Di Sebalik Cinta

12 1 0
                                    

       Sejak kebelakangan ini, pembelajaran Aira sering terganggu. Dia pernah dimarahi oleh pensyarah perempuannya kerana selalu tidak hadir ke kelas. Prestasinya juga semakin menurun. Kebanyakan pensyarah yg mengajarnya tidak berpuas hati dengan assignment yg disiapkan oleh Aira. Tidak seperti sebelumnya, yang sememangnya kreatif dan inovativ.

      Entah mengapa, Aira semakin malas hendak meneruskan palajarannya sehingga habis. Dia lebih suka berfoya2 dengan menghabiskan masanya keluar ke kelab malam bersama2 teman lelakinya. Perkara itu sudah menjadi rutin harian bagi pendosa seperti Aira.

      Aira yg dahulu pemalu orangnya, kini sudah tidak malu utk berbuat maksiat bersama sama dengan lelaki yg bukan digelar suami. Dia kini lebih gilakan kepuasan hawa nafsu berbanding pelajarannya. Jika Nek Fa tahu akan semua hal ini, sudah pasti dia terlalu sedih dan kecewa. Masakan tidak, satu satunya cucu kesayangan yg dimilikinya.

     Tujuan Nek Fa menghantar Aira ke luar negara untuk menyambung pengajiannya sehingga tamat, bukan berjoli2 benda yg dilaknati. Tetapi apakan daya, Aira lupa akan asal usulnya serta lupa akan matlamat sebenar dirinya yg ingin mencapai kejayaan bagi menyara kehidupannya yg susah.

       Semua ini disebabkan oleh godaan syaitan yg tidak berhenti henti menghasut manusia untuk melakukan dosa. Baginya, iman manusia amat lemah kerana tidak mampu melawan serta amat mudah untuk terpesong lebih jauh. Itulah matlamat syaitannirrojim. Mahu menyesatkan manusia yg kurang keimanannya kepada tuhan.

       Setiap malam mereka akan ke kelab utk menghilangkan stres ditempat belajar. Assignment yg bertimbun tidak disentuh satu pun oleh Aira. Begitu juga dengan si Syaz, jika stres saja di pejabat, pasti akan mengajak Aira keluar ke kelab. Dia yg mula mngajar Aira utk pergi ke kelab. Katanya disana dpt menenangkan jiwa dan fikiran. Aira kini lebih mudah percaya dgn kata2 lelaki itu. Entah mengapa dirinya semakin bodoh diperlakukan sebegitu oleh kerana terlalu sayang.

       
           
                   ********
    

     Sewaktu di rumah Syaz mengadakan sebuah parti hari jadinya, Aira dan beberapa org rakan kelasnya turut dijemput hadir. Memang sungguh meriah parti malam itu kerana terdapat 3 org artis jemputan dari New York. Mereka semua  kelihatan gembira sekali menari2 bersama pasangan masing2 sewaktu alunan muzik dimainkan.

       Tiba2 Aira terasa perutnya sakit pada malam itu dan dia meminta diri untuk ke tandas. Dia lantas pergi meninggalkan Syaz sendirian buat sementara waktu. Apabila sudah selesai, satu susuk tubuh yg dicarinya tidak kelihatan. Hairan juga si Aira. Kemana pula kekasihnya itu pergi.

        Dia pun membuat keputusan untuk naik ke tingkat atas, iaitu di bilik Syaz. Fikirannya mungkin lelaki itu sedang berehat dibiliknya.

   Malangnya ia tidaklah seperti apa yg disangka. Alangkah terkejutnya Aira apabila melihat kekasih hatinya sedang berciuman di atas katil bersama wanita yg sangat dia kenali, Fara (rakan sekelasnya)
What the Fuc* Dasar curang ! Dengus hati Aira geram. Tanpa basu basi, dia terus beredar dari situ dgn perasaan yg amat sedih dan kecewa.
Begitulah perasaan Nek Fa selama diabaikan begitu saja oleh Aira.

      Sedih yg tidak terkata kerana hati sakit yg teramat sangat. Begitu sayu hati si Aira. Ternyata, cinta sejati bukanlah sebarang cinta malah telah dikhianati dihadapan mata oleh lelaki yg digelar kekasih hati.
   Cinta bisa wujud tetapi jika memilih nafsu, curang itu pasti !











Okay korang ! Mcm mane chapter kalini ? Kesian kan dekat si Aira tu..tulah sape suruh lupa diri ishh ishh ishh..apa apa pun teruskan membaca ye di next chapter !

Cinta PendosaWhere stories live. Discover now