Dugaan

8 1 0
                                    

         Aira seperti biasa bersiap ke kelas pada pukul 7.10 pagi. Enjin Motor LC yg dihadiahi kekasih lamanya dihidupkan. Sementara itu, Aira sarapan sandwich bersama telur mata kegemarannya sebelum bertolak. Semenjak hubungan Aira dgn Syaz sudah putus, mereka jarang sekali bertemu dan Aira kini, lebih suka berdiam diri.

       Setelah tiba, dia biasanya akan menunggu rakan rakannya yg lain spt Emma, Rina dan Sofea di kafe. Tetapi tidak tahu mengapa hari itu perasaannya tidak sedap dan dia ambil keputusan untuk pergi ke kelas terlebih dahulu.

     Belum sempat duduk di kerusi, tiba2 namanya dipanggil oleh Madam Hana. Dia berasa hairan. Mengapa pula namanya dipanggil ? Ada apa2 yg tidak kena kah ? Soal hatinya. Tanpa berlengah-lengah, dia terus bergegas menuju ke bilik Madam tersebut. Risau juga si Aira dibuatnya.

        Masuk sahaja ke dalam bilik itu, jantung Aira semakin laju seperti mahu tercabut saja. Walaubagaimanapun, dia cuba untuk menenangkan dirinya dan terus duduk di kerusi setelah di pelawa. Matanya membulat saat madam itu menyerahkan sepucuk surat yg dia sendiri tidak tahu apa yg terkandung di dalamnya. Aira sudah mula cuak.

        Madam itu kemudian menyuruh Aira membuka sampul surat itu lalu baca isi yg terkandung di dalamnya. Aira hanya akur shj. Jantungnya semakin kencang saat dia membaca surat itu yg tertera..

“MAAF, ANDA TIDAK LAYAK MENERUSKAN PELAJARAN KE SEMESTER SETERUSNYA!”

       Alangkah terkejutnya Aira mendapat berita yg sedemikian rupa. Apa lagilah dugaan yg kau berikan kepada ku ini ya Allah.. bisik hati kecil nya sambil menitiskan air mata. Sejujurnya harapan Aira dan Nek Fa sudah musnah begitu saja.

       
        Keesokkan paginya, Aira membuat keputusan untuk pulang ke kampung. Katanya sudah tiada guna lama2 disitu. Duit pun tidaklah banyak sejak putus cinta dengan anak CEO tu. Selama ni, dialah yg byk membantu dan berbelanja barang keperluan Aira. Terhutang budi jugalah Aira kepadanya. Nasib baik lah lelaki itu tidak mintak ganti rugi kalau tidak, mati Aira dibuatnya.

                 ********

      Aira menjejakkan kakinya ke kampung yg sangat dirindui. Menitis juga lah air matanya ke pipi. Mana tidaknya, sudah 4 tahun tidak pulang ke kampung kediaman. Banyak jugalah perubahan di kampung itu.

      Aira pulang dengan hanya memakai blouse dan jeans pendek separas betih dari New York. Manakala rambutnya pula ditocangkan ke atas ala2 model gituw. Dia sudah biasa berpakaian agak menonjol seperti itu.

  Aira menarik beg roda miliknya hingga ke depan rumah Nek Fa, satu-satunya rumah yg dia diami suatu ketika dahulu. Dia kemudian mengetuk pintu rumah Nek Fa dan memberi salam terlebih dahulu. Tetapi tiada yg menyaut. Dia naik hairan, kemana pula lah si Nek Fa ni pergi. Orang nak balik ni dia takdek pulak. Bisik hatinya.

Tiba2 ada yg memberi salam dari arah belakang. Aira seperti kenal saja pemilik suara itu. Lantas, dia menjawab salam tersebut sekali gus berpaling kebelakang. Eh Kimy ! Terkejut juga si Aira dibuatnya. Dia berasa malu dgn Kimy kerana berpakaian kurang sopan seperti itu. Pasti Kimy akan terkejut besar ni.

       “Eh..kamu ni Aira kan ?” Tanya kimy was2 dalam keadaan yg pelik dan terkejut.

   Aira hanya mengangguk lalu memandang kembali ke depan. Kimy benar2 terkejut dgn penampilan Aira sekarang yg terdedah sana sini kerana pertama kali Aira berpakaian seperti itu di hadapannya.

     Sebenarnya, tujuan Kimy dtg ke situ utk memberitahu Aira berita sedih. Wah satu lagi berita buruk yang tidak dijangka dan amat2 menyedihkan dalam hidup Aira. Jatuh terduduk Aira setelah mengetahui bahawa Nek Fa telah meninggal dunia 2 minggu yg lepas akibat mengidap kanser tahap 4. Jantungnya seperti mahu berhenti saja saat mendegar berita buruk yang amat2 mendukakan hati. Masakan tidak, orang yg paling disayanginya, yg byk berkorban utknya dan yg telah membahagiakan hidupnya telah pergi tanpa sempat dijenguk, dibalas jasa serta diucapkan selamat tinggal buat kali terakhir.

      Aira seperti orang gila kerana tidak percaya akan semua itu. Dia merasakan hidup ini tidak adil baginya, kerana mengapa dia yang dipilih untuk terima dugaan sebegitu.

Sesungguhnya aku tidak kuat ya Allah.. bisik hati kecilnya sambil mengalirkan air mata di pipi.  Sedih juga Kimy dibuatnya. Walaubagaimanapun Kimy faham perasaan Aira dan dia cuba memujuk.

     Dalam pada itu, Kimy mengajak Aira untuk tinggal saja bersama emak dan ayahnya dirumah. Katanya, mungkin tinggal disana lebih selamat dan tak sunyi. Selain itu, dapat juga Aira merasakan kasih syg dari org tua Kimy. Bukan apa, Kimy kesian melihat Aira yg sendirian begini. Terlalu banyak kenangan bersama arwah Nek Fa jika tinggal disini.
Tanpa berborak panjang, Aira pun akur. Ada benarnya kata ii Kimy itu.
      

     

Cinta PendosaWhere stories live. Discover now