Bab 9

212 20 1
                                    

PANDANGAN mata Han tidak lepas memerhatikan Naail dan kawan-kawannya yang sedang bermain bola keranjang selepas tamat sahaja perlawanan antara kelas tadi. Laju sahaja Naail mengangkat tangan ke arah dia yang sudah duduk bersila di tepi gelanggang bola keranjang kerana Naail yang merupakan jiran sebelah bilik itu memang peramah walaupun mereka berlainan kelas.

"Nah, air untuk kau."

Han mengalihkan pandangan mata daripada gelanggang bola keranjang dan kelihatan Nuqman sedang menghulurkan sebotol air 100 Plus kepada dia. Patutlah tiba-tiba hilang; rupa-rupanya pergi beli air.

"Thanks, Man." Botol air 100 plus disambut sebelum dia menoleh ke arah Kid yang sejak tadi hanya senyap di sebelah. Sejak tadi Kid menuam buku lali yang bengkak disebabkan tersadung kaki pihak lawan sewaktu perlawanan bola keranjang antara kelas sebentar tadi. "Kaki kau okey tak tu, Kid?"

"Sakit gila. Kalau aku tak boleh nak jalan balik bilik kejap lagi, boleh tak kau tolong dukung aku ala-ala princess?" balas Kid sambil menyengih.

"Kau ingat kau tu ringan ke, Kid? Nanti aku pinjam kereta sorong Pak Hassan dan sorong kau guna tu ajelah. Tak pun, aku pegang kaki kau dan Nuqman pegang kepala kau. Kitaorang tarik kau sorang sikitlah sampai ke bilik." Jawab Han dan disambut oleh tawa Nuqman. Dia, Kid dan Nuqman merupakan rakan sebilik merangkap rakan sekelas juga memandangkan masing-masing di bawah tajaan MARA.

"Sampainya hati korang!" Balas Kid dan Han hanya ketawa bersama-sama Nuqman.

"By the way. malam nanti aku tak ikut korang makan dekat tempat biasa tau." Beritahu Nuqman dan melabuhkan duduk di atas bangku panjang bersebelahan dengan Han.

"Family kau datang nak bawak kau dinner ke?" soal Kid.

"Haah. Result trial SPM kan keluar semalam jadi adik bongsu aku tu dengarnya dapat semua A. Mesti dia minta parents aku bawak pergi makan kat tempat favourite dia." Cerita Nuqman dan seraut wajah Nina yang manja itu terbayang di hadapan mata.

"Eh, Han! Kau tak tau ke yang result trial SPM dah keluar?" soal Kid.

"Kenapa Han nak kena tau pulak? Kau mana ada adik yang ambil SM sebab kau kan yang bongsu dalam adik-beradik kau." Komen Nuqman kepada Han. Berkerut-kerut dahinya memandang Han yang sedang ralit dengan telefon bimbit di tangan.

"Han memanglah tak ada adik tapi dia ada anak murid." Mulut Kid yang ringan bercerita itu membuatkan Han menyimpan Samsung ke dalam poket seluar sukan. Dipandang tajam Kid yang sedang tersengih-sengih itu.

"Anak murid apa pulak ni? Kenapa aku tak tahu apa-apa?" soal Nuqman lagi. Dipandang kedua-dua Han dan Kid silih berganti.

"Kau perasan tak lately ni bila weekend je Han rajin balik rumah parents dia? Dah tak ada dah dia nak join kita main basketball bila time weekend macam dulu-dulu." Balas Kid lagi. Sengaja dia buat-buat tidak nampak Han yang sudah menjegilkan mata ke arah dia.

"Perasan jugak tapi aku ingatkan sebab Han homesick. Tu yang selalu sangat dia balik rumah parents dia. Walaupun Han nampak macam acah-acah macho; mana tahu sebenarnya anak manja kat rumah" Jawab Nuqman dan memandang ke arah Han.

"Homesick apanya dah tua bangka macam ni? Han rajin balik rumah sebab dia jadi tutor untuk jiran sebelah rumah dia. Jiran sebelah rumah Han tu pun ambil SPM tahun ni jugak macam Nina," cerita Kid lagi dan terus ketawa apabila seraut wajah Han sudah berubah.

Hero Untuk Jiyan (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now