Kehadiran Qaisara

6 1 0
                                    

   Setelah beberapa hari tinggal di rumah Pak Abu dan Mak Tom, (mak dan ayah Kimy) Aira semakin selesa dan rajin membantu mereka di rumah. Sejuk juga hati mereka, takdek lah sunyi sangat duduk di rumah ini. Ada jugalah teman yg nk diajak borak. Mak Tom begitu suka dgn kehadiran si Aira yg begitu peramah serta prihatin terhadapnya. Pak Abu dan Mak Tom sudah menganggap Aira itu seperti anak mereka sendiri. Almaklumlah anaknya si Kimy itukan boss, sudah tentu selalu sibuk.

Aira sememangnya dari dulu baik budaknya, cuma dia cepat terpengaruh dgn dunia luar. Sayang, kalau betul ii dijaga lah budak ni, pasti sekarang sudah mahu tamat belajar di New York. Tetapi apakan daya, tiada rezeki agaknya. Mak Tom kadang2 ada juga tersasul menanyakan Aira sudah mempunyai calon atau belum kerana dia ingin juga mempunyai menantu lelaki yg boleh diharap. Kalau2 nanti dapat menimang cucu. Kira okay lah walaupun bukan cucu kandung. Janji merasa dukung baby. Haha macam ii la mak2 mertua jaman now ni.

Malam itu, Aira hanya berbaring di dalam bilik sahaja. Entah mengapa kepalanya pening sekali. Nak kata tidak mandi, dia sudah mandi haish. Dia pun naik bingung.

    Mak Tom juga hairan dengan sikap Aira yg semakin hari semakin pelik perangainya. Kadang2 dia suka duduk luar malam2 lepastu kalau dpt makan mesti banyak, dan sampai satu tahap tu tiba2 bercakap sorang2. Ha mana tak terkejut Mak Tom dan Pak Abu.

Mereka cuba memanggil ustaz berdekatan yg pandai berubat utk merawat si Aira. Tetapi ustz tu kata, Aira baik ii saja, tiada apa ii pun yg merasuk dirinya. Takut juga la Mak Tom kalau ii anak gadis itu disantau. Haish zaman sekarang ni bahaya, asal dengki sikit je santau. Haritu, sepupunya pun pernah terkena.

Keesokkan harinya. Aira muntah2 agak teruk. Dia begitu tidak bermaya. Mukanya yg pucat kelihatan spt mayat hidup saja. Haih makin merisaukan Mak Tom dan Pak Abu ni. Mereka pun bercadang utk menghantar ke hospital saja. Setelah di rawat oleh Doktor Faizura, dia mengucapkan tahniah kepada Aira kerana sudah layak menjadi ibu!

                  *********

Whattt ??? Pregnant ????

Terkejut Kimy dan Moysa (isterinya) apabila mengetahui bahawa Aira mengandung. Mereka yg kahwin, org bujang yg dpt anak dulu. Setahunya Aira belum lagi..atau dia sudah bernikah tetapi sembunyi2 ? Mungkin juga. Atau jangan ii dia.. anggapan Kimy terhenti apabila Moysa memanggilnya.

      Mereka begitu berharap agar Aira menceritakan kisah sebenar apa yg terjadi. Perlahan2 Aira membuka ceritanya dgn tenang. Dia tahu, pasti keluarga Kimy susah utk percaya dirinya sanggup melakukan itu kerana setahu mereka Aira baik orgnya.
        Setelah mengetahui akan semua hal, Mak Tom berasa agak sedih kerana dia benar2 tidak menyangka bahawa Aira sanggup berbuat demikian. Tergamak Aira berzinar dgn bekas kekasihnya tatkala Nek Fa sungguh merinduinya. Bak kata Pak Abu, benda yg dah berlalu biarkan pergi, jgn dikenang2 spt pepatah2 melayu, ambil yg jernih, buang yg keruh.

        Kalaulah masa bisa diputar kembali, sudah tentu Aira akan bertindak lebih bijak dan tidak akan sia siakan pembelajarannya hingga mendapat segulung ijazah.

                 **********

         Setelah hampir setahun Aira tinggal bersama Pak Abu dan Mak Tom, lahirlah seorang insan baharu dalam hidupnya yg bernama Qaisara. Ya, anaknya bersama Syaz dahulu. Semasa buat tidak fikir, bila dah terlanjur baru nk menyesal.

      Kehadiran Qaisara telah membuatkan ramai yg suka padanya. Dia begitu comel seperti Aira sewaktu kecil.
Kesian sebenarnya, lahir2 tiada ayah. Kalau lah budak ni tahu dia anak luar nikah, pasti akan sedih. Almaklumlah, org lain bercinta sehingga berkahwin tetapi ibu dan ayahnya bercinta sehingga berzinar.

        Setelah Aira habis pantang, Kimy menawarkan Aira kerja di office nya. Katanya ada kosong kerana seorang pekerjanya berhenti. Aira sememangnya sudah lama mahu bekerja, tetapi itulah tiada masa. Bila sudah bersalin ni, baru lah mudah sikit utk dia bekerja. Aira tanpa byk bunyi hanya bersetuju dengan tawaran tersebut.

        
                  ********

Setelah 5 bulan bekerja, Aira kelihatan begitu sibuk sekali menyiapkan dokumen2 di pejabat. Dia selalu pulang agak lewat ke rumah. Kimy selalu juga pesan supaya balik awal, tetapi Aira lebih suka siapkan kerjanya di pejabat. Lagipun dia tidak perlu penat memikirkan Sara kerana Qaisara dijaga oleh Moysa dgn penuh kasih syg. Sebenarnya, Aira telah menyerahkan Sara kpd Moysa dan Kimy kerana dia tahu mereka sudah lama mahukan anak. Aira turut memesan agar menjaga Sara dgn baik.

         Aira bukan apa, dia tidak mahu kehadiran Qaisara menjadi buah mulut org kampung. Kalau boleh dia tak nak org kampung tahu, Sara itu anaknya.






*Okay gais, korang rase mcm mne chapter kali ni ? Best x ? Macam mane plk dgn si Syaz ? Memang dah xnk bertanggungjawab dah ke ? Klu u gais nk tahu, bacalah sampai habis*

Cinta PendosaWhere stories live. Discover now