49

2.7K 112 2
                                    

" Fa, tolong kejutkan kak Hanis. Suami dia tak balik lagi tu "

Hayfa mengangguk akur dengan permintaan suaminya. Menapak ke bilik dan mengetuk pintu berkali-kali.

" Kak Hanis. Ohh kak Hanis " panggil Hayfa. Dah nak habis subuh ni, tak bangun bangun lagi.

" Kak Hanis? " Hayfa menolak perlahan pintu bilik dan melihat ke dalam bilik. Hanis tiada!

" Abang! Kak Hanis tak ada " beritahu Hayfa kepada Rizwan. Rizwan membuat muka pelik. Tak ada? Dah bangun ke?

Rizwan mencari ke seluruh rumah. Bertembung dengan Haji Derawi.

" Tok Ayah, nampak Kak Hanis tak? " soal Rizwan kepada Haji Derawi.

" Eh bukan dalam bilik? Tak bangun lagi kan? Dah kejut belum? " balas Haji Derawi.

" Kak Hanis tak ada " hampir sesak jantung Haji Derawi mendengar ayat tersebut.

" Kakak kamu pergi mana? " soalnya. Rizwan cuma menggeleng.

" Puas dah cari satu rumah. Tak ada tok " beritahu Rizwan.

" Mama dah halau dia "

Mata Haji Derawi tajam memandang anak perempuannya itu.

" Apa kamu cakap? " soal Haji Derawi.

" Hawa dah halau dia " ulang Hawa. Rizwan meraup rambutnya.

" Mama, mama kenapa ni? Kenapa mama buat kakak macam ni? "

" Mama buat apa pada Hanis? "

Hawa terkejut. Bukan sahaja Hawa malah Rizwan dan Haji Derawi juga. Semua memandang Zakri yang sedang bersandar sebelah bahu di muka pintu.

" Hanis mana? " soal singa itu lagi. Hawa terdiam.

" Saya tanya baik-baik lagi ni. Hanis mana? " Zakri mengulang semula soalan.

" Ni, mak mentua kamu yang halau dia. Sekarang, tok ayah pun tak tahu dia pergi mana, Zakri. Tok Ayah risau ni, Zakri " Haji Derawi yang berterus terang. Hawa seakan terkelu lidah. Tak mampu nak mengeluarkan kata apabila berhadapan dengan menantu singa.

Zakri menjeling Hawa garang.

" Hanis dah balik Sungai Besi. Dia ada bagitahu saya. Dia pinjam kereta Farhan malam tadi. Saya balik sini sebab nak ambil barang sahaja. Nasib baiklah IC dan lesen, Hanis memang letak dekat belakang telefon dia "

Hanis punya case telefon memang ada tempat letak kad. Kad IC Tentera dan lesen memandu memang Hanis selitkan di belakang telefon itu. Pembayaran tol pula, Hanis gunakan IC tersebut untuk touch n go.

" Astaghfirullahalazzim. Dia drive sorang-sorang dia balik Sungai Besi? " soal Hajah Halimah. Zakri mengangguk.

" Bila masanya dia balik Sungai Besi? " soal Malik dari belakang.

" Tanyalah bini kamu ni " balas Haji Derawi.

" Eh Zakri, kau ajar sikit bini kau tu elok-elok! Sebelum ni aku ajar dia, dia tak pernah nak jadi kurang ajar macam sekarang! "

" Saya pun tak pernah ajar isteri saya jadi kurang ajar. Dia berubah sendiri mengikut dari cara layanan orang sekeliling kepada dia " tenang Zakri membidas.

" Eh, kau pun jangan nak kurang ajar dengan aku ya? Kau dengan bini kau lebih kurang sama. Dua dua murah! "

Pangg!!

" Hawa! Kenapa Hawa berubah sampai jadi macam ni "

Merah pipi Hawa akibat dilempang oleh Hajah Halimah.

WASIATWhere stories live. Discover now