Bab 4

375 22 2
                                    

"STONEHENGE?"

Suara Zea yang tiba-tiba naik seoktaf itu membuatkan beberapa pasang mata pelajar perempuan lain yang duduk berhampiran dengan dia dan Jiyan di kawasan kantin sekolah memandang ke arah mereka berdua dengan pandangan pelik tetapi tidak lama apabila masing-masing kembali menghadap makanan di depan mata.

"Yang suara kau bukan main kuat lagi macam tertelan mikrofon ni dah kenapa?" soal Jiyan dan ditampar perlahan bahu Zea.

"Kau ni kejam sangat sampai panggil Han tu Stonehenge. Walaupun hari tu aku nampak jiran kau tu dari jauh je tapi instinct aku merasakan yang dia berganda-ganda lagi hensem daripada batu Stonehenge yang keras kejung tu." Jawab Zea sambil tergelak-gelak kecil.

"Masalahnya, dia tu hensem kalau dia reti senyum je," gumam Jiyan perlahan dan kembali menyuap bihun goreng ke dalam mulut. Masa rehat hanya selama dua puluh minit jadi dia perlu cepat-cepat menghabiskan makanan dari dalam pinggan.

"Apa dia? Aku dengar kau ada sebut perkataan hensem tadi," usik Zea. Pinggan makan yang sudah kosong ditolak ke tepi sebelum pandangan mata kembali menatap wajah Jiyan yang mulutnya sudah penuh dengan bihun goreng.

"Apa? Apa? Siapa yang hensem?" sampuk satu suara dari arah belakang dan terus sahaja duduk di sebelah Jiyan.

"Yang pastinya bukan kau." Jawab Zea pantas dengan mata yang dijulingkan ke atas. Terus Ayie mencebik.

"Korang cakap pasal siapa?" soal Ayie dan kali ini cuba memancing jawapan daripada Jiyan pula.

"Kitaorang tengah cakap pasal Stonehenge. Eh, kau ada bawak tak bahan kerja kursus kau tu?" Cepat-cepat Jiyan menukar topik perbualan sebelum Ayie bertanya yang bukan-bukan.

"Mestilah ada tapi ada kat dalam kelas aku sebab aku takut korang tak ada kat kantin ni. Lepas korang habis makan ni, ikut aku kejap pergi kelas aku." Balas Ayie. Terus dia jadi lupa untuk menyambung soal tentang Stonehenge.

"Zea ajelah yang ikut kau pergi kelas kau. Aku nak kena jumpa Cikgu Adawiyah kat bilik guru lepas ni," Jiyan menolak pinggan dan gelas yang sudah kosong ke tepi.

"Kenapa kau kena jumpa Cikgu Adawiyah pulak? Tamau aku ikut mamat ni pergi kelas dia kalau kau tak ada," pintas Zea dan disambut oleh reaksi wajah Ayie yang jelas tidak puas hati.

"Aku bukannya nak ajak tukar bahan dengan kau pun. Kau tak payah nak perasan sangatlah." Jawab Ayie geram.

"Isy, korang ni macam Tom and Jerry tahu tak. Pantang jumpa je nak bergaduh padahal dalam hati tu sebenarnya kisahkan satu sama lain," balas Jiyan dan tergelak-gelak apabila Zea dan Ayie sudah serentak menjeling dia dengan tajam.

"Cikgu Adawiyah nak jumpa kau pasal result pre-trial SPM tu ke?" soal Zea dan Jiyan menganggukkan kepala lambat-lambat.

"Kenapa dengan result Add Math kau?" soal Ayie pantas.

"Tak berapa nak okey. Kau pun tahu aku macam tak suka eh Add Math tu yang tak suka aku," jawab Jiyan sambil menggaru pipi sendiri yang tidak gatal.

"Tak berapa nak okey tu maksudnya teruk sangat ke?" soal Ayie lagi.

"Ehhhh...kepochilah kau ni, Ayie!" Marah Zea tetapi Ayie hanya tayang riak wajah selamba.

"Aku dapat C." Beritahu Jiyan perlahan sambil tersenyum tawar memandang Ayie. Dia sebenarnya sedang memikirkan macam mana dia nak bagitahu babah dia di rumah nanti. Babah memang seorang yang sangat tegas jika membabitkan hal pelajaran anak-anak. Disebabkan itulah Jiyan mula terasa kecut perut walaupun dia masih belum berada di rumah tetapi dia sudah terbayang-bayang wajah babah yang pastinya serius nanti. Entah apalah yang patut dijawab kepada babah sebentar nanti.

"Tak adalah teruk sangat result kau, Jiyan. Aku pun dapat C jugak," balas Ayie sambil menjungkitkan kening. Buat saspens betul sepupunya ini. Ingatkan Jiyan gagal tadi.

"Aku rasa macam nak gelak dan menangis at the same time bila dengar kau cakap macam tu. Tolonglah cakap yang kau sebenarnya cuba nak menenangkan hati aku kan?"

Tergelak-gelak Ayie memandang riak wajah Jiyan yang sedang serius.

"Kau tengah tak tenang sebab tengah fikir nak jawab apa dekat pak su balik nanti kan?"

"Babah aku tu paling kureng dia boleh terima gred B je. Itupun jenuh aku nak kena justify kenapa aku tak boleh dapat A."

"Yalah dah kau kurang study memanglah tak boleh nak dapat A. Melainkan kalau kau jenis otak pandai bergeliga."

Jawapan selamba Ayie menyebabkan Jiyan dan Zea serentak memukul bahu dia menggunakan beg duit masing-masing.

***

"OKEYLAH, BABAH dah sepakat dengan mama."

Sebaris ayat yang dituturkan dengan tenang oleh Encik Yusuf membuatkan anak mata Jiyan yang sejak tadi merenung karpet tebal di ruang tamu naik memandang wajah babahnya yang sedang duduk di sofa berhadapan dengan dia.

Leganya dia rasa kerana ini barulah sepakat membawa berkat! Babah tidak menyoal-siasat dia dengan berlebihan apabila diberitahu tentang markah subjek Add Math dia sebentar tadi. Agak-agaknya babah dah sepakat dengan mama supaya tak marah dia? Atau sepakat untuk terima yang dia dan subjek Add Math memang tak ngam langsung? Tak kisahlah, yang penting kali ini dia selamat.

"Weekdays nanti akak teruskan pergi kelas tuisyen macam biasa. Weekend pula kalau Han ada balik sini, akak boleh study dengan Han pulak."

Say whattt? Study dengan Han? Study dengan mamat muka stone tu? Telinga dia tersalah dengar ke?

"Han nak ajar akak ke babah?" soal Jiyan bagi memastikan sepasang telinga dia masih berfungsi dengan baik.

"Haah dan akak akan mula weekend ni sebab Han ada balik sini sebab dia akan mula short break." Jawab Encik Yusuf.

"Babah, kat kelas tuisyen pun cikgu akan discuss pasal past year exams jugak. Jadi akak rasa tak perlu kut kita susahkan Han sampai dia kena jadi cikgu bidan terjun akak pulak," pujuk Jiyan sambil tersenyum manis supaya Encik Yusuf membatalkan rancangan sepakat yang tak berapa nak membawa berkat itu.

"Babah dah tanya dengan Han sendiri semalam dan Han yang setuju dengan senang hati."

Erk! Masalahnya hati Jiyan yang tak berapa nak senang sekarang ini.

"Tapi babah..."

"Kalau akak segan nak tanya apa yang akak tak faham dekat kelas tuisyen sebab ada ramai orang; akak boleh tanya dengan Han nanti. One to one coaching session ni lagi senang akak nak faham nanti," sokong Puan Saleema dan saling berbalas senyum dengan Encik Yusuf.

"Tapi, kita tak kacau study Han tu ke sebab mama jugak yang cerita ini semester akhir dia. Result exam semester ni penting sebab akan menyumbang sama ada dia boleh fly to UK ke tak nanti." Jiyan mencuba nasib sekali lagi untuk memujuk mama dan babahnya.

"Babah dah tanya Han betul-betul dan Han kata subjek SPM akak ada yang berkaitan dengan subjek A Levels dia jugak. Katanya dah jadi macam revision session untuk dia at the same time." Jawapan Encik Yusuf membuatkan Jiyan terus mati akal.

Hero Untuk Jiyan (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now