Pinky promise?

50 2 0
                                    

SEORANG gadis bertopi mengeluh sebelum meletakkan beberapa helai kertas di atas meja. Dia tersenyum apabila melihat gambar seorang lelaki.

"Luke, kenapa kau tak pernah hubungi aku langsung? Kau dah ada orang lain ke?"

"Isya!" Isya mengelap air mata sebelum menoleh dan mengukir senyuman. 

"Jom gerak," kata mama Isya tanpa menyedari mata Isya bengkak.

Isya memejamkan mata sebelum merebahkan badan di atas katil. Tangan diletakkan di atas kepala sebelum dia merenung siling biliknya. Air mata yang bergenang, dibiarkan turun. Isya mencapai telefon di atas kepala sebelum kenalan ditekan. Nama kawan baiknya dicari sebelum ditekan.

"Siapa ni?" Isya melopong sebelum melihat skrin telefon.

"Pukul berapa budak ni tidur?" gumam Isya sebelum meletakkan telefon di sebelah telinganya.

"Guess what?"

"Apa dia? Aku nak tidurlah, esok aku sibuk," balas Mia perlahan. Mungkin kantuk masih bersisa walaupun di siang hari.

"Kau nak tahu ke tak nak?" Isya terdengar bunyi benda jatuh apabila dia menaikkan suaranya. Tak lain dan tak bukan, mesti Mia.

"Apa dia?" Mia menguap seketika.

"Aku ada depan rumah kau." Panggilan dimatikan sebelum Isya menekan loceng. Mia membuka pintu sebelum melopong. Isya menggelengkan kepala sebelum menolak Mia ke dalam rumah.

"Aku tak percaya aku berkawan dengan kau," ujar Isya selepas membelek pakaian Mia dari atas ke bawah.

"Jangan sentuh barang aku sementara aku mandi!" Isya menguap tanda tidak kisah dengan jeirtan sahabat baiknya itu.

Isya membelek beberapa bingkai gambar yang berada di sebelahnya. Dia tersenyum apabila melihat gambar mereka berempat, selepas itu dia mengambil bingkai gambar yang terakhir. 

"Aku dah siap, jom keluar!" Bingkai gambar itu dirampas sebelum diletakkan di tempatnya semula. Mia menarik lengan Isya yang tercengang supaya bangun. Mia menoleh sekilas ke belakang untuk memastikan bingkai itu berada di bawah sofa. Dia takut, Isya akan kembali seperti dulu.

"Luke. Cepatlah ingat," gumam Mia.

....

MIA mencari kelibat seseorang selepas melihat jam di tangannya.

"Kalau tak lambat bukan dia orangnya." Mia berpeluk tubuh sebelum mendengus.

Zyan melambai ke arah Mia sebelum berhenti. Sebelah kening dijongketkan apabila dia dijeling.

"Apa salah aku?" tanya Zyan pelik.

"Kalau kau nampak pelajar perempuan yang pakai sport shoes warna biru putih dan memakai fingerless gloves, bagitahu aku. Aku ada hal yang perlu diselesaikan dengan dia." Zyan mengerdipkan mata beberapa kali selepas Mia beredar.

"Apa yang..."

"Wah! Skyris datang sekolah kita!" Zyan melompat ke tepi untuk menyelamatkan diri.

"Kenapa kau tolak aku?" tanya Luke bengang.

"Skodeng jom," ajak Zyan. Tanpa menunggu balasan, Zyan menolak Luke ke hadapan. Luke menjeling Zyan yang berada di belakang.

"Skyris!" Seorang gadis bertopi putih dikerumuni oleh beberapa orang pelaja lelaki dan perempuan. Gadis itu melayan kehendak peminatnya. Zyan tersentak selepas meneliti pemakaian gadis itu sama seperti jangkaan Mia.

"Kenapa kau tengok perempuan tu?" tanya Luke bingung. Dia berdiri agak jauh sebelum menjawab panggilan telefon. Zyan kaget apabila gadis itu menghampirinya.

Our StoryWhere stories live. Discover now