Bab 11

287 23 3
                                    

SEBAIK sahaja Jiyan dan Zea sampai di ruang menunggu tidak jauh dari balai ketibaan antarabangsa Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelihatan ramai peminat-peminat kumpulan Kpop Super Junior sudah berkumpul di situ. Ada yang datang dengan membawa kamera besar, ada yang membawa lightstick Super Junior yang berwarna biru, ada yang memegang kain rentang, ada yang membawa poster dan pelbagai gelagat lain yang ada di situ. Suasana yang sedikit riuh menyebabkan beberapa orang polis bantuan sudah bersedia di situ untuk mengawal keadaan.

"Aku rasa macam kelakar pulaklah, Zea." Bisik Jiyan perlahan sebaik sahaja mereka mendapat tempat duduk.

"Apa yang kelakar?" soal Zea sambil membawa keluar kamera DSLR dari dalam beg. Gigih dia belajar bagaimana untuk menggunakan kamera ini dengan abang ngah dia malam tadi.

"Scene tunggu artis kat airport ni selalunya aku nampak kat dalam video Youtube je. Tak sangka kita pun buang tabiat buat benda yang sama jugak," komen Jiyan sambil sesekali anak mata menerawang memandang para peminat yang kebanyakan terdiri daripada perempuan.

"Kalau dekat Korea Selatan sebenarnya lagi dahsyat. Kat KLIA ni dikira sebagai terkawal lagi sebab peminat kat Malaysia ni behave sikit. Kalau kat sana, memang havoc sampai kalau dah tak terkawal tu, diaorang main tolak-tolak dan rempuh aje artis kat sana. Tu belum lagi ada peminat yang buat kerja gila pergi kejar artis tu sampai ke rumah atau hotel."

Jiyan tidak membalas sebaliknya ralit membaca pesanan Whatsapp yang baru dikirim oleh Ayie.

"Kenapa, Jiyan?" Zea menoleh memandang Jiyan yang sedang menatap skrin Samsung dengan dahi yang berkerut.

"Si Ayie ni sibuk tanya kita dah sampai ke belum," jawab Jiyan sambil menaip di atas kekunci telefon berjenama Samsung.

"Kaki kepochi sungguhlah." Zea mencebik geram.

"Aku rasa Ayie tu risaukan kau kut. Bila aku cerita yang Suzu tu sebenarnya Super Junior, membebel-bebel mamat tu pagi tadi. Dia kata kita ni macam tak ada kerja lain nak dibuat sampai nak buang masa tunggu artis kat airport ni."

"Aku rasa kalau Cristiano Ronaldo datang KL; entah-entah si Ayie tu siap berkampung lagi kat KLIA ni." Cebik Zea kerana dia tahu yang Ayie sangat meminati pemain bola sepak itu.

"Daddy kau tak tanya ke kau nak pergi mana hari ni?" soal Jiyan.

"Bila aku cakap yang aku nak keluar dengan kau, daddy dah tak tanya lebih-lebih dah. Lagipun pagi tadi daddy aku tengah sibuk bersiap nak pergi Jakarta. Aci tak malam ni aku nak tidur kat rumah kau sebab rumah aku tak ada orang malam ni." Cerita Zea.

"Ala, datang ajelah Zea. Macam kau tak biasa pula datang tidur rumah aku. Babah dengan mama aku pun tak kisah," balas Jiyan dan dipaut mesra bahu Zea.

Sejak mummy Zea meninggal dunia empat tahun lepas akibat barah rahim, Zea memang rapat dengan keluarga Jiyan yang sudah menganggap Zea sebagai ahli keluarga sendiri. Jiyan mula rapat dengan Zea pada hari pertama Zea berpindah ke sekolah menengah yang sama dengan dia empat tahun lepas dan mereka duduk bersebelahan di dalam kelas sehinggalah hubungan persahabatan mereka semakin erat sehingga hari ini. Bak kata abang-abang Zea; Jiyan dan Zea itu adik beradik yang lain mak dan lain ayah.

"Jom, Jiyan. Kalau Kak Lilo dah menerpa pergi sana maksudnya Suju dah sampai dah tu." Zea sudah bangun daripada duduknya dan ditarik perlahan tangan Jiyan supaya turut sama berdiri.

"Kak Lilo tu siapa? Kartun Lilo and Stitch aku tahulah." Jiyan turut sama bangun dan mengikut langkah Zea.

"Kak Lilo tu presiden fan club Super Junior Malaysia a.k.a ELF Malaysia. Jom, Jiyan. Orang dah start berkerumun tu."

Hero Untuk Jiyan (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now