Hari Yang Dinanti

5 1 0
                                    

       Sewaktu majlis tiba, Aira kelihatan begitu cantik seperti bidadari. Solekan di wajahnya tidaklah terlalu tebal. Crown di atas kepala dikemaskan serta heels yg disewakan sudah cantik dipakai. Begitu juga dgn Syaz, baju melayu putih yg elok bersamping dihiaskan. Songkok juga helok terletak.

      Sekarang, sudah tiba masanya utk Syaz melafazkan akad perkahwinannya dgn sekali lafaz shj. Saat ingin menyarungkan cincin di jari manis Aira, sewaktu itulah baru Aira tahu siapa gerangan yg dikatakan Mak Tom . Ya dialah Fahim Syazlan ! Jejaka yg pernah dicintainya dan juga pernah menyakitkannya dahulu. Hm begitu byk kenangan pahit yg tidak bisa dilupakan bersama Syaz di New York dulu.

          Apabila majlis sudah selesai, Aira masuk ke bilik utk berehat kerana sudah tentu dia penat menjadi raja sehari. Tambahan pula suminya itu ialah Syaz.

Tanpa melengahkan masa, Aira terus membuka segala benda di badannya lalu menuju ke bilik air. Semasa pili air dibuka, dia terdengar ada org membuka pintu biliknya. Dia pun buat tidak endah sahaja dan meneruskan mandinya sehingga selesai.  Setelah selesai, dia baru teringat akan baju2 yg hendak dipakai itu lupa utk dibawa masuk sekali. Entah mengapa setelah sah bergelar isteri, dia spt malu utk mendedahkan aurat yg sudah sah dihadapan suaminya.
     Aira perlahan2 membuka pintu bilik air itu lantas mengambil bajunya yg sudah tersedia di atas katil. Sangkanya, Syaz sdg lena tidur di atas katil, ternyata suaminya itu hanya berpura-pura tidur saja.

“HAHA kelakar la tengok bini aku ni. Sejak bila pulak dia pandai malu dgn aku ? Dulu semasa belum berkahwin, tidak malu pula dia”. Bisik hati Syaz sambil tergelak kecil.

       
                **********
   
    Malam yg dingin membuatkan ketenangan malam itu sangatlah bererti. Masa yg tiba, tidak akan disia-sia lagi. Akhirnya, tuhan telah menemukan dua cinta membentuk sepasang hati yg dicari. Syaz akhirnya berjaya mengubati hati Aira yg pernah terluka sekian lama. Aira juga telah memaafkan Syaz setelah beberapa kali dipujuk dan dirayu.

    “Em sayang, sayang cantik lah HAHA btw terima kasih sbb terima cinta abg..abg janji abg akan bahagiakan syg hingga ke Jannah dan takkan tinggalkan syg lagi.” kata Syaz penuh manja. Sudah lama rasanya tidak bermanja2 dgn isterinya itu.

       Aira hanya mambalas kata2 itu dgn senyuman yg menggoda, lalu berbaring di atas katil yg empuk milik Syaz.

  
   Itulah jodoh, tidak pernah mengenal erti cinta. Cinta sejati akan muncul, bila sudah tiba masanya.

Cinta PendosaWhere stories live. Discover now