"MUMMY... kalau Isya belajar dekat rumah tak boleh ke?" tanya Isya seraya mengerdipkan mata berulang kali.
"Tak boleh! Pergi sekolah sekarang!"
Sudip dicapai sebelum dilontar ke arah Isya. Namun, Isya lebih pantas berlari ke luar rumah sambil menjerit, "Bye mummy! Isya pergi dulu!"
Selepas beberapa minit berlari, akhirnya Isya sampai ke sekolah.
"Lambat cik kak," sindir seseorang.
"Kau macam baru kenal aku semalam," balas Isya kembali.
"Kan, macam aku baru kenal kau semalam. Ni mesti kes kau kena marah dengan mummy kau, kan?" teka Mia sebelum ketawa terbahak-bahak.
"Malas aku nak layan kau."
"Jangan merajuk. Eh, pergi masuk kelas kau cepat. Pastikan kau tak dibuli."
"Baik boss!" jerit Isya sebelum berlari ke kelas barunya.
"Please... jangan cakap kau sekelas dengan aku," rungut Mia sebelum meletakkan kepala di atas meja.
"Hehhe... malangnya," balas Isya sebelum mengambil tempat di sebelah Mia.
"Aku dengar cerita ada seorang pelajar lelaki. Dia hensem tetapi dia kelas sebelah."
"Aku dengar cerita juga dia ahli Kelab Muzik."
"Dekat sini ada Kelab Musik ke?" tanya Isya sebelum mendengar kawan sekelasnya membawang di belakang mereka.
"Ada. Kenapa kau tanya? Pemilihan ahli Kelab Muzik susah tahu," balas Mia.
"Macam mana kau tahu?" tanya Isya pelik.
"Adalah. Esok pemilihannya. Kau nak join ke tidak? Kalau kau nak join, aku boleh uruskan."
"Boleh juga. Terima kasih, Mia!"
"Apa sahaja untuk sahabat aku, kejutkan aku bila waktu rehat."
"Tch! Kenapa aku boleh berkawan dengan kaki tidur macam kau?"
"Takdir..." balas Mia meleret.
"Hashtag, sis redha."
....
KEESOKAN harinya, pemilihan ahli Kelab Muzik diadakan. Isya menggenggam tangan dengan erat kerana takut. Dia ingin membeli air kerana tekaknya terasa perit dari semalam.
"Habislah macam mana aku nak nyanyi?" gumma Isya sebelum mengeluarkan duit untuk membeli air di mesin air.
Seseorang menarik tangan Isya ke tempat lain sebelum menghulurkan sebotol air mineral.
"Kalau tekak perit, jangan minum air manis. Banyakkan minum air mineral, faham?"
"Thanks," balas Isya tanpa memandang wajah orang di hadapannya.
"Aku gerak dulu dan goodluck untuk audition."
"Macam mana dia tahu aku ada audition? Lupa pula, aku pakai baju lain."
"Isya!" jerit Mia.
"Apahal?" tanya Isya sebelum meneguk air.
"Kau tanya aku apahal? Turn kau tak lama lagi, kau boleh melepak dekat sini?" tanya Mia bengang.
"Rilek le sistur... aku kena heret sampai ke rooftop sebab aku nak beli air manis. Aku tak tahu siapa yang heret aku. Kau tengok ni, dia bagi aku botol air mineral dia."
"Tak mungkin..."
"Apa?" tanya Isya pelik apabila Mia membelek botol air tersebut.
"Tak ada apa-apa. Baik kita cepat."