12

3.3K 141 5
                                    

Pukul 3 petang, 

Zakri pulang dari tugasnya. Dia melihat kereta Audi A8 milik Hanis tiada. Dia melihat telefonnya, tiada mesej pula dari Hanis.

Baru sahaja dia ingin menelefon Hanis, satu mesej masuk ke telefonnya.

Seronok tengok isteri kau beli barang dapur
-Unknown

Terkejut Zakri. Terus Zakri menelefon Hanis.

" Hello assalamualaikum " 

" Awak dekat mana? " soal Zakri.

" Saya dekat Aeon. Kenapa? " 

" Kenapa awak keluar tak beritahu saya? Sekejap lagi saya sampai sana. Tunggu! " kata Zakri tergesa-gesa. Suaranya agak tegas. 

Terus Zakri mematikan panggilan dan memandu mercedesnya laju ke pasaraya Aeon.

Hanis melihat telefonnya. Dah kenapa mamat ni?

Hanis terus menyambung membeli barangan keperluan dapur. Dia mencari sabun yang sesuai untuk membasuh baju. Akhirnya dia mengambil sabun berjenama dynamo kedua-dua serbuk dan cecair. Selesai itu, dia mencari ke bahagian makanan kucing pula. Dia ada membela dua ekor kucing.

Sedang dia mencari, ada seorang perempuan seperti sedang melihat-lihatnya. Hanis berasa sedikit tidak selesa namun hanya membiarkan.

" Hanis Amirah " tegur seseorang. Hanis berpusing memandang gerangan yang memanggilnya di belakang.

" Zack, awak buat apa kat sini? " soal Hanis.

" Lain kali apa-apa awak nak pergi mana, awak beritahu saya dulu boleh? " kata Zakri berbisik tegas.

" Kenapa? " soal Hanis. Zakri tidak menjawab persoalan itu sebaliknya,

" Awak beli apa? " soal Zakri.

" Barang rumah la. Awak memang suruh saya pindah masuk lepastu peti ais kosong macam peti ais baru kan?  " jawab Hanis menyindir. 

" Memang peti ais baru pun " Hanis menjegilkan matanya geram kepada Zakri. Zakri tersengih. 

" Apa lagi yang tak ada? " soal Zakri.

" Tinggal minyak masak, maggi, sardin dengan sabun cuci pinggan " jawab Hanis sambil melihat ke dalam troli barangan.

Zakri mengangguk dan menolak troli tersebut. Hanis memilih makanan kucing yang selalu dibelinya lalu diletakkan di dalam troli. 

" Awak ni dengan pakai uniformnya " kata Hanis. Semua orang di pasaraya itu memandang mereka berdua. Mana tidaknya, tiba-tiba askar datang berpakaian uniform celoreng. Cuma tidak berberet sahaja. Zakri hanya mengangkat keningnya beberapa kali.

" Saya dah cabut tag. Rantai saya kat dalam. Glock saya bullet blank. Jangan risau " kata Zakri.

" Dah semua orang tahu awak Kapten " kata Hanis. Zakri mencebik. Sebenarnya dia selalu je keluar berbelanja dengan uniform. 

Mereka tiba di bahagian makanan dalam tin. Hanis memilih sardin yang sesuai.

Tiba-tiba seorang perempuan mendekati mereka.

" Zack? " soal perempuan itu. Zakri memandangnya dan terkejut. Terus dia memandang Hanis yang sedang leka memilih sardin. Zakri segera mengeluarkan cermin mata dan masknya yang kedua-duanya berwarna hitam lalu memakainya.

" Intan, awak buat apa kat sini? " soal Zakri.

" I cari barang rumah lah. Tak boleh ke? " jawab Intan sinis.

" Takkan cari barang rumah awak sampai ke Sungai Besi ni? Awak duduk Bangi " balas Zakri semula. Suspicious!

" Awak, saya pilih yang ni. Saya ambil dua je dulu " kata Hanis lalu mendekati Zakri dan meletakkan sardin itu dalam troli barangan. Dia pelik apabila melihat Zakri yang menutup mukanya sebegitu. Kemudian baru dia perasan akan gerangan di hadapan Zakri.

WASIATWhere stories live. Discover now