SEPERTI biasa, perpustakaan menjadi destinasi setiap hari. Boleh dikatakan library seperti rumah kedua. Sebelum waktu Asar baru balik bilik. Kalau berada di blok kediaman ketika kelas online, nampak katil mesti lelap atau tak semasa pensyarah sedang menerangkan tentang tutorial, aku makan biskut atau minum Nestum. Itu pasti.
Nota disalin walaupun faham sikit, janji salin. Faham tak faham belakang cerita. Leher yang lenguh diregangkan sebelum pandangan dialihkan ke arah rak buku.
"Macam kenal je lelaki chinese tu, bukan yang dekat kafe ke?" Fon dicapai sebelum aplikasi kamera dibuka. Gambar ditangkap beberapa kali walaupun telinga sedang mendengar penerangan pensyarah.
"Kau buat apa? Sempat pula dia buat kerja lain," tegur Bella. Aku hanya mengukir senyuman disebalik topeng muka. Bella mengalihkan pandangan sebelum mengecilkan mata.
"La... Itu siapa pula? Kau jangan macam-macam." Aku hanya ketawa perlahan sebelum sambung menyalin nota. Nabil tenggelam dalam dunianya. Apa yang kami bualkan dia tidak dengar. Padahal dia duduk depan Bella.
■ ■ ■ ■
SETIAP hari aku melihat lelaki itu di library. Kadang-kadang dia seorang diri, kadang-kadang dia dengan kawan-kawan dia. Aku selalu menangkap gambar dia kerana aku suka tengok mata dia. Chinese kan? Susah aku dapat lihat wajah dia tanpa topeng muka kecuali bila dia nak minum air. Gaya rambut dia aku suka. Gaya bad boy tapi muka good boy.
Kadangkala aku bingung, aku teruja nampak dia dari jauh sebab apa? Sebab minat atau sebab lain? Malas aku nak fikir, lagi pun peperiksaan Sem 1 dah nak dekat. Untuk seketika aku terlupa akan kehadiran dia kerana sibuk mengulang kaji.
Dia ada di tempat biasa tapi aku tak pandang dia sebab aku ada orang yang aku suka. Daripada aku suka orang yang tak kenal aku, baik aku suka orang yang kenal aku. Walaupun akhirnya aku tahu aku akan sakit.
Bukan tak nak confess tapi aku tak rasa dia suka aku. Sebenarnya, sudah empat kali classmate aku kata dia dah ada girlfriend. Aku cuba move on perlahan-lahan.
■ ■ ■ ■
SATU hari, aku confess dekat orang yang aku kenal tapi aku tak tahu aku confess sebab nak lepaskan sesuatu atau apa. Dia suruh aku cari orang lain tapi tak lama kemudian dia tanya siapa orang yang confess dekat dia. Aku tak luah direct, aku minta tolong orang tengah.
Aku tak sangka kali ni aku boleh move on dengan cepat sehingga aku lupa yang aku pernah suka dia. Perpustakaan sekali lagi menjadi tempat aku pandang lelaki chinese tu. Rambut dia sem ni lawa, senang nak cam dia. Dari jauh dah boleh kenal itu dia.
Kali ini, aku yakin aku suka dia. Sem lepas aku tahu nama panggilan dia saja dan course, tapi sem ni aku tahu nama penuh dia dan dari kelas mana. Orang ramai kabel macam ni la.
Selama dua tahun lebih, aku tak pernah positif covid, namun beberapa hari lepas balik kolej, aku positif. Murung kejap. Tapi ada hikmah di sebalik dugaan ni. Aku dapat kenal orang lain. Dapat kongsi cerita yang aku tak pernah cerita dekat orang lain. Dengar penyelesaian yang tak pernah terlintas.
Aku ingat aku akan terlepas kelas face to face tapi malangnya kelas face to face tiada seminggu kecuali kelas pendidikan Islam. Kesan lepas positif covid tak teruk sangat cuma cepat penat. Dalam masa seminggu kuarantin, aku tidur petang. Lena wei. Bangun tidur je mamai.