Kasih Jiran

12 1 0
                                    

Hari berganti hari, sudah lama rasanya si Aira tidak pulang ke kampung menjenguk Nek Fa. Rindu juga si Nek Fa terhadap dirinya. Janjinya dulu mahu sentiasa pulang ke kampung melawat Nek Fa jika cuti semester. Tetapi hakikatnya, hanya berkata di mulut sahaja. Kecewa juga hati Nek Fa.

Sepanjang Aira belajar di New York, sekali sahaja sempat dia pulang ke kampung. Setelah 3 tahun disana, tiada pula dtg menjenguk2 Nek Fa. Tidak rindukah dia ? Telefon pun jarang angkat. Katanya sibuk dengan assignment.

Nek Fa saban hari, semakin tua. Sakit tua itu pasti datang jika tidak dirawat dgn baik. Sudah 2 tahun Nek Fa alami kanser. Dia amat terkejut semasa pertama kali mengetahui perkara itu setelah checking di Hospital Besar tempoh hari. Itupun Hakimi, anak Pak Abu (jiran kampungya) yg membawa ke hospital setelah dapati Nek Fa batuk teruk sehingga berdarah.

Hakimi merupakan anak yg baik. Dia sentiasa menjenguk Nek Fa jika Nek Fa memerlukan apa apa bantuan. Dia pernah juga mencadangkan supaya Nek Fa tinggal sahaja dirumahnya. Tetapi Nek Fa menolak pelawaan tersebut. Dia lebih selesa tinggal di rumahnya sahaja.
Kimi pernah menyukai Aira suatu ketika dahulu, Tetapi Aira menolak kerana merasakan dirinya yg hodoh tidak sesuai utk lelaki spt Kimi. Mereka di sekolah dahulu selalu juga bersaing utk mendapatkan markah yg tertinggi di dalam kelas kerana kedua2 nya memiliki kemahiran dan kepintaran masing2.

Kini, Kimi bekerja sebagai pengusaha yg berjaya di kampung itu. Dia membuka syarikat dan cawangan sendiri setelah menamatkan pembelajaran di UITM, Shah Alam. Hidupnya agak senang, malah dia tidak pernah sesekali sombong. Dia kini sudah hampir 2 tahun mendirikan rumah tangga bersama seorang mualaf tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata.

Walaupun demikian, dia tetap sabar dan sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yg baik suatu hari nanti.

Cinta PendosaWhere stories live. Discover now