BUNYI kuat yang datangnya daripada kalkulator yang sedang ditekan oleh Jiyan yang duduk di sebelahnya membuatkan Zea yang asyik melakar design baju kebaya dengan corak batik di atas sketch book itu berhenti melukis. Cikgu Nisa yang sepatutnya mengajar subjek Bahasa Inggeris tidak hadir dan tiada guru ganti yang masuk ke kelas mereka. Jadi, suasana di dalam kelas sangat riuh-rendah sehinggakan ketua kelas mereka hanya membiarkan disebabkan tidak larat untuk menegah Zaim dan rakan-rakannya yang rancak bersembang di belakang kelas.
"Kau buat apa tu, Jiyan?" tegur Zea dan mengintai kertas di hadapan Jiyan memandangkan kawannya itu tekun menulis di atas kertas sejak tadi. "Eh, mana kau dapat paper Physics trial exam MRSM punya ni?"
"Mamat Stonehenge tulah." Jawab Jiyan dan kembali menulis di atas test pad sambil sesekali menyelak buku rujukan di sebelah.
"Kau ni panggil Han macam tu nanti tak berkat ilmu yang dia ajar dekat kau tau," usik Zea dan mula membelek-belek beberapa set kertas putih di hadapan Jiyan.
"Aku rasa dia tu Han Han hantuuu sunggulah!" bebel Jiyan dengan bibir yang diketap geram apabila mengenangkan apa yang sudah berlaku sepanjang hampir dua minggu Han itu menjadi tutor tak bergaji dia.
"Kenapa? Dia buat apa pulak sampai kau panggil dia Han han hantu ni?"
"Aku rasa dia macam terhibur pulak dera aku buat banyak-banyak soalan ni sampai aku rasa nak termuntah. Dahlah bila aku ada buat salah, dia akan seronok gelakkan aku dulu sebelum dia ajar kat mana yang aku salah. Kecik besar kecik besar je aku tengok dia tu tau," cerita Jiyan dengan hidung yang sudah kembang kempis apabila membayangkan riak wajah Han yang sedang menggelakkan dia itu.
Zea terus ketawa sambil menepuk-nepuk perlahan bahu Jiyan.
"Bukan ke hari tu kau baru je puji dia yang dia belikan roti bakar Pelangi favourite kau tu?"
"Aci tak aku nak tarik balik pujian tu?"
Zea ketawa lagi sebelum ditepuk perlahan bahu Jiyan kembali. "Kalau Han dah suka mengusik kau macam tu; maknanya dia tu tak adalah Stonehenge sangat pun kan? Sekurang-kurangnya dia memang baik sebab nak tolong ajarkan kau. Aku ni kalau tanya abang aku yang nombor dua tu soalan yang aku tak reti nak jawab; angah aku tu boleh buat-buat tidur. Memang bikin sakit hati betul."
"Ala, daddy kau kan memang siap hire private tutor lagi untuk kau."
"Tapi cikgu aku tu perempuan. Kau dapat Cikgu Han yang hensem."
Terus Jiyan membulatkan mata memandang Zea yang sedang tersengih lawa. "Mana kau tahu Han tu hensem ke idok?"
"Eh, aku kan pernah terserempak dengan Han waktu datang rumah kau untuk tengok recording konsert Super Junior minggu lepas. Sebab itulah aku cakap yang Han tu the guy with Duchenne smile. Tak baik kau cakap dia mamat Stonehenge."
"SPM pun tak habis lagi tapi dah pandai menggatal! Nah, ambik satu set soalan exam ni dan tolong buat." Sebelah tangan Jiyan laju sahaja meletakkan set soalan subjek Chemistry di hadapan Zea tetapi laju sahaja Zea memulangkan semula set soalan itu kepada dia sambil tersengih.
***
TAMAT sahaja kelas kuliah Physics yang merupakan kelas terakhir pada petang Jumaat itu; Han terus bergegas balik ke bilik yang terletak di Cemara Residential College.
"Han, kau balik rumah jugak ke weekend ni?" tegur Kid dan melabuhkan duduk di kerusi meja studi. Pelik dia yang apabila tiba sahaja di bilik, Han mula mengemaskan barang-barangnya ke dalam beg galas Nike hitam.
YOU ARE READING
Hero Untuk Jiyan (SUDAH TERBIT)
RomancePertemuan kali pertama antara Jiyan dan Han tidaklah semanis mana pun. Dan... siapa sangka selepas itu, rupa-rupanya Han ialah jiran baharu sebelah rumah Jiyan. Bagaimanapun hubungan yang tidak semanis mana itu, bertukar manis dan seindah roti Pelan...