stories live. Discover now