Maira tidak keluar dari bilik selama seminggu. Sudah puas Aisyah, Aira dan Izzati memujuk namun hampa. Mereka sanggup bertapa di hadapan pintu bilik Maira selama seminggu pada waktu pagi sehingga petang. Mereka duduk berbincang di hadapan pintu bilik. Mereka mogok tidak mahu pergi ke stadium untuk berlatih jika Maira tidak mahu keluar bilik.
Maira duduk membelakangi sisi katil. Dia memeluk lutut lalu menyembam muka ke lutut. Air matanya sudah kering. Matanya juga bengkak.
"Kau dah janji... Kau tak akan tinggalkan aku..." kata Maira dengan nada suara seakan-akan berbisik.
Dia menggenggam erat rantai pemberian Nara. Dia tertanya kenapa Nara memberi beberapa utas rantai kepada mereka berempat.
"Nara... Aku janji. Aku akan tunaikan janji aku kepada kau. Janji untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Aku yakin, suatu hari nanti kita akan berjumpa semula."
Maira nekad. Dia mahu berubah. Dia tidak mahu berpaling ke belakang semula. Dia mahu membuka buku baru. Dia menyikat rambut separas bahu sebelum mengikat gaya ekor kuda.
Maira menarik nafas sebelum menghembus nafas. Maira memusingkan tombol pintu sebelum berjalan ke arah timur laut. Aisyah ditindih oleh Izzati dan Aira. Mereka leka menekup telinga di pintu apabila tidak mendengar sebarang bunyi dari dalam bilik sehingga tidak sedar pintu sudah dibuka.
Aisyah mengaduh kesakitan.
"Bangunlah! Kau berdua berat! Anak gajah pun kalah!" kata Aisyah sambil cuba melepaskan diri dari tindihan itu.
"Aku lapar," kata Maira senada seraya mengusap perut yang berkeroncong.
Mereka bertiga segera berlari menuruni tangga. Ibu dan ayah Maira yang berada di ruang tamu berasa hairan. Tetapi pertanyaan mereka terjawab apabila melihat Maira menuruni tangga. Maira hanya menayang muka tiada perasaan apabila tiba di dapur.
Sepinggan nasi ayam, semangkuk sup dan segelas air suam diletakkan di atas meja. Mereka bertiga duduk di hadapan Maira yang menjamu selera. Maira mengabaikan mereka bertiga. Bagi Maira, nasi ayam di depan mata lebih menyelerakan daripada memandang wajah mereka bertiga. Bukannya kenyang pun.
Selepas lima belas minit menjamu selera, Maira meneguk rakus air suam. Dia melihat jam yang digantung berhampiran tingkap.
"Kita dah lambat nak pergi latihan. Ke kau memang berniat tak nak pergi?" tanya Maira dengan sinis. Aisyah memandang Aira, Aira pula memandang Izzati manakala Izzati pula memandang Aisyah. Maira menepuk dahi perlahan sebelum menggelengkan kepala. Maira menyebut nama penuh mereka bertiga.
"Pergi bersiap sekarang. Aku bagi masa dalam sepuluh minit sahaja!"
Mereka bertiga berlari menaiki tangga manakala Maira mengemas meja makan. Siapa yang mahu membasuh pinggan kotor kalau bukan dia? Orang gaji diberi cuti.
Maira sudah menunggu di luar . Aisyah dan Aira menyarung kasut sukan manakala Izzati menyalami ibu Maira.
"Bye ibu! Kami pergi dulu!" ujar Aisyah lantas melambaikan tangan seketika. Ibu Maira sudah dianggap seperti ibu kandung kerana hampir setiap minggu mereka akan lepak atau bermalam di rumah Maira.
Selepas dua puluh minit menunggang motosikal, mereka tiba di sekolah. Mereka berjalan menuju ke stor sukan. Mereka mengambil beg anak panah sebelum memakai sarung tangan berwana hitam dan putih.
Beberapa orang atlet daripada pelbagai jenis sukan memandang mereka berempat terutamanya Maira dengan pandangan sayu. Aira mengurut bahu Maira apabila melihat Maira mengetap gigi. Izzati menjeling orang yang mengutuk Maira manakala Aisyah memegang busur sebelum mencapai anak panah.
Sementara Aisyah berlatih memanah, mereka bertiga duduk dalam bulatan. Beberapa buah fail diletakkan di tengah bulatan.
"Kita kena selesaikan lima kes ni tanpa bantuan Nara. Empat kes kita selesaikan sendirian manakala kes terakhir kita selesaikan bersama," ujar Aira sambil membaca maklumat yang terdapat di dalam fail tersebut.
"Nara mesti ada tinggalkan beberapa petunjuk untuk kita. Tak mungkin dia tak tinggalkan sebarang petunjuk. Mustahil," kata Izzati pula sebelum mengeluh.
Izzati menggaru kening yang tidak gatal. Kenapa komputer Nara mesti ada kata laluan? Kerja akan menjadi lebih sukar jika dia tidak dapat meneka kata laluan dengan betul.
"Kenapa kau mengeluh? Dah lima belas minit kau menghadap komputer, tak akan kau tak dapat pecahkan kata laluan?" tanya Aisyah tanpa menoleh.
Maira meletakkan jari telunjuk di hadapan dagu selepas mendongak memandang langit. Maira cuba mengingat. Rasanya Nara ada beritahu kata laluan kepada dia. Maira memejamkan(?) mata untuk seketika.
Aira, Aisyah dan Izzati saling menyiku apabila melihat Maira memejamkan(?) mata. Selepas beberapa saat, Maira memetik jari dengan senyuman terukir.
"Kata laluannya ialah HTSQ!"
"Hah? HTSQ? Apa maksudnya?" tanya mereka bertiga pelik. Maira mengambil komputer dari riba Izzati sebelum menaip kata laluan. Latar belakang komputer Nara ialah gambar mereka berempat di pertandingan memanah yang lalu. Gambar yang ditangkap tanpa mereka sedari. Mereka berempat mengukir senyuman apabila mengenang kembali.
Maira mengangkat bahu sebelum menggerakkan tetikus lalu menekan satu fail yang agak pelik. Maira tersengih sebelum menggelengkan kepala.
"Kita akan selesaikan bantuan dengan bantuan Nara. Nara tahu kita akan mengalami kesulitan. Jadi dia tinggalkan sebuah fail di dalam komputer tentang kelima-lima kes ni. Dia ada bersama kita," jelas Maira. Aisyah, Aira dan Izzati saling berpandangan dengan senyuman sebelum memandang Maira.
"Di sini."
Mereka meletakkan tangan di dada. Nara ada di sini, bersama mereka. Mereka dapat melihat bayangan Nara sedang mencari maklumat dan menyalin maklumat. Mereka menyambung semula kerja yang tergendala dengan senang hati. Kini, janji mereka kepada Nara dapat ditunaikan.
Imbas Kembali
"Aku nak korang janji," kata Nara secara tiba-tiba namun dia tidak memandang mereka bertiga, sebaliknya memandang lantai.
"Janji apa?" tanya Aisyah dan Aira pelik.
"Janji dengan aku. Korang akan selesaikan beberapa kes yang tinggal tanpa bantuan aku."
"Eh? Kau nak pergi mana?" tanya Maira. Namun Nara hanya tersenyum.
Imbas Kembali Tamat
"Kau silap Nara. Kami akan selesaikan kes ni dengan bantuan kau walaupun kau tiada di depan mata kami," gumam Izzati selepas meletakkan busur di tepi. Tugas Izzati ialah menyemak semula beberapa buah fail tersebut.
"Korang..." panggil Maira selepas tergamam. Mereka bertiga bangun sebelum duduk berhampiran Maira.
"Cuba korang tengok ni."
Mereka melihat dengan teliti. Video yang berdurasi lebih kurang lima minit itu ditonton oleh mereka dengan peka. Mereka melopong melihat tulisan terakhir sebelum video tersebut habis ditonton.
"Rain, rain go away?" tanya mereka serentak selepas saling berpandangan.
Tbc
31/12/18