Hey twin, stay qowiy! Part 4

27 3 0
                                    

Beberapa tahun kemudian

"Esok Nara kena teman saya pergi stadium. Bukan kerana ada perlawanan bola sepak. Tetapi mereka menjemput kita untuk menghadiri majlis ulang tahun keenam stadium itu dibina."

Nara menggaru kepala yang tidak gatal apabila disuruh menemankan Ceo itu ke sebuah stadium pada esok hari.

"Kenapa saya yang kena teman tengku? Kenapa tengku tak minta akak-"

"Tengok muka saya. Bila saya kata A, mesti A juga."

"Kalau saya kata B? Pergi lunch jom? Saya lapar dengar tengku membebel selama tiga puluh minit," ujar Nara dengan muka kesian. Tengku Aiman menggelengkan kepala melihat kerenah personal assistantnya itu. Entah di mana papanya jumpa gadis yang berperangai kebudak-budakan ini.

"Papa... Papa... Mana papa jumpa budak ni? Dia saja yang berani mencabar kesabaran Aiman," gumam Tengku Aiman perlahan.

Dia sahaja yang berani mencabar kesabaran Tengku Aiman. Hanya dia yang berani membantah keputusan yang dibuat oleh Tengku Aiman. Hanya dia sahaja yang mampu  bertekak dengan Tengku Aiman. Hanya dia, Nik Aria Raihana. Namun, Tengku Aiman mengenali Nik Aria Raihana sebagai Nara. Dia tidak tahu identiti sebenar Nara.

"Baiklah. Tapi sebagai ganti, Nara kena teman saya ke stadium, boleh tak?" tanya Tengku Aiman dengan sebelah kening dijongketkan.

"Yeay! Sayang tengku!" Nara bersorak sambil bertepuk tangan. Tengku Aiman menggosok belakang tengkuk seraya memandang tempat lain.

"Nara nak makan dekat mana?"

Nara berfikir sebelum mengukir senyuman manis. Tengku Aiman menggelengkan kepala melihat Nara tersenyum sendirian.

"Saya tahu satu tempat yang agak menarik. Tengku mesti suka."

"Kenapa saya rasa saya akan menyukai tempat tu?"

....

"Kenapa Nara pandang saya macam tu? Muka saya ada tepung ke?" tanya Tengku Aiman sebelum mengambil sapu tangan untuk membersihkan kotoran.

"Tak. Kenapa tengku tak cakap kita datang sini?" tanya Nara dengan nada geram. Dia memukul perlahan lengan Tengku Aiman.

"Saya cakap la. Nara yang mengelamun."

'Aku ada di sini. Tempat aku dan mereka berlatih dulu. Kenapa?'

"Jangan nangis." Tengku Aiman panik apabila Nara mengalirkan air mata.

"Saya nak jumpa mereka, boleh tengku temankan saya?" tanya Nara dengan nada berharap. Tengku Aiman mengangguk.

Sementara itu

"Maira. Siapa lelaki tu?" tanya Aira selepas melihat lelaki yang duduk di bangku berhampiran dengan mereka.

"Bos aku. Aku PA dia," balas Maira dengan malas.

"Kenapa kau tinggalkan dia seorang diri?" tanya Aisyah sebelum menyuap nasi ke dalam mulut.

"Dia sakat aku. Mana aku tak marah. Kalau Nara ada, mesti dia-"

Mereka berempat tersentak. Tanpa dipinta, air mata mengalir. Mereka cuba mengelap air mata namun air mata masih turun bagai air terjun lalu mereka menangis teresak-esak.

Tears, tears go away,
Come again another day,
Little Zaty want to smile,
Tears, tears go away.

Our StoryWhere stories live. Discover now