60

3.6K 113 0
                                    

Hanis membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat sekeliling. Pandangannya masih kabur. Lama sedikit, pandangannya kembali jelas.

Hanis melihat sekeliling. Dia berada di tempat asing. Bukan biliknya. Kemudian dia terlihat seorang lelaki sedang duduk di kerusi, tertidur. Kepalanya tunduk tetapi badannya bersandar pada kerusi. Tangan disilangkan ke dada dan kakinya sedikit terkangkang. Yang memelikkan Hanis, lelaki tersebut memakai baju hazmat.

" Tuan Zakri " panggil Hanis cuba mengejutkan lelaki tersebut. Sekejap sahaja lelaki tersebut terjaga.

" Hah, Hanis. Awak dah sedar. Awak tak apa-apa? " soal Kapten Zakri. Hanis menggelengkan kepalanya terlebih dahulu.

" Saya okay. Apa jadi pada saya? " soal Hanis. Suaranya serak-serak basah.

" Kalau saya beritahu, awak jangan terkejut ya " Kapten Zakri lembut sahaja menutur kata padanya. Hanis terpinga-pinga sendiri.

" Awak suspected ebola virus. Itu yang saya dalam hazmat suit ni. Result tak keluar lagi. Mungkin sekejap lagi kot. Sekarang awak rehat dulu. Semalam awak tiba-tiba pengsan dalam office saya " terang Kapten Zakri perlahan.

" Keluarga saya mana? " soal Hanis pelik. Kenapa lelaki ini pula yang menemankannya?

" Komander Malik pergi Lahad Datu. Dia minta saya tolong jagakan awak " jawab Kapten Zakri. Hanis cuma mengangguk lemah.

" Tuan baru balik dari operasi ke? " soal Hanis. Kapten Zakri ukir senyum kambing.

" Tuan rehat lah. Saya pun tak ada pergi mana-mana atau nak apa-apa "

" Takpe. Saya tak penat sangat pun " jawab Kapten Zakri. Hanis memandangnya atas bawah.

" Sikit lah " Kapten Zakri menambah ayatnya.

" Tidurlah. Rehat sekejap " arah Hanis. Kapten Zakri seperti tersengih-sengih sendiri.

" Boleh tak saya nak baring kepala dekat tepi awak? "

Hanis terkebil-kebil lagi memandang Kapten Zakri itu. Kapten Zakri cuma tersengih-sengih. Perlahan-lahan Hanis mengangguk.

" Terima kasih " ucap Kapten Zakri sebelum meletakkan kepalanya di tepi pinggang Hanis. Hanis menelan air liurnya. Terkebil-kebil sendiri.

Kemudian kedengaran lah dengkuran halus daripada Kapten Zakri. Hanis tersenyum kecil. Matanya pandang sahaja kepala Kapten Zakri yang ditutup hood baju hazmat itu.

Kemudian Hanis pula berasa ngantuk. Terus matanya dilelapkan. Terasa lama tertidur, akhirnya mata kembali terjaga.

Kini Kapten Zakri berada dalam penglihatannya. Tidak lagi berbaju hazmat. Berbaju uniform celoreng tentera. Di bajunya ada lencana ZAKRI dan GERAKHAS.

" Kenapa tuan tak pakai baju hazmat? " soal Hanis.

" Awak dah vaccinated. Awak dah okay. Tapi awak masih lagi dipantau dalam jagaan hospital lagi beberapa hari. Kemudian baru awak boleh balik "

Hanis membuat mulut O.

" Awak okay tak ni? " soal Kapten Zakri.

" Tuan yang cakap saya dah okay kan? " balas Hanis.

" Maksud saya, your emotions. Awak okay tak? Emotionally? " soal Kapten Zakri lagi. Hanis perlahan-lahan angguk.

" Biasanya perempuan do opposite of what they really meant. Awak angguk that means you're not okay "

Hanis terkebil-kebil lagi memandang Kapten Zakri. Kapten Zakri menarik kerusi untuk duduk.

" Okay. Saya ada. Awak nak share sesuatu, share je. Saya dengar. Tak elok pendam semuanya seorang diri " Kapten Zakri duduk tegak memandang Hanis. Hanis masih lagi senyap. Kapten Zakri baru teringat sesuatu. Tangannya dialihkan ke laci yang berada di sebelah katil Hanis. Ditariknya laci lalu dikeluarkan sesuatu dari dalamnya.

WASIATWhere stories live. Discover now