Kebahagiaan

4 1 0
                                    

Setelah 2 bulan berkahwin, Aira akhirnya mengandung. Ya zuriat yg mereka nanti nantikan !  Semua kelihatan teruja dgn berita baik Aira. Terutama, suami tercintalah.
      Siapa menyangka, Moysa juga sudah mengandung. Alhamdulilah, setelah bertahun-tahun menanti, akhirnya Allah memakbulkan doa mereka. Itulah sang pencipta! Yg penting harus bersabar dgn segala ujian.

        Syaz pula bekerja menggantikan tempat papanya menjadi CEO di OXPHORD GANDER. Setiap petang, Syaz akan pulang ke rumah sementara, utk meluangkan masa bersama isteri tercinta. Aira kini tidak bekerja dan hanya berehat di rumahnya saja. Setelah habis pantang nanti, barulah dia akan kembali kerja di syarikat suaminya.

    Setiap hujung minggu juga, mereka pasti akan keluar berjalan dan kadang2 pulang ke rumah papa. Pernah juga lah sesekali melawat Mak Tom dan Pak Abu. Kesian juga dekat mereka yg pernah menjaga Aira dulu. Lagipun Aira sudah anggap mereka sebahagian drpd keluarganya.

        

               *********

       Setelah 9 bulan 10 hari mengandung, Aira akhirnya melahirkan anak kembar. Seorang lelaki dan  seorang perempuan. Yang lelaki bernama Danish Hazani, manakala yang perempuan bernama Dania Hazwani. Rupa si Danish sebiji Syaz dan Wani pula seiras mamanya yg berkulit putih dan berhidung mancung.

        Sebulan selepas itu, Moysa pula melahirkan anak lelaki yg bernama Azril Iskandar. Mukanya mirip kedua dua org tuanya. Mereka berasa sangat gembira dan bersyukur dgn rezeki yg Allah telah kurniakan. Dengan itu, Qaisara yg dijaganya tempoh hari, diserahkan kembali kepada Aira. 

       Syaz baru mengetahui bahawa Qaisara itu anaknya. Sebelum ini tidak pernah dicerita pula oleh si Aira. Haish melampau betul dia ni ! Marah Syaz manja. Dalam tidak sedar, mereka sudah mempunyai 3 org cahaya mata.

      Itulah cinta! Tanpa cinta, tidak lengkaplah  kebahagiaan seseorang manusia. Cinta sejati tidaklah memandang rupa, tetapi memandang hati dan jiwa yg ikhlas .

       “Terima Kasih ya Allah kerana telah menganugerahkan aku kebahagiaan yg tidak pernah aku rasai sebelum ini, walaupun keluarga lamaku tidak pernah di sisiku tetapi aku tetap dapat bangkit dengan keluarga baru bersama suamiku .”              
                                  
                                 - Aira

            

         

                T.A.M.A.T











*TERIMA KASIH DIUCAPKAN KPD SEMUA PEMBACA YG SUDI MEMBACA SEHINGGA HABIS ! SEMOGA KORANG SUKA DAN MENJADI TAULADAN KPD KITA SBG PENDOSA . MAAF SALAH SILAP, JANGAN LUPA VOTE TAW !*

      

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 17, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta PendosaWhere stories live. Discover now