Pulang

6 1 0
                                    

   Syaz kini bukan lagi Syaz yg dulu. Dia sudah byk berubah ke arah yg benar. Dia tidak lagi pergi ke club dan bermesra dgn gadis2 di sana, malah dia lebih rajin solat dan menghabiskan masanya dgn membaca al-Quran.
     Sejak ibunya meninggal dunia, Syaz telah byk belajar erti kebaikan dlm kehidupan. Manakala papanya, Tan Sri Fazmi sentiasa sibuk dgn kerja di syarikatnya. Walaubagaimanapun, papanya tidak pernah mengabaikan Syaz serta menjalankan tanggungjawabnya sbg ketua keluarga.
        Papa Syaz juga bercadang mahu menunaikan umrah bersama Syaz sebelum pulang ke Malaysia. Katanya sudah lama benar tidak pulang ke tanah air tercinta.

      Syaz sebenarnya  berasa sangat bersalah dgn Aira, gadis yg pernah dicintainya dahulu.  Kalau boleh, dia mahu menebus kesalahannya itu dgn menjadikan Aira sbg seorang isteri yg sah.

               **********

      Harini merupakan hari yg dinanti-nantikan oleh Syaz dan papanya, iaitu pulang ke Malaysia. Syaz juga berhasrat utk ke rumah Aira dan terus masuk meminang. Lagipun dulu Aira pernah memberikan alamat rumah nenek angkatnya kpd Syaz, jadi boleh la dia datang.

          Keesokkan harinya, Syaz memandu kereta ke rumah nenek Aira tetapi malangnya, tiada siapa di rumah itu. Syaz berasa hairan, kemana pula pergi agaknya si Aira ni. Batang hidung dia langsung tak nampak.
       Syaz pun buat keputusan utk tanya org kampung yg berdekatan. Katanya, Aira tinggal bersama ibu dan ayah jirannya, Kimy kerana nenek angkatnya meninggal dunia. Syaz tanpa membuang masa menanyakan alamat rumah yg didiaminya sekarang.

        Sewaktu tiba, Aira tiada dirumah kerana lagi kerja. Yang ada cuma ibu dan ayah Kimy. Ibu dan ayah Kimy lah yg menceritakan segala hal tentang Aira. Setelah mengetahui kesemuanya, Syaz meminta izin utk meminang Aira serta menyerahkan sebentuk cincin kepadanya.

       Mak Tom apa lagi, terima sajalah lamaran itu tanpa pengetahuan Aira. Apabila Aira pulang ke rumah, Mak Tom dan Pak Abu terus memberitahunya bahawa hujung bulan ni juga Aira akan berkahwin.
       Aira terperanjat lalu menanyakan siapa calon suaminya itu. Kata Mak Tom, biarlah rahsia. Aira jadi tidak tenteram memikirkan siapa pilihan Mak Tom itu. Dia hanya berharap agar pilihan Mak Tom dan Pak Abu adalah tepat dan terbaik utk dirinya.

     
    

Cinta PendosaWhere stories live. Discover now