Izzati membancuh air anggur manakala Aira dan Aisyah mengambil beberapa gelas kaca lalu diletakkan di atas meja. Mereka bertiga mengeluh serentak.
"Aira, kau agak-agak twin dah keluar hospital ke belum?" tanya Aisyah. Dia sangat merindui bebelan member baiknya yang terlantar di hospital gara-gara patah tangan.
Sebab apa mereka patah tangan? Mereka berdua jatuh dari pokok kerana mahu menyelamatkan dua ekor kucing. Mereka hanya tahu memanjat tetapi apabila mahu turun, main lompat ke bawah. Akibatnya, tangan sebelah patah dan kaki terseliuh. Mujur saja kecederaan yang dialami oleh mereka tidak teruk. Sekurang-kurangnya, mereka ditahan di wad selama dua minggu.
Mereka berada di sebuah rumah yang didiami oleh beberapa atlet memanah dari sekolah yang lain.
"Siapa seru aku?"
Mata mereka bertiga terbeliak melihat gerangan yang berada di depan mata.
"Nah! Delivery from twin!"
Plastik makanan diletakkan di atas meja. Mereka bertiga terkejut melihat makanan yang berada di hadapan mata.
"Thanks!"
Mereka memeluk twin dengan erat.
'Jika ini mampu membuat mereka gembira, aku sanggup!'
Keesokan harinya
"Twin! Kau tak rasa gementar ke?" tanya Aisyah bengang.
"Aku dan yang lain menggigil ketakutan, mereka berdua boleh bersembang? Pelik sungguh mereka berdua ni," getus Aisyah di dalam hati. Giliran mereka sudah lepas tapi twin....
"Cuba bertenang. Aku tengok kau bertiga, aku rasa lapar."
Kepala si kakak atau lebih dikenali sebagai Nara diluku oleh Aira.
"Jangan bergurau senda, Aira dan Nara. Sekarang giliran kamu, twin."
Aira dan Nara yang sedang bergelut berhenti. Twin membuat tabik sebelum mencapai bow and arrow. Mereka membuat flying kiss sebelum berlari ke padang. Izzati mengetap gigi melihat keadaan itu manakala Aisyah membuat muka geram dan Aira pula mengeluh.
"Sempat!"
Twin hanya tersengih apabila mendengar suara yang sayup-sayup kedengaran itu. Sengihan mereka mati apabila terkenang akan sesuatu. Mereka berada dalam posisi bersedia.
"Aku mahu mereka tahu..."
"...aku tak lemah!!"
Aisyah, Izzati dan Aira tersenyum sinis mendengar suara yang bergema di stadium.
"Kamu berdua tak lemah!"
Anak panah diambil dari beg yang berada di belakang lalu....
....
"Tahniah twin!"
Twin yang baru duduk dipeluk dengan erat. Kesakitan cuba ditahan agar sahabat mereka tidak perasaan.
"Ini usaha kita juga," ujar Maira sambil tersenyum.
"Nara. Teman aku pergi bilik rawatan sekejap."
"Baik!"
Di bilik rawatan
"Huhu... Nasib baik darah tak kena lengan baju hoodie," bebel Nara apabila melihat darah membasahi lengan baju sukan berwarna kelabu.
"Aku lagi pula, cedera dekat bahu," ujar Maira sebelum menutup pintu bilik. Nara mengangkat bahu sebelum masuk ke dalam bilik lain.
Selepas mereka selesai membersihkan luka, mereka kembali semula ke tempat tadi.
"Jom balik," ajak Aisyah seraya mencapai beg sandang berwarna hitam miliknya.
Mereka melangkah pergi, meninggalkan kawasan stadium. Nara mengelamun ketika mereka berempat bersembang. Mereka berempat berhenti sebelum menoleh apabila melihat Nara tiada bersama.
"Tapi aku tak boleh balik dengan korang. Aku kena pergi tempat lain sebab aku ada hal sikit," ujar Nara sebelum memakai hoodie berwarna hitam dan tertera di belakang hoodie itu perkataan Twin.
"Ala... Aku baru ingat nak raikan kejayaan kita dengan kek coklat dan kek cheese," ujar Aira dan Izzati.
"Tinggalkan aku kek cheese dua potong."
Nara berlari menuruni tangga. Dia perlu cepat. Jika terlambat, barang yang ingin dibeli akan habis.
"Pakcik, boleh pandu lebih laju? Saya perlu sampai di sana dengan segera."
"Boleh. Kenapa kamu kelihatan tergesa-gesa? Barang apa yang kamu ingin beli?"
"Saya nak beli beberapa utas rantai untuk sahabat dan adik saya. Saya mahu hadiahkan mereka rantai atas kejayaan kami."
"Begitu rupanya... hati-hati di sana."
....
"Mereka tentu suka hadiah ni," ujar Nara sambil melihat beberapa kotak di dalam sebuah beg. Dia tersenyum sendirian. Tanpa dia sedar, kakinya berjalan menghampiri jalan raya.
PIN!!
Dia sempat menoleh seketika sebelum dia dilanggar. Dia memeluk beg tersebut dengan erat. Dia tidak mahu rantai itu calar walau sedikit pun. Dia mengerang kesakitan apabila belakang badannya terseret di atas jalan tar.
Pemandu yang melanggar Nara segera mendukung Nara sebelum meletakkan Nara di tempat duduk belakang. Nara dijaga oleh seorang remaja lelaki.
Gelas yang ingin diletakkan semula di atas meja, jatuh lalu pecah. Maira tersentak. Dia dapat merasakan sesuatu telah terjadi kepada Nara.
"Maira!!"
Suara Aisyah yang memanggil namanya ialah suara terakhir yang didengar sebelum dia pengsan.
Di hospital
"Macam mana keadaan Nara?"
"Kamu siapa?"
"Saya Maira, adik kembar Nara."
"Doktor kata keadaan dia kritikal. Kedua-dua belah tangannya patah, kaki kanannya terseliuh manakala kepalanya terhentak dengan kuat di jalan raya."
Berita yang diterima sebentar tadi membuatkan Maira terduduk sebelum menangis di bahu Aisyah. Remaja lelaki yang berada bersama Nara di belakang menghulurkan dua beg yang dibasahi dengan darah. Satu beg yang berisi rantai manakala satu beg lagi ialah beg sandang Nara.
"Nara suruh aku bagi kau jika dia tidak sedarkan diri."
Izzati mengambil beg sandang Nara manakala Aira pula mengambil sebuah beg lagi. Mereka berempat terkejut melihat isi kotak tersebut. Sebelum pertandingan berlangsung, mereka ada berbual ingin membeli rantai yang sama. Tetapi mereka tidak menyangka Nara lebih cepat bertindak.
"Kenapa? Kenapa kau buat macam ni?" tanya Maira dalam tangisan.
"Maira...."
Maira menoleh ke belakang. Dia melihat ibu dan ayahnya sedang berjalan.
"Ibu... Nara..." adu Maira sebelum menangis. Maira dipeluk dengan erat. Ayah Nara menarik nafas. Ada sesuatu yang perlu anaknya tahu. Dia tidak mahu anaknya terus hidup dalam penipuan.
"Kamu perlu tahu sesuatu perkara. Sesuatu perkara yang sepatutnya kamu tahu sejak dulu."
"Apa maksud ayah?"
Tbc
30/12/18