"Kamu perlu tahu sesuatu perkara. Sesuatu perkara yang sepatutnya kamu tahu sejak dulu."
Maira sudah mengerutkan muka.
"Apa maksud ayah?"
Aisyah sudah cuak, Aira menoleh ke arah lain dan Izzati mengeluh sebelum meraup muka dengan sebelah tangan. Mereka memejamkan mata tanda cuba mengusir bayangan yang menghantui.
"Nara bukan kakak kembar kamu."
Lima perkataan yang mampu membuatkan Maira kaku. Dia tidak bergerak selama beberapa saat sebelum badannya menggigil. Bukan Maira sahaja, malah Aisyah, Aira dan Izzati juga.
"Ayah tipu!" bentak Maira. Maira mula memberontak. Dia cuba melepaskan pegangan di lengan kiri dan kanan.
"Semua ini tak mungkin! Semua ini mimpi! Nara kakak kembar Maira! Nara kakak Maira untuk selamanya!"
Beberapa orang yang berada di situ terpanar. Begitu besar kasih sayang Maira kepada Nara walaupun mereka bukan adik-beradik kandung.
"Semua ini bohong..." Maira terduduk sebelum menangis semula.
"Maira... Apa yang ayah cakap itu, betul. Nara sebenarnya anak kawan ayah yang pernah datang rumah kita tempoh hari. Mereka mengamanahkan kepada ayah dan ibu supaya menjaga Nara seperti anak mereka sendiri. Waktu itu, mereka terpaksa pulang ke sana kerana nenda Nara sakit. Nara pula masih kecil," terang si ibu supaya anaknya lebih faham.
"Tapi kenapa sekarang? Kenapa harus sekarang? Kenapa mereka kena ambil kakak sekarang? Kenapa mereka tidak mengambil kakak semula dulu atau tahun-tahun yang akan datang?" tanya Maira dalam tangisan.
Izzati memeluk Maira dari belakang, Aira dan Aisyah pula memeluk Maira dari arah kanan dan kiri. Mereka tahu Maira sangat sayangkan Nara.
"Sabar Maira, sabar. Tentu ada hikmah kenapa semua ini berlaku," pujuk Aisyah. Hanya dengan Aisyah sahaja dia akan mendengar kata jika dia terlampau marah.
"Adik nak jumpa kakak."
Maira dipapah kerana dia tidak mampu berdiri dengan stabil.
"Akak, kenapa ayah kata kita bukan kembar? Semua perkara kita lakukan bersama. Kita menyakat orang, kita mengata orang, kita bertekak, kita bergaduh, kita tangkap gambar dan sebagainya. Semuanya kita lakukan bersama. Kenapa? Jawablah akak!"
Maira menggenggam erat tangan Nara. Dia dapat rasakan inilah kali terakhir dia menatap wajah Nara.
"Jangan tinggalkan aku. Kau dah janji."
Maira meletakkan kepala di atas katil tetapi dia masih menggenggam tangan Nara. Maira disuntik dengan ubat penenang, begitu juga dengan sahabatnya.
"Pindahkan dia ke hospital lain."
Nara didukung dan Maira dibaringkan di atas katil. Genggaman tangan mereka terlerai.
"Maira...."
"Nara...."
Pandangan mereka terus kelam. Maira bermimpi. Mimpi di mana segalanya bermula.
....
"Nara sayang... Makanlah. Sudah sehari kamu tidak makan. Mak Nah penat masak bubur kegemaran kamu...."
"Nara tak nak! Nara nak jumpa Maira! Kenapa mama pisahkan Nara dengan Maira?" bentak Nara di dalam selimut.
"Nara sayang... Maira sedang bergembira dengan sahabatnya. Kenapa kamu mahu mengingati dia?" tanya papa Nara dengan bengang.
"Papa dan mama tak faham! Maira ada bersama ketika Nara susah dan senang. Kenapa papa dan mama mengambil Nara sekarang? Kenapa tidak dulu saja? Kerana sekarang papa sudah kaya? Bisnes mama pula sudah berkembang ke negara Eropah?" tanya Nara bertubi-tubi.
"Nasib baik aku masuk pertandingan perbahasan," gumam Nara.
"Nik Aria Raihana! Jangan kurang ajar dengan papa dan mama!"
Nara hanya mendengus apabila nama penuhnya disebut. Dia benci dengan nama itu. Dia benci! Kerana nama itulah dia terpaksa pulang ke tempat asalnya.
"Nik Aria Raihana is not my name! My name is Nur Aria Riana!" bentak Nara.
Matanya jelas menunjukkan dia dikuasi kemarahan. Apabila dia marah, mata yang asalnya berwarna biru muda akan bertukar menjadi biru gelap. Sesiapa yang melihat atau terpandang mata itu, mereka akan menggigil. Tidak terkecuali papa dan mama Nara.
"Jika kamu lapar, bubur ada di atas meja."
Selepas Nara mendengar bunyi pintu ditutup, dia menoleh. Dia melihat abangnya bersama seorang remaja lelaki memakai hoodie sleeveless berwarna putih.
"Apa abang nak? Abang nak marah Nara sebab kurang ajar dengan mama dan papa?" tanya Nara dengan nada malas. Dia tidak mahu bertekak dengan abangnya.
"Tak, cuma nak paksa Nara makan saja. Kesian Mak Nah. Penat Mak Nah menyalin resipi daripada Maira tentang bubur kesukaan kamu."
"Hah? Resipi Maira?"
Nara terus menoleh memandang wajah abangnya selepas mendengar nama Maira disebut. Kening remaja berhoodie putih terangkat.
"Siapa sebenarnya dia ni?" gumam dia perlahan.
"Siapa Maira?"
Abang Nara menoleh sekilas.
"Kau tanya dia sendiri. Kalau aku bersuara, aku kena perintah kurung dengan nenda."
Dia menggaru belakang tengkuk seraya berjalan menghampiri Nara yang duduk bersila di atas katil sambil menyuap bubur ke dalam mulut. Sekali tengok, macam orang kelaparan. Dia menarik kerusi sebelum duduk berdekatan Nara.
"Siapa kau?" Nara bertanya tanpa menoleh. Abang Nara dan remaja lelaki itu saling berpandangan. Nara meletakkan mangkuk bubur di atas meja sebelum meneguk air selepas menelan panadol.
"Maira. 'Adik' kembar aku. Aku tahu aku cuma anak angkat semasa aku menyertai acara memanah dahulu. Aku ternampak rekod profil atlet aku. Aku curi-curi baca dan masa itulah aku tahu nama sebenar aku. Siapa keluarga aku sebenarnya. Aku tahu semua ini akan berlaku, jadi aku nak gembirakan mereka sebelum aku pergi. Abang... Aku tak dapat gembirakan mereka sebelum aku pulang."
"Nenda yang paksa mama dan papa ambil kau semula. Alasannya dia tidak mahu kau bergaul dengan Maira," jelas abang Nara.
"Macam budak-budak la nenda ni.... Nenda terlupa beberapa perkara. Maira ada perniagaan sendiri serta perniagaan bersama. Selain itu, Maira akan bekerja di hospital milik ibu. Nampak sangat nenda mata duitan. Apa la... Cucu angkat 'kesayangan nak mati' hasut nenda?" tanya Nara sebelum menguap. Dia merebahkan badan sebelum menarik selimut sehingga paras bahu.
Dia menoleh apabila melihat abangnya dan remaja itu memberi pandangan blur. Dia mengeluh.
"Hang tak nampak ke den nak tido? Pergi keluarlah!" jergah Nara sebelum membaling dua biji bantal, tepat mengenai badan dua orang jejaka itu. Mereka mengaduh kesakitan.
Pintu sempat ditutup sebelum sebiji batal melayang tepat ke pintu.
"Kenapa la aku ada abang macam tu?"
Nara memandang siling putih dengan harapan sebentar lagi dia akan berjumpa Maira di dalam mimpi. Nara mengepal tangan tanda marah apabila teringat hari semalam. Cucu angkat nenda menayang senyuman sinis tanda menang apabila Nara berjaya dipaksa balik. Sungguh! Jika nenda tiada, sudah lama cucu kesayangan nenda makan penumbuknya!
Tbc
31/12/18