Bab 14

374 27 12
                                    


BUKU tebal yang ada di atas rak buku yang terletak di tepi kepala katil diambil dan bahagian tengah buku dibuka sebelum beberapa kelopak bunga lilac ungu yang sudah kering ditarik keluar daripada bahagian tengah buku. Dengan penuh berhati-hati, Jiyan menyusun kelopak bunga lilac ungu yang sudah kering akibat berminggu-minggu disimpan di dalam buku; di atas kertas khas. Sebatang pen hitam diambil dan dia mula menulis tiga huruf di bahagian bawah kertas, Terus dia bangun daripada kerusi dan menuju ke study room di tingkat bawah yang menempatkan mesin laminate.

Jiyan angkat tinggi 'hasil seninya'; pressed flower bookmark yang menggunakan bunga lilac ungu. Lubang ditebuk di bahagian atas kertas sebelum sehelai reben diikatkan disitu.

"Perfect!" Melebar senyumnya melihat nama Han yang terukir di bahagian bawah penanda buku.

"Kakak, Apit nak pinjam akak punya kalkulator kejap."

Kelam-kabut Jiyan menyembunyikan penanda buku yang mahu dihadiahkan kepada Han di belakang tubuh apabila tiba-tiba sahaja Shafiq merempuh masuk ke dalam study room disebabkan dia lupa untuk menutup pintu sebentar tadi.

Gelagat Jiyan yang nampak gelisah itu membuatkan Shafiq berasa pelik. ditambah pula dengan tangan kanan Jiyan yang disorokkan di belakang tubuh.

"Hah, akak sembunyi apa dekat belakang tu?" soal Shafiq dan melangkah menghampiri Jiyan.

"Tak ada apalah." Jawab Jiyan dan menelan liur apabila Shafiq semakin menghampiri.

"Ni mesti ada apa-apa ni." Shafiq mengecilkan mata dan cuba mengintai apa yang sedang disembunyikan oleh Jiyan.

"Akak masuk sini tadi dan terjumpa lipas mati kat bawah meja babah ni." Bersungguh-sungguh Jiyan bercerita. Dia menyembunyikan senyum lega apabila perasan raut wajah Shafiq sudah berubah menjadi pucat.

"Lipas? Seriuslah akak pegang lipas mati?" soal Shafiq dengan sepasang mata yang sudah membulat. Dia memang takut dengan lipas.

"Haahlah. Apit nak tengok sangat kan tadi? Nah, akak bagi tengok." Perlahan-lahan Jiyan menarik tangan kanan dari belakang tubuh.

"Eee... tak nak! Pengotorlah akak ni!" Terus Shafiq berlari keluar dari study room dan mendapatkan Puan Saleema di ruang tamu. Jiyan sudah ketawa terkekek-kekek melihat Shafiq yang sudah pucat wajahnya sebentar tadi.

"Tak sabarnya nak bagi ni dekat Han!" Sekali lagi dipandang penanda buku di tangan dengan senyuman melebar.

***

JIYAN MELIHAT skrin telefon Samsung sekali lagi tetapi masih tiada balasan pesanan Whatsapp yang dihantar kepada Han sebelum dia keluar dari rumah untuk datang berjumpa dengan Han di INTEC. Disebabkan peperiksaan akhir Han yang semakin dekat, Han berhenti menjadi 'tutor bidan terjun' Jiyan buat sementara waktu.

"Boleh tulis nama, nombor IC dengan nombor telefon dekat dalam buku pelawat ni." Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal di pintu masuk INTEC menghulurkan buku daftar masuk pelawat kepada Jiyan.

"Terima kasih, pak cik." Buku yang sudah siap ditulis dipulangkan semula dan Jiyan kembali memerhatikan para pelajar yang keluar dan masuk di depan mata sehinggalah dia perasan Kid yang lalu di situ dengan menaiki motorsikal.

"Abang Kid!" Riang suara Jiyan memanggil Kid yang nampak terpinga-pinga seketika.

"Jiyan? Najihan?" tegur Kid tidak percaya dan memberhentikan motorsikalnya di tepi sebelum berlari anak mendapatkan Jiyan.

Hero Untuk Jiyan (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now