Persahabatan

98 10 3
                                    

"Kenapa kita yang kena denda pula ni?!"rungut Nur sambil meneruskan berlari.

"Mana aku tahu"balas Aisyah tersekat-sekat.Semput wei..

Mereka berhenti berlari sebelum memegang lutut untuk memgambil nafas yang hilang.Mata pun dah berpusing.

"Siapa pula yang fitnah kita buli orang ni?"tanya Irdina bengang.

"Kenapa kau diam je Sya?"tanya Izzati tanpa memandang.Selalunya budak ni ada je yang nak dibebelkan.

"Aku rasa aku tahu la siapa yang fitnah.Tapi aku tak pasti.Aku perlukan bukti yang kukuh"

Something was wrong.Kalau betul apa yang aku sangkakan,kitorang dalam masalah yang besar.

★★★★

'Aku yakin minah tu yang fitnah tapi kenapa?'gumam Irdina sebelum menyorok di sebalik tiang.

"Kenapa cikgu tak buang mereka?Gantung ke apa ke?"

"Dah cukup bagus cikgu denda diorang.Kalau cikgu tak percaya tadi,aku tak tahu nak cakap apa"

"Tak apa.Aku ada satu rancangan untuk pisahkan mereka berlima"

Mereka tersenyum sinis.

Irdina menggeleng kepala sebelum menyimpan telefonnya.Dia mengukir senyuman yang sangat manis tapi bukan untuk menggoda tapi itu adalah senyuman sinis.

★★★★

"Wei,aku dah tahu"kata Sya sebelum berhenti mengejut.

"Apa yang kau tahu?Tahu siapa yang hantar surat ugutan?"tanya Izzati sambil menjongketkan sebelah kening.

"Lebih kurang la"balas Nur yang baru tiba.Dia mengambil tempat di sebelah Irdina.

"Kita perlukan rancangan yang rapi—"

Aisyah tidak sempat menghabiskan kata-katanya.

"Tapi macam mana?"tanya Nur.

'Aku nak balas dendam.Kerana kebodohan minah tu,aku hilang bakat aku'

★★★★

"Kau yakin ke apa yang kita buat ni?"tanya Aisyah mendatar.

Mereka kini berada di cafeteria.

"Apa guna kita berada di sini kalau tiada siapa pun yang percaya kita lagi"balas Nur sebelum menekup muka dan menjerit perlahan.

"Lagipun,aku memang dah lama nak keluar dari sini.Semua kita kena uruskan tapi orang lain pula yang disanjung"kata Sya.

"Tapi,kalau sesuatu berlaku pada seseorang,kita akan tolong ke?"tanya Irdina perlahan.

Sepi.Ya,mereka tiada jawapan untuk itu.Mereka tidak tahu apa yang akan mereka lakukan.

Mereka merupakan harapan tapi kini mereka dibenci.

"Oi,jom pergi sana.Kita cakap depan-depan.Isi borang dengan tulis surat tak best"kata Izzati yang baru tiba.

Di tangannya ada 5 helai kertas.Mereka mengangguk sebelum menyeluk ke dalam poket hoodie dan menarik keluar sesuatu.

Our StoryWhere stories live. Discover now